:: Jangan Pandang Pada Luaran ::


Assalamualaikum..
Peace upon to all....
Selawat  dan salam ke atas junjungan besar kekasih Allah..
Mood hari ni sebenarnya...
Rindu sgt2 kat my laptop..mggu depan baru dpt blek my laptop...
Laptop sedang ditahan dalam wad..^^
mujur la ada lptop len kat umah ni..hee






Hari ini ain nak share something kt cni...
just nak cerita pasal...
manusia yang suka menilai orang lain dari segi luaran..
luaran tu tak kisah la, dari segi rupa ker, pemakaian ker, aper ker..
janji apa yang kita nampak dengan mata kasar..
ok.. kita mesti familiar kan dengan pepatah ni kan..






' Don't judge a book by its cover '






Tapi kita selalu buat kan? Kita selalu tertipu dengan penilaian pada
 seseorang tu secara luaran..
memang kalau nak ikutkan.. first impression tu memang penting..
tapi... percaya atau tak.. first impression tu.. selalu menipu kita..
xkenal maka xcinta...
xkenal maka xkenal perangai orang tu yang sebenarnya..
jangan sangka orang yang sedang ketawa tu gembira
 padahal dalam hati Tuhan je yang tahu...






Jom ain bagi 1 analogi...








Cuba kita tengok buah limau ni...
agak2 masam ke manis ek rasenya?
Kalau kita  tengok kulit mesti kita cakap manis kan...
tapi bila dah rasa...
alamak...! masamnye...kan
luaran limau tu takkan tunjuk sama ada limau tu masam ke tak...kan.. 







Jadi analoginya di sini..
sama macam manusia...
jangan pandang pada luaran manusia itu..
jangan pandang pada rupa semata-mata..
jangan terus buat tanggapan negatif pada seseorang itu hanya
 dengan melihat luarannya...
tapi pandanglah pada isi hatinya...
baru kita tahu manis masamnya seseorang itu ..






Luaran sahaja tidak akan mencerminkan apa yang ada di dalam...
Dan seandainya apa yang kamu lihat luaran itu indah,
 jangan sesekali mengharapkan seperti yang indah juga di dalamnya...
Sebagai manusia, sebaiknya kita mesti utamakan yang di dalam..
tak kisahlah kat luar itu cantik atau sebaliknya.
Sedangkan Allah juga tidak melihat rupa dan pakaian, dia melihat hati dan amalan.
Maka, bersihkanlah hati kita kerana bersihnya hati,
 akan terpancar pada perbuatan. Dan lebih baik kita mengkritik hati kita dahulu,
daripada menilai hati dan perbuatan orang lain.
 Menyedari kesilapan diri adalah lebih baik,
untuk kebaikan diri sendiri dan bukan untuk orang lain.
Rasulullah juga berpesan hati yang baik akan terlihat pada sikap dan perbuatannya.






Dat’s all for today...
Jangan sedih2...ingat Allah ada bersama kita..
Jaga Hati...^^


Wallahua’lam.


Nota Hati 1 : Jika kita masih mampu tersenyum,,jadi berikanlah senyuman..
Jika kita masih mampu berkata2,,ucapkanlah sesuatu yang baik & mgembirakan..
Atau setidak2nya kita masih mempunyai HATI..bersangka baiklah & berdoalah untuk orang lain..^^

Comments

Diyana ;) said…
Ya . jangan pandang luaran :)
Anonymous said…
lebih indah jika luar dan dalam sama2 cantik :)
Kacau ukhti sebelum tidur..

Nak ckp satu je,

Tak kenal maka ta'aruf.. :)

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

Moga dalaman seindah luaran..

^^,
iAmCekbolat said…
ya Allah.. indah ^^
Zehan Ilyana said…
nice sharing...
thanks for the nice entry..;)
true, dont judge people when ur only met them..
ariff said…
luaran tu xpenting, tp perlu juga dijaga agar tak timbul fitnah.. kalau x makin ramai la yg pakai selekeh, xtutup aurat yg gunakan istilah,

" janji hati aku baik .. "

tetibe dpt inspirasi baru.. tengs ! n entry yg sgt bagus.. ^^
NorFarahin@aien said…
@Diyana ;) , ✿Ziera✿ : btol...lebih indah jika luar dan dalam sama2 cantik :)..jom same2 kita mencantikkan diri dengan akhlak yg mulia... seindah2 hiasan adalah wanita solehah...biarla xcantik pada pandangan manusia...asalkan mulia pada pandangan Allah ... ^^
NorFarahin@aien said…
@HIDAYATUL MUSTAQIMAH : salam alayk ukhti...masyeh yaa sudi meninggalkan jejak kt belog ain ag...

hehe..xkenal maka kita taaruf...barulah kita kenal hati budi masing2 ...tapi jgn berlainan jantina pulak...jd mende laen lar pulop kan..

InshaAllah...luar dan dalam indah...iman dan taqwa bergerak seiring dengan peribadi ^^
NorFarahin@aien said…
@CekbOlat-bOlat , Teenager Housemaid : hee...luaran xmenggambarkan dalaman...xsemestinya luar cantik..dalam pun cantik...kan...tapi lagi cantik lau luar dan dalam sama2cantik...jadi..jom mencantikkan diri dengan peribadi islamiyah...jadi seindah2 wanita solehah..seindah2 hiasan..masyeh yaa dear sudi meninggalkan jejak di cni...^^
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi : salam alayk...lme xsinggah n meninggalkan jejak di sini...akhirnya sudi juga dtg cni...masyeh yaa..^^

setuju..memang luaran xpenting..tapi perlu juga dijaga dengan penuh kesederhanaan....islam tu da cukup cantik dan lengkap...sume perkara2 berkaitan penampilan diri dan berpakaian da ada da tertulis dalam al-quran dan hadis..berlebih2an dalam berhias dan berpakaian pun buleh mengundang fitnah..terutama wanita..jadi pe yang penting kesederhanaan di samping peribadi dan akhlak yang mulia..

' allah itu cantik dan sukakan kecantikan'

dtg lg yaa..moge sama2 beroleh manfaat.. ^^
setuju . jangan pandang luaran . tapi pandanglah tulus dari hatinya :)
Ungu Violet said…
lagi bagus kalau luar dan dalam sama2 cantik..:)
Ungu Violet said…
eh tersama pulak komen ngan ziera...

tp susah nk carik luar & dalam sama2 bagus & cantik..

kalau dpt alangkah bahagianya..:)
NorFarahin@aien said…
@::ini belog saya . cinta hati saya:: : setuju...pandanglah dengan mata hati...kamu akan dapat melihat keinahan yang xdapat dilihat orang lain...ne way...jaga hati..jaga iman.. ^^
NorFarahin@aien said…
@Ungu Violet : btol..alangkah bahagia dan indahnya lw luar dan dalam sama cantik...yukk..sama2 kita perbaiki diri kita...,untuk kebaikan diri sendiri...mencari kecantikan yang kekal abadi..yang bukannya ditunjuk2 untuk mendapatkan pujian...^^

Popular posts from this blog

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!