*ibrah prektikum*


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,

Allahurabbi, lama yang amat tak jenguk belog sendiri. Rindu sangat sangat! :') *ketuk kepala sambil cuci sawang belog*. Alhamdulillah, dah nak hampir habis prektikum fasa 2. Terlalu sibuk di dunia realiti sehingga terlupa sekejap dunia alam maya, nak2 belogie tercinta’s. Actually, this is a very quick update only. Nothing much to write but infinity to say and share. Sekadar berkongsi apa dirasa!




Ceritera prektikum

Actually, 2 bulan di sekolah memang cukup untuk melatih diri sebagai seorang guru dari sudut teori. Tapi sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan kita sebagai seorang murobbiah. Murobbiah yang mampu mengubah akhlak seorang pelajar dan menjadi individu Muslim yang sebenar2nya. Honestly, tugas seorang guru siriously banyak cabaran. Tapi, 1 perkara yang mesti dipegang, biar siapa pun anak murid kita, ikhlas seorang guru untuk mendidik dan mentarbiyah itu sangat penting. Dengan ikhlas itulah yang akan mengalir sedikit sebanyak mengubah akhlak dan diri mereka. Bukan sekadar menyampaikan ilmu semata2.




Tugas guru

Yesss!  zaman yang dilalui murid pada hari ini jauh berbeza daripada zaman yang telah kita hadapi dulu. Cabaran dan gaya hidup mereka telah mengalami perubahan sehingga menjadi semakin sukar dan kompleks seiring kemajuan sains dan teknologi. Murid zaman kini lebih matang, terbuka dan lebih berani untuk bersuara. Guru2 di sekolah sekarang ‘berkerut dahi’ mencari kaedah terbaik berdepan kerenah murid yang super duper nakal atau bermasalah dalam pelajaran. Jadi, kesimpulannya bukan hanya tunggu murid ubah diri mereka, tetapi kita sebagai guru perlu ubah cara! Tackle mereka baek2. Jangan mudah mengalah berdepan dengan kerenah mereka! Untuk membangkitkan motivasi dan suntik semangat diri dari futur, selalu tengok dan baca kata2 nim :

"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". {Riwayat Muslim}

"Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia" {Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib}




Satu lagi perkara yang dapat dipelajari from prektikum fasa 2 nim. Setiap murid memerlukan pendekatan yang berbeza. Tapi, yang pasti gunalah pendekatan yang digunakan oleh nabi kita dalam mendidik iaitu KELEMBUTAN. Siriously, hati yang keras dapat dicairkan dengan kelembutan. Melalui pendekatan lemah lembut nim jugaks, dengan izin DIA dapat kita bentuk jiwa anak2 yang bersedia untuk menerima, memberi tindak balas dan melaksanakan setiap panggilan kebaikan dengan penuh kesabaran dan kerelaan, bukan keterpaksaan.

Mendidik ala nabi --à kelembutan plus kesabaran plus kasih sayang

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada- Nya.” {Ali Imran 3: 159}








{all dis memories will stay in heart!}




Ada baki lagi seminggu bersama mereka. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.
Yang baik dari Allah.
Yang lemah itu perlu dimuhasabah.

Moga Allah redha.
Wallahua'lam.

14092013.


Nota Hati : Usahalah sehabis baik untuk menjadi guru yang terbaik buat anak2 murid kita. Doakan sentiasa agar mereka berjaya. Dunia wa akhirat. 

Comments

AyaZuki said…
ingat lagi kecik2 dulu kalau ada cikgu praktikal datang sekolah mesti sedih nak berpisah..huhu teringat memori lama bersama cikgu yg saya rapat dulu :)
NorFarahin@aien said…
@AyaZuki :

budop mmg suka cikgu prektikum kan..
last day memang konpem wat drama air mata nge diowg
sobs
PeRdU cINta said…
di sekolah guru adalah ibu dan bapa..di rumah ibu bapa kandung juga guru..dua belah pihak ini memainkan peranan yang sangat penting..mengasuh..mendidik..dan mendoakan..contoh melalui tauladan satu pendekatan mudah selain bermula daripada kita sendiri mentarbiah diri agar diikuti..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |