Posts

Showing posts with the label IPG's lifes

*selamanya ukhuwwah day*

Image
*Cerita minggu lepas ---> Rehlah geng2 PAI'ians di Lata Jarum, Raub. bahagia kita, gembira kita, sedih kita, tawa kita, takut kita, gaduh kita, rajuk kita, cemburu kita, rindu kita, hanya 'kita' yang rasa. sirious, indahnya rasa ini. 'rasa' bila berukhuwwah, bersahabat keranaMu Ya Allah. terima kasih ya Allah. untuk segala 'rasa' yang KAU berikan ini. “Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63) Lagi, Saidina Ali RA pernah berkata, "Orang yang rugi ialah orang yang tidak berjaya mencari sahabat, tetapi orang yang paling rugi adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang sedia ada"...

Teaser : exam~

Image
Menuju FATRAH IMTIHAN. Yukkk berusaha menjadikan ilmu itu benar-benar sampai maknanya kepada diri kita. Allahumma ja'alna minan najiihin wal faaizin wal muta'aziin fil imtihan fii kulli madah fid din fid dunya wal aaahiroh. Ameen Ya Rabb! *me, search-ing mood study.. boley da selow2 tuh.. focus on exam.. because exam is coming soon! omo omo omo omo :) Nota Hati : Mohon maaf atas segalanya. Sungguh, kemaafan bukan kerana imtihan, bukan kerana terpaksaan, tetapi kerana terlalu banyak kesalahan dan kekhilafan dari diri ini. Hm moga Allah redha kita sepanjang menjadi pengemis ilmu.

*ibrah prektikum*

Image
Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum, Allahurabbi, lama yang amat tak jenguk belog sendiri. Rindu sangat sangat! :') *ketuk kepala sambil cuci sawang belog*. Alhamdulillah, dah nak hampir habis prektikum fasa 2. Terlalu sibuk di dunia realiti sehingga terlupa sekejap dunia alam maya, nak2 belogie tercinta’s. Actually, this is a very quick update only. Nothing much to write but infinity to say and share. Sekadar berkongsi apa dirasa! Ceritera prektikum Actually, 2 bulan di sekolah memang cukup untuk melatih diri sebagai seorang guru dari sudut teori. Tapi sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan kita sebagai seorang murobbiah. Murobbiah yang mampu mengubah akhlak seorang pelajar dan menjadi individu Muslim yang sebenar2nya. Honestly, tugas seorang guru siriously banyak cabaran. Tapi, 1 perkara yang mesti dipegang, biar siapa pun anak murid kita, ikhlas seorang guru untuk mendidik dan mentarbiyah itu sangat penting . Dengan ikhlas itulah yang akan mengalir sed...

*welkam roses.. my dear EXAM*

Image
Sudah2 la tu mood mengundi & pilihan raya. Everything is sette! Tutup buku okeyh! terima keputusan dengan redha.. kerana semua itu adalah yang terbaik buat masa ini. Jom kita pakat2 activate mood study. Exam week da kan? Kan kan. :P So, now me thinking how to manage jadual belajar untuk exam nanti.. re-cek jadual exam.. hm 13hb paper EDU3106 (Culture & Learning).. then 4 paper 4 hari berturut2 exam, 20-23hb.. nomnomnom osem sangat jadual exam kali nim... no gap..fuhhh *lap peluh* Pesanan untuk semua, especially for diri sendiri, kalau nak hasil yang terbaik, kena laa banyak berkorban. Nak2 berkorban buat perkara2 yang biasa disukai e.g belog-ing, sleep-ing, facebook-ing, twitter-ing plus perkara2 yang seumpama dengannya. Hm boleh buat semua tuh, tapi kena lah limit kan dulu sekejap. Rehatkan diri & puasa jap ehh mende tuh.. Haa, ingat, kejayaan bukan datang dengan percuma dan senang2. It needs effort! Nak dapat y...

*Ukhuwwah semanis lolipop*

Image
.. .. .. .. .. .. Allah menjadi saksi, lahirnya keterikatan hati dan rohani, antara kita sahabat. Allahu, terima kaseh, menemukan aku dengan mereka, sahabat2 syurga, Moga persahabatan ni kekal ke alam sana. Sungguh! ukhuwwah itu semanis lolipop.. Manis. Sumpah sangat manis! Ukhuwwah = cinta Cinta is love Love is cinta Ya, semua statement di atas betul. inilah lafaz cinta pada ukhuwwah iaitu mencintai sahabat kita yang lain, menyayangi mereka sebagai kekasih hati yang akrab dan memahami. Sahabat itu andai dia di sisi, bukan pula sekadar untuk bergelak tawa, tapi dialah yang memahami dan setiap renungannya mampu mentakrif apa yang ada di dalam hati ini. Sahabat itu bila dia disakiti, dia akan ‘pergi’, dan perginya itu bukan meninggalkan diri ini, tapi mencari erti rindu di kala jauh menyepi… dan dia akan kembali dan menyapa, kerana dialah sahabat yang sejati. Saha...

