:: Ada Apa Dengan Ayat Kursi ::


Assalamulaikum…
Peae upon to all..
Semoge semuanya berada dalam lindunganNYA..
inshaAllah…







Sekadar ingin berkongsi..hari ini Ain nak share tentang kaifiat ayat kursi…
semua orang pasti pernah baca ayat kursi..of course la…
nak2 time takut..ayat ni lar yang akan tlintas dalam fikiran kita kan…
(angguk2 je kepale 2…heee^^)








Buat pengetahuan semua..ayat kursi diturunkan setelah Hijrah.
Kerana kehebatan dan kemuliaannya ayat ini,
 semasa penurunannya beribu-ribu malaikat telah mengiringinya...
Yang lebih menarik syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
 adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b. Sabit menulis serta
menyebarkannya ayat ini….Subhanallah!!!









Sebelum Ain berkongsi tentang kelebihannya,
 cuba kita tanya diri kita kembali...ask urself..
 Adakah kita benar2 faham maksud ayat Kursi?
Ain sendiri  akui dan pasti kebanyakan daripada kita hanya menghafal ayat tersebut
 tanpa memahami maksudnya.
Jadi di sini Ain sertakan juga maksud ayat Kursi..
 selepas itu baru Ain akan nyatakan kelebihan mengamalkannya..^^











  
Maksud ayat Kursi :

Allah, tiada Tuhan ( yg berhak disembah ) melainkan Dia,
Yang tetap hidup,
Yang kekal selama lamanya mentadbirkan ( sekalian makhlukNya ),
Yang tidak mengantuk usahkan tidur,
Yang memiliki segala yang ada di langit dan bumi,
Tiada sesiapa yg dapat memberikan syafaat ( pertolongan ) di sisiNya
 melainkan dengan izinNya,
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yg ada di belakang mereka,
 sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah
 melainkan apa yang Allah kehendaki ( memberitahu kepadaNya ),
Luasnya Kursi Allah ( ilmuNya dan kekuasaanNya ) meliputi langit dan bumi,
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya,
Dan Dialah yang Maha Tinggi ( darjat kemuliaannya ), lagi Maha Besar ( kekuasaanNya ).








Semoga sama2 kita dapat menghafal maksud
 dan memahami maksud  ayat Kursi...
InshaAllah.. 









Kebiasaannya bila kah waktu yg sering akan kita
 gunakan untuk kita bacakan ayat Kursi ini?
Kebiasaan yg sering dilakukan kita adalah
seperti waktu sesudah solat dan sebelum tidur...kan..
 Tetapi alangkah lebih baik kalau kita perbanyakkan bacaan ayat Kursi setiap hari..
Yukk..kita sama2 amalkan dalam kehidupan seharian...^^
Mudah2an Allah merahmati...










Dan berikut adalah kelebihan yg akan kita peroleh sekiranya kita mengamalkan
ayat Kursi dalam kehidupan seharian :








  Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yg pulang ke rumah dengan membaca ayat Kursi,
 Allah akan hilangkan segala kefakiran di depan matanya.


Sesiapa yg membaca 12 kali ayat Kursi pada pagi Jumaat,
 kemudian berwuduk dan bersembahyang dua rakaat,
 Allah akan memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.


Ayat Kursi menjadi benteng yg kuat untuk menghalang pencuri
 daripada memasuki rumah.


Mengamalkan bacaan ayat Kursi ketika dalam perjalanan juga
 akan menjamin keselamatan.


Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk mampu membakar jin dan syaitan.


Barang siapa yg membaca ayat Kursi apabila berada di tempat tidurnya,
 Allah mewakilkan 2 orang malaikat yg akan menjaganya sehingga subuh.


Barang siapa yg membaca ayat Kursi pada setiap akhir solat,
 Allah akan memeliharanya sehingga masuk waktu solat yg lain.


Barang siapa yg membaca ayat Kursi pada setiap akhir solat, 
Allah akan mengurniakan padanya hati hati org yg bersyukur,
 perbuatan perbuatan org yg benar, dan juga pahala nabi2.


Barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah,
 Allah akan mengutus 70000 malaikat kepadanya,
 kesemuanya memohon keampunan dan mendoakan baginya.


Barang siapa yg membaca ayat Kursi di setiap akhir solat,
 Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya  dan ia 
adalah seperti orang yg berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.









Ada banyak lagi sebenarnya cuma Ain nyatakan sepuluh sahaja.
Cukuplah kita menganggap bahawa mengamalkan dan membaca
 ayat Kursi memberikan kelebihan yang sangat besar kepada kita...








Jadi daripada kita sibuk menghafal lagu2 artis feveret, lagu2 yg tengah hot,
 yg takde bagi faedah pun, apa kata sama2 hafal maksud ayat Kursi tu
 dan memahaminya. Besar pahala. Untung bahagia.








Byknya advantage and pahala free boleh dpt kan?
 So,what are u waiting for? Grab this chance...
dan sama2 la kita sebar2kan ilmu yang bermanfaat ni..
May Allah bless us always ^^



Wallahu’alam..

Nota Hati 1 : Sampaikanlah pesanan yang baik walaupun sepotong ayat..^^

Comments

Mochalover said…
the best post :D

semoge kite dilindungi oleh-Nya sentiase,.
ariff said…
terima kasih mengingatkan..
Zehan Ilyana said…
nice sharing..
thanks..:)
Anis ;D said…
tq ain.. best baca entry ni sambil dgr lagu sayu kat blog ain ni. hehe
Fieza Sani said…
thanx 4 sharing :)
Unknown said…
nice for u dear ! ~
AieN selalu amalkan ayat kursi setiap kali solat..tapi xdek pulak ditulis kelebihannye..ape2 pown thanks syg for sharing..entri terbaik ! ~
Jahirah said…
insyaallah...sama2 amalkan yg elok dan baik...:)
NorFarahin@aien said…
masyeh yaa sume..mudah2an beroleh manfaat ny...same2 kita amek y baik..y buruk kita buang terus k..^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!