Posts

Showing posts with the label class

*selamanya ukhuwwah day*

Image
*Cerita minggu lepas ---> Rehlah geng2 PAI'ians di Lata Jarum, Raub. bahagia kita, gembira kita, sedih kita, tawa kita, takut kita, gaduh kita, rajuk kita, cemburu kita, rindu kita, hanya 'kita' yang rasa. sirious, indahnya rasa ini. 'rasa' bila berukhuwwah, bersahabat keranaMu Ya Allah. terima kasih ya Allah. untuk segala 'rasa' yang KAU berikan ini. “Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63) Lagi, Saidina Ali RA pernah berkata, "Orang yang rugi ialah orang yang tidak berjaya mencari sahabat, tetapi orang yang paling rugi adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang sedia ada"...

Something to share | Kisah si lobak, telur & kopi

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum…. Curi maser sebentar hupdate here. Nak share something menarik yang dapat daripada kelas Culture and Learning (Budaya & Pembelajaran). Pernah dengar tak tentang kisah si lobak, telur dan kopi? Sebenarnya pernah baca kisah ni dalam 1 belog tapi tak ingat dah sebab dah lama sangat baca. Tetiber  ter’flash back’ bila lecturer share kisah ni dalam kelas. Rupa-rupanya ada ‘something’ yang boleh kita belajar daripada kisah tersebut. #Situasi 1 Lobak, direndam dalam air panas. Sebelum direbus kuat,keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. #Situasi 2 Sebiji telur direndam dalam air panas. Telur yang sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan kuning dan putih telur. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. #Situasi 3 Serbuk/uncang kopi direndam dalam air panas. Menjadikan dirinya sebati dengan kepanasan air. Makin panas, makin sebati, makin serasi,...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!