Something to share | Kisah si lobak, telur & kopi



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum….
Curi maser sebentar hupdate here. Nak share something menarik yang dapat daripada kelas Culture and Learning (Budaya & Pembelajaran). Pernah dengar tak tentang kisah si lobak, telur dan kopi? Sebenarnya pernah baca kisah ni dalam 1 belog tapi tak ingat dah sebab dah lama sangat baca. Tetiber  ter’flash back’ bila lecturer share kisah ni dalam kelas. Rupa-rupanya ada ‘something’ yang boleh kita belajar daripada kisah tersebut.

#Situasi 1

Lobak, direndam dalam air panas. Sebelum direbus kuat,keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.
#Situasi 2

Sebiji telur direndam dalam air panas. Telur yang sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan kuning dan putih telur. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
#Situasi 3

Serbuk/uncang kopi direndam dalam air panas. Menjadikan dirinya sebati dengan kepanasan air. Makin panas, makin sebati, makin serasi, makin manis, makin sedap, makin kawwww.




So, apa kisah di sebalik cerita dan situasi di atas?? Di sini, air panas diibaratkan sebagai MASALAH dalam kehidupan kita. Ketika berdepan masalah, bagaimana kita menghadapinya? Sure, setiap orang ada cara & style masing-masing kan. Apakah kita seperti lobak, telur atau kopi? Yang tuh kena tanya diri sendiri.

#Lobak
Jika kita seperti lobak yang pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila masalah melanda mula lah kita jadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula. Menjadi makin lembik, makin lemah. Dan akhirnya tersungkur di pengakhirannya. Contoh mudah yang boleh kita bagi, kita sebagai seorang pelajar, tak kira sekolah, IPTA, IPTS, IPG, Matrik atau apa saje.. awal-awal semester semangat sangat nak belajar, berazam tak nak study last minute daa.. tapi, tak sampai seminggu mula daa buat perangai lame. Biasa kan jadi perkara camni... yang nih mujahadah kena kuat! dush2 *kena diri sendiri

#Telur
Jika kita ini seperti telur pula, yang pada mulanya lemah lembut, berkasih sayang. Tetapi apabila ditimpa masalah, kita bertukar 'wajah'. Bertukar menjadi seorang yang keras hati, serba tak kena. Contoh yang paling dekat nanti praktikum bagi guru pelatih semester 5 semua IPG inshaAllah bulan 4 nanti. Di awal praktikum sayang sangat2 anak-anak murid. Salah sikit pun tak marah. Tapi, bila lama-lama, murid mula naik minyak, masalah dengan RPH, BBM dan pensyarah pembimbing, mula bertukar menjadi garang dan marah tak tentu pasal.

#Serbuk/uncang Kopi
Manakala jika kita serbuk/uncang kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma serbuk yang berasa pahit, hitam pulak tuh. Tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang sedap dan kaww. Di sini jugak kita nampak yang air tak mengubah kopi tuh, tapi serbuk kopi tuh yang ubah air panas tuh jadi air yang sedap diminum. Nampak? Kita yang ubah keadaan, bukan keadaan yang mengubah diri kita. Campak lah diri kita kat mana-mana pun atas muka bumi Allah nih, kita akan menjadi diri kita yang sebenar. Contoh laaa.. sebagai guru baru yang di posting di sekolah or first time practicum, kita takkan terpengaruh dengan style guru-guru lama di sana. Tapi, kita berpegang dengan cara dan identiti kita sendiri. Cara dan identiti yang positif , bukan yang negatif ok!




Kesimpulan
Jadilah seperti kopi... bila didatangi masalah, kita akan mengubah  masalah itu kepada sesuatu yang lebih manis. 1 lagi, bila kita rasa down dan tak kuat nak berdepan dengan sesuatu masalah, ingat yang Allah tidak akan menguji seseorang, beri masalah dan ujian pada kita melebihi kemampuan kita. Apabila menghadapi sebarang masalah dan ujian, ingatlah Allah nak ajar kita jadi kuat. Memang, masa paling sukar adalah masa apabila kita berdepan dengan masalah dan bagaimana dengan masalah tuh kita menjadikan kita seorang yang lebih baik dari sebelum ni.




So, starting now, sila set dalam mind kita yang masalah yang Allah bagi itu bukan membebankan. Ambil hikmah di sebalik masalah yang Allah bagi kat kita, inshaAllah kita akan dikurniakan kesabaran itu.  Memang.. cakap memang senang. Tapi dalam dunia ni, tak semua benda Allah bagi dalam keadaan yang "senang". Kalau nak senang, fikirkan senang sebab kalau kita fikir susah ianya akan jadi susah. Fikir senang tapi JANGAN AMBIL MUDAH.





Yang baik itu datang dari Tuhanku, Allah...
Yang buruk itu datang dariku, hamba yang lemah...


*tengs to daaa lec, Che Lah!


Wallahua’lam.


{09012013}

#psttt..nak tengok gambar yang cantik2..boleh tengok di tumblr.. sirious cantik sangat.. dan suka singgah tumblr diorang nih Kun-Fayakun , chibird~ & dr.Cinta's. Singgah lah sana if free~

Comments

PeRdU cINta said…
Bismillah,,Assalammualaikum,,betul..masalah atau ujian itu sebenarnya untuk membentuk jiwa kita menjadi lebih kuat dan cekal..bukan Allah mahu menyakiti kita..tidak sama sekali..
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

betol
melalui ujian Allah tarbiyyah & bentuk diri kita
dah diuji..
xkan mahu jd hmabaNya
yg lemah pulak kan
: )
Mimie said…
wah.. sangat menarik entry nie. Yup, Allah menguji mengikut kemampuan kita.
Farhana said…
wah..tenkiu share.. dulu prnah dgar gak..tapi x ambik peduli..huhu..betul2..jadi la kopi
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Singgah sini & komen sebelum berbuka.
Hee~~~

Cik Ain yang baik,

Kali taknak komen panjang.

"Ujian diberi tanda kasihNya, sama2 belajar memelihara adab kegembiraan serta kedukacitaan"

MOga Allah kasih kamu sahabat.
FarhanahAdzlan said…
dapat something kat sini.menarik :) kekadang terasa dngan diri sndiri hehehe
Izzah Haneefa said…
assalamualaikum kak :)
prnah baca analogi lobak, telur, kopi ni. memang sangatttt menyentuh hati :')
#tgh sedih, bukak blog akak tngok post ni rasa terubat sikit :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!