Posts

Showing posts from 2015

*Sahabat*

Image
"Kau ada di kalaku suka Di kalaku duka Setiap tangisan dan juga ketawa Kau ada di kalaku perlu Setia menemaniku Pegang erat tanganku bila aku jatuh Kaulah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah pahit manis Hidupku Kaulah yang di situ Setia menunggu ku Kaulah yang satu Menjadi sahabatku Kau ada di kala ku jatuh Di setiap bangunku Terus menemaniku tanpa rasa jemu Kau ada di setiap tawa Di kala bahagia Kau menjadi sahabatku selamanya......" [cebisan lirik lagu Sahabat, Najwa Latif]       Ukhuwwah Persahabatan Hidup ini takkan sempurna jika tiada kasih sayang dan rasa cinta. Hidup ini juga takkan terbina tanpa wujudnya ukhuwah persahabatan.  Tunjang Ukhuwwah Persahabatan 1. Bertunjangkan Allah Yang Maha Esa  Ukhuwah yang dibina, tunjangnya mestilah bertunjangkan Allah Yang Maha Esa, ikhlas keranaNya. Keikhlasan adalah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat menerim

*Story of My Life*

Image
  Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum for all reader s. Hello i'm back! since macam lama juga tak menjenguk, tak menconteng dalam belog kesayangan nim. sobs sobs Well, 2015 pun dah tak lama lagi akan melabuhkan tirai. 2015. Tahun yang penuh dengan kenangan indah dan pahit. Penuh suka duka, pahit manis. Apa apa pun yang pahit yang manis itu lah banyak mengajar dan mematangkan diri.  Tahun ini juga  ramai sangat sahabat yang masuk ke alam baru (alam perkahwinan). Ramai juga sahabat yang bakal dan sudah pun menjadi ummi. One of them my best friend sendiri. Tumpang bahagia tengok sahabat sahabat bahagia dengan life masing masing. Moga sentiasa bahagia dalam redha Allah. Takdirku Telah Tertulis Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menand

*Heart Sharing*

Image
Bismilahirrahmanirrahim. Asalamualaikum for all readers. first of all selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baek dari Ramadhan yang lepas, inshaaAllah. Today, just wanna heart sharing, to motivate ourselves especially myself. H idup kamu. Hidup awak. Hidup kita takkan lari dari ujian, masalah @ musibah. Dan kadang kadang, tak semua yang kita harapkan dan impikan menjadi kenyataan. Walhal kita hanya merancang tapi yang di atas sana menentukan segala galanya yang terbaek untuk kita. Ujian, Musibah, Masalah, Situasi Yang Tidak Disukai Apabila berlaku musibah @ perkara yang kita tidak suka, akan muncul dua golongan. Pertama, golongan yang redha. Dia faham itu ketentuan Allah. Dia redha, dia sabar. Allah suka lalu Allah campakkan ketenangan dalam diri dia.  Golongan yang kedua, golongan yang tidak redha. Dia terus terusan berasa marah, sedih, kecewa, dendam, persalahkan orang sekeliling. tidak mahu terima ketentuan Alla

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

Image
Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah. Masih lagi kita dibangkitkan dalam fitrah Islam. Allah masih lagi bagi peluang pada ita untuk upgrade diri untuk menjadi lebih baik dan baik. Sayangnya Dia pada kita.   Kita sambung lagi dalam bab Nun Sakinah & Tanwin - izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab dan idgham. Izhar Halqi Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong. Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah . Huruf-hurufnya: ح خ ع غ ه ء   Tanda-tanda bacaan: Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari. Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara dengung. Con

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!