Posts

Showing posts with the label Hamba Ilahi

*Qawiy . strong . kuat*

Image
Kekuatan badan & fizikal boleh dibina dengan mende nim. hm kekuatan hati? jiwa? rohani? yeee, kekuatan hati, jiwa dan rohani itu milik Allah.. ada Allah di dalam hati seseorang, di dalam diri seseorang, maka itu adalah KEKUATAN yang sebenar.. moh cari kekuatan tuh dengan sentiasa melakukan amalan2 yang boleh mendekatkan diri denganNya.. tak guna badan sasa, badan kuat kalau rohani lembik.. jiwa rapuh.. hati ‘manja’! dapat ujian sikit daa mengeluh.. Allah ambil orang yang kita sayang kita menangis salahkan takdir Allah.. kita gagal dalam exam kita futur dengan diri sendiri.. dannnn Allah tarik nikmat sikit pun kita rasa dunia macam nak kiamat.. sungguh! bila hati & jiwa plus diri kuat, qawiy, mehnah apa pun yang Allah bagi, kita terima dengan redha & sabar.. selalu ingat dan semat kuat2 dalam diri yang Allah itu maha Penyayang lagi maha Pengasih.. Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya.. kasih sayang Dia melebihi segalanya. Ayuh, kita ‘Qawiy’ dengan taqarrub dengan...

*2:25*

Image
" dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang beriman & berbuat kebajikan. Bahawa untuk mereka (disediakan) syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2. setiap kali mereka mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata , " inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu. " mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. dan di sana mereka (memperoleh) pasangan2 yang suci. mereka KEKAL di dalamnya. " {alBaqarah:5} *allahuuu! kesemua antara kita berharap pengakhiran nanti di sana, syurga. untuk mengecap NIKMAT2 yang KEKAL di sana. hm tapiiii, apakah iman dan amal kita sudah melayakkan diri untuk ke sana. Nanges laju2! T_____T Nota Hati : Pandang diri sendiri lebih baik daripada sibuk menghitung dosa orang lain. Muhasabah amal & diri setiap hari. Setiap hari! 

*berbahagialah dengan bersyukur*

Image
Wahai jiwa yang terlalu gembira, sederhanakanlah rentak suka & gembiramu, takut2 nanti ia mengundang bencana. Wahai jiwa yang terlalu sedih, angkatkanlah semangatmu, takut2 kesedihanmu menjemput para syaitan bermukim, bagi menakluki hatimu. Kegembiraan & kesedihan adalah suatu perkara yang berbeza.  Namun di sebalik perbezaan itu, satu perkara yang sama adalah, kedua-duanya adalah fitrah insaniah yang datang dari Tuhan, dari Allah SWT. Yup, sifat manusia, fitrahnya akan bergembira setelah memperoleh apa yang dihajati, dan bersedih dengan apa yang tak diingini. Bila kita menerima sesuatu yang diidamkan, hati berasa bahagia. Jiwa tersenyum dan hati berbunga2. Apabila ditimpa sesuatu yang langsung tidak pernah diimpi plus tak disukai pulak, maka selalunya kita terhenyak, terduduk, menangis dan bersedih. Padahal, kita tak tahu apa hikmah dan rahsia yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya. Kita yang terlalu cepat mengeluh, menghukum dan berputus asa. Hm *se...

*do come pretty rainboww*

Image
Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain. Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu diturunkan. H ujan adalah rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’ yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’. ‘hujan’ = ujian = rahmat Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-...

Short story, but meaningful | Keep ur faith dear!

Image
Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari: “Wahai tuan… Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang barangku.” lalu Imam Sahl menjawab: “Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri IMANmu dan merosakkan TAUHIDmu.” Nikmat Iman dan Islam Bukan semua dari kita bertuah dilahirkan sebagai Islam. Dikurniakan sebesar-besar nikmat iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam sejak lahir, dididik dan terdidik dengan nilai Islam untuk solat, puasa, baca alQuran dan sebagainya. Bila baca tentang non-Muslim yang baru mendapat hidayah and converted to Islam, all we can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam. Bersyukurlah and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? so, be than...

Treatment Hati | Sucikan hati dengan kembali kepada Dia

Image
Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum, .                     . . . . . . . . Hari ini, kembali lagi menulis lagi di sini, dan setiap kali aku menulis di sini, di belog tcinta, semestinya diri ini adalah orang yang pertama membacanya. Of course la kan. Dan semestinya diri ini juga orang yang pertama menerima tarbiyyah dan kesan dari penulisan sendiri. Dan sebenarnya mostly my writing in my blogie adalah ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya. Saat ini, hanya Allah yang tahu apa yang bermain-main dalam hati dan fikiranku. Diri ini merasakan hati kian rapuh. Diri ini merasakan hati semakin sakit. Hati semakin tidak kuat. Seakan-akan mempunyai hati yang bermasalah. Hati yang kosong. Mungkin kerana alpanya hati ini dari terus mengingati DIA? Allahu rabbi, tidak mungkin akan berlaku masalah hati jika hati ini sentiasa terikat denganMu. Allahu rabbi, tol...

Gaza | Please be alert! Ini urusan kita umat Islam! Pray for them!

Image
Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa khabar diri anda semua? Dan apa khabar juga agak-agaknya saudara-saudara kita di sana? Di Gaza, Syria, Palestin, Mesir, Jordan? Alhamdulillah, di kala saudara Islam kita di negara lain terutama sekarang di Gaza yang sedang bergolak hebat, kita masih diberi nikmat untuk hidup dalam keadaan aman dan damai. Alhamdulillah! : ) Gaza diserang hebat di saat kita umat Islam di seluruh dunia mengalu-alukan kedatangan awal Muharram. Sambutan tahun baru Hijrah 1434 di Gaza dicemari dengan serangan peluru berpandu Zionis Israel laknatullah. Darah syuhada' mengalir basah di awal Muharram penuh barakah di sana. Tetapi, wallahu a'lam sejauh mana kekecohan dan kekalutan yang berlaku di sana. Saya sendiri banyak update info-info terkini Gaza pun melalui page Aman Palestin dan Kelab IKRAM Mesir di facebook. Namun begitu, tidakkah kita tahu bahawa mereka semua adalah saudara seIslam k...

| Surat cinta untuk aku, kamu, awak, dia |

Image
Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum, To all readers and follower tercinta^^, Kaifa halukum? wa kaifa imanukum? Diharapkan supaya kesihatan fizikal dan iman kita kedua-duanya sihat. Hari ini, just coretan pendek untuk semua.. Disebabkan telah lama nak taip tapi dalam pada itu asyik taip dan padam.. taip dan save... then delete.. hari ini akhirnya, nak tulis, sampaikan sesuatu di sini..so, read this keyh! Surat cinta untukku dan untukmu Hari ini kubaca lagi surat cinta itu...daripada siapa? Rm..biarkan ia menjadi persoalan buat seketika... yang pasti ia sememangnya surat cinta yang istimewa daripada yang teristimewa... surat cinta yang penuh dengan kata-kata cinta,surat cinta yang sarat dengan kata nasihat,yang mampu mencuit hati ini setiap kali membacanya... disaat orang lain berbalas-balas mesej cinta,disaat orang lain mengeluarkan kata-kata manis kepada 'pasangan' mereka, tetapi still tidak mampu menandingi satu-satunya surat cinta yang aku miliki ini, still tidak ...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!