*Sahabat*



"Kau ada di kalaku suka
Di kalaku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kalaku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menunggu ku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya......"
[cebisan lirik lagu Sahabat, Najwa Latif]
 
 
 
Ukhuwwah Persahabatan

Hidup ini takkan sempurna jika tiada kasih sayang dan rasa cinta. Hidup ini juga takkan terbina tanpa wujudnya ukhuwah persahabatan. 



Tunjang Ukhuwwah Persahabatan

1. Bertunjangkan Allah Yang Maha Esa 
Ukhuwah yang dibina, tunjangnya mestilah bertunjangkan Allah Yang Maha Esa, ikhlas keranaNya. Keikhlasan adalah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah, kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

2) Akhlak Mahmudah 
Akhlak yang baik, akan mampu menawan hati insan sekeliling. Tapi, jika akhlak kita buruk, hati kita kotor, nescaya kita takkan mampu untuk menawan hati insan sekeliling. Hati dan diri saling berkait dalam usaha membina akhlak dan sahsiah yang mahmudah. 





Moga ukhuwah persahabatan kita dibina atas dasar kerana Allah. Bagaimana? Semaikan iman dan takwa dalam setiap pertemuan kita. Terima orang sekeliling kita seadanya. Bantu mereka yang lemah, bukan meminggirkan mereka. Sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti akhlak dalam diri. Raikan insan sekeliling dengan budi pekerti. Fokuskan hati kepada akhirat. Bukan mengejar dunia yang penuh tipu daya ini. Selamat membina sebuah ukhuwah yang teguh keranaNya! Moga Allah redha kita semua! :

"Berbuat baiklah kamu sekalian (ihsan) sesungguhnya Allah SWT kasih kepada orang yang berbuat baik." (Surah Al-Baqarah : 195) 




 *Sayang semuaaaaaa kerana Allah. Sahabat dunia akhirat :D*

Comments

Semoga persahabatan awak dan sahabat yang terjalin berkekalan hingga syurga. Amin..=)
NorFarahin@aien said…
@aina syukrannnnn. same goes to you too dear :D
acu yuhan said…
cntk blog.. hi done folo, folo me back ;)
Nur Shahira MY said…
Salam perkenalan dari Kakcah 😘 Semoga persahabatan kalian kekal ke jannah aamiin
E'in said…
semoga persahabatan kekal selamanye.. :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!