Something to share | Kisah si lobak, telur & kopi
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum….
Curi maser sebentar
hupdate here. Nak share something menarik yang dapat daripada kelas Culture and
Learning (Budaya & Pembelajaran). Pernah dengar tak tentang kisah si
lobak, telur dan kopi? Sebenarnya pernah baca kisah ni dalam 1 belog tapi tak
ingat dah sebab dah lama sangat baca. Tetiber ter’flash back’ bila lecturer share kisah ni
dalam kelas. Rupa-rupanya ada ‘something’ yang boleh kita belajar
daripada kisah tersebut.
#Situasi 1
Lobak, direndam dalam air panas. Sebelum direbus kuat,keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan.
#Situasi 2
Sebiji telur direndam dalam air panas. Telur yang sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan kuning dan putih telur. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
#Situasi 3
Serbuk/uncang kopi direndam dalam air panas. Menjadikan dirinya sebati dengan kepanasan air. Makin panas, makin sebati, makin serasi, makin manis, makin sedap, makin kawwww.
So, apa kisah di sebalik cerita dan situasi di atas?? Di sini, air panas diibaratkan sebagai MASALAH dalam kehidupan kita. Ketika berdepan masalah, bagaimana kita menghadapinya? Sure, setiap orang ada cara & style masing-masing kan. Apakah kita seperti lobak, telur atau kopi? Yang tuh kena tanya diri sendiri.
#Lobak
Jika kita seperti lobak yang
pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila masalah melanda mula lah kita jadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula. Menjadi makin lembik, makin lemah. Dan akhirnya tersungkur di pengakhirannya. Contoh mudah yang boleh kita
bagi, kita sebagai seorang pelajar, tak kira sekolah, IPTA, IPTS, IPG, Matrik
atau apa saje.. awal-awal semester semangat sangat nak belajar, berazam tak nak
study last minute daa.. tapi, tak sampai seminggu mula daa buat perangai lame.
Biasa kan jadi perkara camni... yang nih mujahadah kena kuat! dush2 *kena diri sendiri
#Telur
Jika kita ini seperti telur pula, yang pada mulanya lemah lembut, berkasih sayang. Tetapi apabila ditimpa masalah, kita bertukar 'wajah'. Bertukar menjadi seorang yang keras hati, serba tak kena. Contoh yang paling dekat nanti praktikum bagi guru pelatih semester 5 semua IPG inshaAllah bulan 4 nanti. Di awal praktikum sayang sangat2 anak-anak murid. Salah sikit pun tak marah. Tapi, bila lama-lama, murid mula naik minyak, masalah dengan RPH, BBM dan pensyarah pembimbing, mula bertukar menjadi garang dan marah tak tentu pasal.
#Serbuk/uncang Kopi
Manakala jika kita
serbuk/uncang kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma serbuk yang berasa pahit, hitam pulak tuh. Tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia
menjadi minuman yang sedap dan kaww. Di sini jugak kita nampak yang air tak
mengubah kopi tuh, tapi serbuk kopi tuh yang ubah air panas tuh jadi air yang
sedap diminum. Nampak? Kita yang ubah keadaan, bukan keadaan yang mengubah diri
kita. Campak lah diri kita kat mana-mana pun atas muka bumi Allah nih, kita
akan menjadi diri kita yang sebenar. Contoh laaa.. sebagai guru baru yang di
posting di sekolah or first time practicum, kita takkan terpengaruh dengan
style guru-guru lama di sana. Tapi, kita berpegang dengan cara dan identiti kita
sendiri. Cara dan identiti yang positif , bukan yang negatif ok!
Kesimpulan
Jadilah seperti kopi...
bila didatangi masalah, kita akan mengubah masalah itu kepada sesuatu
yang lebih manis. 1 lagi, bila kita rasa down dan tak kuat nak berdepan dengan sesuatu masalah, ingat yang Allah tidak akan menguji seseorang, beri
masalah dan ujian pada kita melebihi kemampuan kita. Apabila menghadapi sebarang
masalah dan ujian, ingatlah Allah nak ajar kita jadi kuat. Memang, masa paling
sukar adalah masa apabila kita berdepan dengan masalah dan bagaimana dengan
masalah tuh kita menjadikan kita seorang yang lebih baik dari sebelum ni.
So, starting now, sila set
dalam mind kita yang masalah yang Allah bagi itu bukan membebankan. Ambil
hikmah di sebalik masalah yang Allah bagi kat kita, inshaAllah kita akan
dikurniakan kesabaran itu. Memang.. cakap
memang senang. Tapi dalam dunia ni, tak semua benda Allah bagi dalam keadaan
yang "senang". Kalau nak senang, fikirkan senang sebab kalau kita fikir
susah ianya akan jadi susah. Fikir senang tapi JANGAN AMBIL MUDAH.
Yang baik itu datang dari Tuhanku, Allah...
Yang buruk itu datang dariku, hamba yang lemah...
*tengs to daaa lec, Che Lah!
Wallahua’lam.
{09012013}
#psttt..nak tengok gambar yang cantik2..boleh tengok di tumblr.. sirious cantik sangat.. dan suka singgah tumblr diorang nih Kun-Fayakun , chibird~ & dr.Cinta's. Singgah lah sana if free~
#psttt..nak tengok gambar yang cantik2..boleh tengok di tumblr.. sirious cantik sangat.. dan suka singgah tumblr diorang nih Kun-Fayakun , chibird~ & dr.Cinta's. Singgah lah sana if free~
Comments
betol
melalui ujian Allah tarbiyyah & bentuk diri kita
dah diuji..
xkan mahu jd hmabaNya
yg lemah pulak kan
: )
tengs dear...
: )
Singgah sini & komen sebelum berbuka.
Hee~~~
Cik Ain yang baik,
Kali taknak komen panjang.
"Ujian diberi tanda kasihNya, sama2 belajar memelihara adab kegembiraan serta kedukacitaan"
MOga Allah kasih kamu sahabat.
prnah baca analogi lobak, telur, kopi ni. memang sangatttt menyentuh hati :')
#tgh sedih, bukak blog akak tngok post ni rasa terubat sikit :)