Cerita prektikum #part 1

Image
Honesltly, kat sekolah memang bermain dengan emosi & tenaga.. selalu jee mghitung hari nak weekend hari2.. sungguh! mental fizikal memang letih sangat2 bile dah habes mengajar 1 kelas.. tapiiii, bile da lame2, mule kenal diowg, jadi jatuh sayang pulak.. bahagia & hepi tengok mujahid mujahidah kecil yang kita ajar tu berusaha untuk belajar sungguh2.. walaupun mereka dari kelas belakang.. sebenarnya, mereka memang nak sangat & minat sangat belajar, tapi sifat suka 'maen2' dalam kelas tuh mengatasi kesungguhan mereka nak belajar.. hm kena berusaha belajar lagi nak tarik minat diowg dengan sesi P&P dalam kelas nim. Ingat kata pensyarah pembimbing, murid hakikat memang nak sangat belajar.. jadi, tugas cekgu lah yang tunjukkan 'jalan' kat diowang ni. Moga2 mereka mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. ameen~  *now, i know da trully perasaan sebenar seorang cekgu. {19042013}

*audit diri*

Image
. . . . . . . . . . . . . . Moga apa sahaja kerja yang kita lakukan setiap hari waima sekecil2 perkara adalah kerana Dia.  Dan dikira serta mendapat nilaian pahala dan ibadah di sisiNya. Bimbang, terlalu sibuk dengan kerja2 dunia, hingga lupa buku amal yang masih kosong. Tak pernah tercatat apa2 sedangkan diri ini hampir setiap hari, tulis Rancangan Pengajaran Harian dalam buku rekod pengajaran.. yela, sejak diri mula didampingi si prektikum, buku rekod memang tidak boleh dipisahkan dari empunya diri. Hari2 kena catat rekod pengajaran, buat jurnal & yang paling penting refleksi pengajaran. Yeee, REFLEKSI!!! refleksi diri seperti mana refleksi pengajaran selepas mengajar.. refleksi dosa2 kita, amal2 kita seharian.. Adakah masih cukup untuk dibawa bekal ke alam sana.. Bak kata Prof.Dr.Muhayya, audit diri setiap hari terutama yang menaip ini. Wallahua'lam. *selepas solat, sendirian dengan Allah, sendirian dengan Dia, b...

Welcome to dunia sebenar cekgu! ^^

Image
Assalamualaikum WBT. *luahan perasaan Hm, bila bangun jee pagi, mesti main kira kira, ada beberapa hari aje lagi lagi untuk menghadapi first prektikum..ohmaiii memikirkan prektikum 1001 perasaan menyelubungi... kalau tanya diri sniri dah ready atau tidak untuk jadi guru sebenar. Hm maybe kena lalui dunia sebenar cekgu baru tahu jawapan nya.. baru tahu susah senang nya nak menjadi seorang GURU, menjadi seorang CIKGU. Kenapa perlu praktikum ehh? Kenapa ehh mesti prektikum.. kalau tak prektikum kan mesti dah graduate dah kan sekarang.. tak dela bazir masa 3 semester.. bazir duit nak bli BBM lagi.. plus kena tidur lewat wat RPH hari hari...hm Ehh, mana boley camtuh syggg.. Prektikum sangat sangat penting sebagai persediaan untuk menjadi guru, sebab kalau kita asyik belajar teori sahaja, itu tak menjamin keberkesanan di dalam P&P. Kan. Untuk menjadi seorang guru, selain ilmu, kita perlu menguasai teknik "mengawal kelas" dengan baik. So, pengua...

Indahnya bersukan mengikut syariat~

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum… *again, sapu sawang belog Untuk pengetahuan semua..sekarang my campus, in short IPGKTAA and I think mostly IPG’s around Malaysia sedang sibuk dengan KOT2013. (Dan maybe ada sesetengahnya da selamat pun menjayakan.) Hm, rasanya excited nak tengok rumah manakah bakal menjadi juara lagi tahun nim. Tok Lela? Tok Bahaman? Mat Kilau? Ataupun Tok Gajah? just wait and seeee okeyh.. dis week bakal berlangsung.. excited, best, terujaa, OSEMMM kan. hm but please, stop kejap!  Dalam excited  kita bersukan, janganlah kita mengabaikan perkara yang dilarang syariat. Kita mesti recheck diri kita. Jom kita sama-sama berusaha meng’ibadah’kan aktiviti sukan kita. Jangan sia-siakan kepenatan kita bersukan sepertinya keringnya peluh selepas bersukan. Sama-sama jadikan sukan kita ini sebagai agen penambah pahala. Sambil bersukan, sambil beribadah. 2 in 1.  Baru osemmm. Jadi, bagaimana nak buat yee? *fikir* Hidup bersy...

| Selamat menduduki exam dunia ! |

Image
Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum to all my dear readers and followers.  Today, I would like to announce to all that : “ I have a final exam on 29,31 th October & 1, 5 and 7th November 2012.  So, no more hupdating belog. Now, I wanna have fun and dating with my books.  Wish me luck keyh! And to the all IPG’s student in Malaysia, good luck too.  May Allah ease our works “ Ragam aku, dia, kamu, mereka Pelbagai ragam kita dapat lihat sepanjang musim2 exam… terutama time study week.. ada yang sanggup tak tidur malam semata-mata nak ulangkaji pelajaran, yang tak makan pun ada. Malah ada juga sesetengah tu silentkan phone nak elak disturbance during study dan yang lagi teruk off kan phone terus.. semuanya sebab exam kan.. Melihat fenomena ini, cuba kita bayangkan, BEGINI HEBAT JUGAK KE KITA MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI "EXAM AKHIRAT" NANTI??? Kalau lah sehebat ini kita membuat persediaan untuk menghadapi exam di akhirat kan bagus...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!