::Petua Untuk Hati::


Assalamualaikum..
Peace upon to all....
Selawat  dan salam ke atas junjungan besar kekasih Allah..





Hari ini ain xnak cakap banyak..penat..hee
Maybe ain xon9 untuk beberapa hari..
Laptop ksygann mau dihantar ke klinik..heee
Di kesempatan yang ada..jom baca entry untuk hari ini...
sekadar mahu sharing petua..petua apa ek..
jeng jeng jeng








‘ Petua untuk hati ‘







Istimewa untuk hati yang sedang bersedih,
 jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk,
 inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah :






1.      Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.




2.      Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.



3.      Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, 
terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.




4.      Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan 
perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya
 (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama),
 menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.



5.      Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. 
Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.








Bagi yang sedang bersedey..ingatlah sayang...
Kadang-kala kebahagiaan yang kita
dapat pada hari ini bukan selamanya akan bertahan kerana
 tanda Allah itu sayang pada kita adalah dengan ujian darinya untuk menguji
 tahap keimanan kita. Betul!!!
 Kita harus akur bahawa kehidupan ini ada manisnya jika kita hadapi segala
 ujian itu dengan penuh tabah dan dalam masa yang sama,
 serta kita sulamkan cinta kita kepadaNya kerana
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..^^






Oke itu sahaja untuk hari ni...jangan sedih2 taw...
amalkan petua di atas tau..cheers!!!


Wallahua’lam

Nota Hati 1 : Senyum saja dan hadapi dunia. tetapi jangan pula terkorban
 kerananya... Dunia hanya sebuah taman permainan yang mengasyikkan
 yang sementara , tiba masa, taman ini akan di tinggalkan jua.. ^^

Comments

TiNurSya said…
thanks bagi petua tu.
yup! hidup x selalunya indah ;)
NorFarahin@aien said…
@syieda ;) : welkam dear..idup ni mmg indah..lagi indah lw kita sabar dengan segala cabaran dan dugaan lam idup..soo..nevere give up k..Allah sentiasa bersama kita..inshaAllah..jaga hati..jaga iman ..^^
Cikgu Ma said…
sedang mencari sekeping lagi hati utk melengkapi hati yg sedang menyepi =)
thslly said…
Tersenyum .... :)
Zehan Ilyana said…
T_T
thanks for the superb artikel..
need it right now...=')
NorFarahin@aien said…
masyeh yaa sume...senyum ..xperlu kata apa2...jaga hati..jagaour iman...inshaAllah bahagia milik kita...yukk..sebarkan bahagia.. ^^
Cik Kasut said…
lagi best klu wardatul baca buku tautan hati penulis dia fatimah syarha mohd noordin. sangat best...trylah tak rugi punyet :)
NorFarahin@aien said…
@Cik Kasut : mmg best pn karya2 fatimah syarha...ske sgt3 baca especially buku pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul...mmg xrugi lgsungbaca karya2 belaiu..bnyk manfaat yg kita dpt...masyeh yaa dear...yukk..kita sama2 sebarkan bahagia..pencari cinta Allah dan Rasul..^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!