*Oh mai AlQuran!*


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
Today, rasa ingin menulis lagi di sini. Moga tulisan2 ini mampu memberi manfaat dan motivasi kepada sesiapa sahaja yang membaca plus dapat menambah ilmu.




First of all, infiniti alhamdulillah dipanjatkan kepadaNya. Alhamdulillah, 2 bulan menjadi guru di sekolah, maka kini kembali menjadi seorang pelajar, guru pelatih di ipg’s tercinta. Infiniti syukran jua ditujukan kepada pihak pentadbir, guru pembimbing, guru2 senior dan terima kasih juga buat semua anak2 murid ustajah. 2 bulan di SK Batu Yon, Kuala Lipis, Pahang memahat million kenangan bersama mereka.sobs *ehh dah lupa lah jadual kuliah esok HIKHIK






Tips Hafal alQuran

So, just sharing, tips hafal and dekat dengan alQuran, got from someone and somewhere. Here we go, check it out :
a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa2 tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Allah bertapak di dalam hati manusia.
b) Niat yang benar, ikhlas dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohon kepada Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat2 alQuran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal2 lain.
d) Gunakan naskhah alQuran yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.
e) Mulakan dengan surah2 yang paling mudah bagi kita. Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah2 yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
f) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat2 sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu.
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain. Then, bila da hafal, tasmik sama2. Sweet jee kan camtuh HIHI
j) Off lagu2 yang melaghakan hati plus berpantang daripada melakukan perkara2 yang melalaikan diri. Contohnya, online bukak benda2 tak faedah, lepak sana lepak sini, over sleep-ing, movie-ing and so on. Together, we try okeyh. InshaAllah Allah akan bantu akan asalkan kita ada keazaman yang tinggi dan semua nim kena lah bermula lah dari diri kita sendiri.


dan lastly yang paling penting adalah KEBERKATAN & MENJAGA ADAB! Ingat! berkat itu amat perlu dalam menuntut sesuatu ilmu lebih2 lagi ilmu Islam. Dengan wujudnya keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, kekal ingatan, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang. Tanpa ADAB pula, berkat hilang, kefahaman lambat tiba, lupa menjadi sindrom biasa, fikiran serabut sentiasa, fokus terbang menghilang, hati gersang lagi kering. Hati yang kering for sure susah nak terima ilmu apatah lagi ayat2 alQuran kan. Hm




Apa2 pun, kena ingat. Kejayaan dalam menghafal alQuran memerlukan disiplin yang tinggi. Nak hafal alQuran banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi. So, latih & didik diri dengan sabar. Semuanya inshaAllah berhikmah. Jangan mudah futur dan berputus asa. Kita sama2 jadikan alQuran dekat di mata, lekat di hati. Moga sentiasa kuat & kita sentiasa dipermudahkan jalan. Waallahua'lam. (^_^)



Nota Hati : Jangan pernah futur untuk menjadi orang yang berilmu.


Comments

Unknown said…
suke entri ni
=)
Niena Reen said…
terima kasih berkongsi tips. sgt bermanfaat. kalau dapat hafal quran macam hafal lagu kan best. :)
NorFarahin@aien said…
@AyaZuki :

most welkam sis
moga bermanfaat
peringatan utk diri khususnya
:D
NorFarahin@aien said…
@Niena Reen :

inshaAllah boley sis.
menangkan iman,
kungfu fighter sama nafsu.
moga sama2 najah yee.
ameen.
InsyaALLAH, one day Lia nak jadi seorang hafizah sbb naik form 1 nanti nak msuk sekolah imtiaz, sbb kat sekolah tu die kene hafal dari juz 1-30 .. Hmm, seronoknyee. Cuma, takut tak boleh je.. Ape2pun, thanks share tips tu .. InsyaALLAH, boleh Lia praktikkan ^^

Btw, akk, jom join GA lia, ade 30 hadiah ^^

http://najaha-abdillah.blogspot.com/2013/09/duo-giveaway-by-amilia.html
Unknown said…
syukran atas entry ini :)
nam said…
amin. insya-Allah. semoga dipermudahkan ;)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!