*do come pretty rainboww*
Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain.
Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap
dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu
diturunkan. Hujan adalah rahmat buat
tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi
bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’
yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’.
‘hujan’ = ujian = rahmat
Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.
Marilah kita sama2 koreksi hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan
ke atas kita. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat2 yang
terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang
lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai
dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Dan ingat, dengan ujian jugak laa,
kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hamba yang serba kekurangan. Kita
sebenarnya lemah tanpa daya dan tidak memiliki apa2. Maka kekuatan tuh kita
minta dengan Yang Maha Kuat. Makhluk, semuanya lemah. Tiada yang sempurna
kekuatannya melainkan hanya Allah SWT sahaja. Sandaran hanyalah kepadaNya.
Ingat tuh. *pergantungan total*
So, buat saudara2,saudari2ku yang sedang diuji, tak kira lah dalam
apa jua bentuk & keadaan ujian e.g kesakitan, kebimbangan, kehilangan,
kekecewaan and so on, ingat perkara yang satu nim.. Allah sebenarnya cinta...
amat cinta kepada kita.. Kerana itulah kita diuji. Jika Allah SWT berlepas diri
dari kita dan tidak lagi mahu memberi perhatian dan tidak peduli sama kita, maka
memang kita akan hidup senang. Tapi adakah itu yang kita mahu? Tepuk dada tanya
hati, tanya sama iman. *gulppp makan dalammm.. stop merungut after disss!*
Ya Allah..
kami cuma hambaMu..
hambaMu yang lemah lagi kerdil..
Sesekali ujianMu menyapa lembut
hati kami ini..
namun..
belum tentu kuat lagi hati kami di
jalanMu..
kurniakanlah & cantikkanlah diri kami..
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang sentiasa redha..
menerima segala takdir dan
tarbiyyah dariMu..
Ameeeen.
Nota Hati : cuti berbaki kurang 2 minggu jee
lagi..omnomnomnom masa terlalu pantas berlaluuu.. semester 6 bakal menjengah..hm
bagi kengkawanss plus seniorss yang telah/bakal bertukar status tuh, mabrouuuk! Hm memang
cuti2 nim memang cerita kahwin je laaa kan.. Barakallah! Then, bagi yang single
mingle lagi tuh, sama2 jaga iman, jaga diri, jaga hati. InshaAllah yang terbaek
Allah bagi untuk kita. Tunggu, sikit jee masa lagi tuh. Perbanyak doa. ^^
Comments
ujian mematangkan kiter..
n yg palng penting
ujian ni tanda Allah sayang sgt kat kiter...
dan mogenye kiter selalu ingat kat ALLAH.. ;)
yana!!
heee
yup sotrueee
ujian mampu mematangkan kita
membentuk jati diri muslim yg hebat dlm diri
inshaAllah
:)
*jupee t sem dpnnn..kurg 2 mguu jee lg..heeee