:: Seketul Daging Bernama HATI ::


Assalamualaikum
Peace upon to all….
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam..
Inshaallah..^^






Hari ini Ain rasa macam nak menulis sesuatu dalam bloggy ni..
menulis sesuatu tentang seketul daging…yang bernama HATI..







HATI merupakan suatu elemen paling penting dalam diri seorang manusia..
Hati merupakan ketua kepada kerajaaan diri...
Macam perdana menteri la tu..hee
malah para ulama' sufi menggelarkan hati sebagai raja dalam
kerajaan tubuh badan manusia.
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud..
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah, itulah hati."









Di sini kita dapat lihat betapa signifikannya hati kepada kehidupan manusia..
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh hati dalam
 menentukan perilaku dan cara hidup seorang manusia..kan..








Tapi...
Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati yang boleh dilihat secara mata kasar
namun hati yang lebih menjurus kepada suatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar..
hati yang dapat memberi kesan dalam mengawal tindak tanduk perlakuan manusia.








So..sebagai suatu elemen paling penting dalam diri manusia,
hatilah yang menentukan ke arah mana manusia menghala..
sama ada ke arah KEBAIKAN ataupun ke arah KEBURUKAN..
Allah mengangkat martabat hati bila mana DIA tidak melihat kepada luaran fizikal
 atau warna kulit manusia,
tetapi ALLAH melihat kepada hati..
ALLAH melihat kepada kejernihan hati hamba2NYA...
sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud..
"sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."

( Asy Syam ayat 9-10 )








Sebagaimana kita manusia perlu kepada makanan kan,
hati juga perlu kepada makanan untuk hidup...
tetapi makanan kepada hati bukanlah sepinggan nasi ayam atau sepotong roti
 atau secawan kopi..ataupun kfc & pizza hut...
tetapi makanan hati itu adalah "makanan"yang membina kekuatan roh manusia.
yang meningkatkan kecintaan kita kepada Allah lebih dari segalanya...








Ibarat sepohon pokok bunga yang memerlukan siraman air dan sinaran cahaya,
hati pula memerlukan siraman zikrullah,nasihat,muhasabah,mujahadah
dan sifat2 mahmudah yang dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan
 kepada ALLAH  serta sinaran cahaya hidayahNya.
maka dengan itulah hati akan "bertumbuh" dengan baik seperti tumbuhnya sepohon pokok yang mengeluarkan bunga-bungaan yang cantik lagi wangi...








Hati yang sedemikian rupalah yang mendapat kedudukan yang mulia disisiNya
manakala di dunia pemilik hati ini sentiasa disenangi oleh orang sekeliling
kerana hatinya yang baik,kerana hatinya yang mulia membentuk suatu keperibadian
 unggul berlandaskan agama ALLAH dan Rasulullah S.A.W.
Subhanallah!!








Jelaslah di sini betapa besarnya impak hati dalam kehidupan kita...
justeru,....
Ain menyeru diri Ain...dan
menyeru anda sekalian..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..
jagalah hati..









Marilah bersama menjaga hati dengan mengamalkan 5 perkara :
 Membaca al-Quran dan maknanya
 Mendirikan solat malam(qiamullail)
 Berkumpul bersama-sama orang yang soleh
 Perbanyakkan berpuasa
 Perbanyakkan berzikir








InsyaALLAH sama2 kita amalkan.
Mudah2an HATI kita terpelihara dari titik hitam...
dan HATI kita 'hidup'  kembali..
Semoga Allah merahmati....^^,


 Wallahu'alam.

Nota hati 1 : Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan 
dan keamanan.  Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. 
Bila-bila masa ia akan pecah.... :)

Comments

Zehan Ilyana said…
nice haring..a good reminder..
insyaAllah..
marilah kita jaga hati.kerana dari hatilah bermula pelbagai macam perkara..:)
NorFarahin@aien said…
@Teenager Housemaid : masyeh yaa dear...reminder untuk ain juga sebenarnya..^^ semoge sama2 beroleh manfaat nya yaa...

betol..dari hati lar segalam macam perkara ley terjadi..even perkara baik atau perkara buruk..marilah sama2 kita bersihkan hati kita dan tingkatkan kecintaan kita kepadaNYA ^^
Ungu Violet said…
iye..peliharalah hati kita drp segala anasir jahat..

sentiasalah mengingatiNya agar jiwa kita sentiasa tenang...:)
NorFarahin@aien said…
@Ungu Violet : btol...mudah2an dengan selalu mengingatiNYA hati kita sentiasa tenang..inshaAllah... ^^
emylase. said…
betul2, hati memberi kesan yg besar
dlm hidup kita, selalunya orang mengikut kata hati drpd akal..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!