*Oh my beautiful girls!*
Wanita ----- > kecantikan
Wanita ----- > aurat
Yesss.. kedua2 perkara nim
memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Cantik tuh fitrah, aurah tuh
kewajipan. Kadang2, terlalu mengejar kecantikan di mata manusia, sehingga lupa menitikberatkan
soal aurat. Menyedihkan kan.. hm jangan sesekali mempertaruhkan prinsip Islam
hanya sekadar untuk jadi ‘cantik’ semata2. Boleh nak jadi ‘cantik’, tapi cantik
lah mengikut syariat Islam. Nim baru betul2 cantik kan. Cantik dengan menutup
aurat dengan sempurna.
Here.. wanna share something that I got somewhere. Yeahhh, perumpamaan bagi gadis2, wanita2 comel
sekalian dalam pemakaian & menutup aurat. Baca dan sama2 kita fikir dan
pilih, situasi mana yang kita inginkan. Okeyh, sekarang, kita umpamakan diri
kita sebagai ‘pakaian’.
Situasi 1 à Pakaian murah
#Yup, pakaian murah
biasanya dilonggokkan. Pembantu kedai pun tak nak lipat baju tuh, berhabuk.
Orang boleh pegang sesuka hati. Kalau tak suka, campak. Ambil dan cuba yang lain pula. Kan.
~Wanita sebegini terdedah
sana sini. Aurat tak diambil peduli. Kalau ambill peduli pun ikut mood. Mudah bergaul dan mudah didekati. Pergaulan tak terjaga, boleh maen tepuk tampar, sentuh, cubit2 dengan lelaki. Maruah bukan keutamaan. Yela, 'murah'. Nauzubillah! hm
Situasi 2 à Pakaian biasa
#Digantung rapi. Tapi,
kadang2 bila tiba musim jualan murah turut
dilonggokkan sama. Tarafnya tinggi sedikit dari pakaian murah.
~Wanita yang menjaga penampilannya
tapi tak sepenuhnya. Mungkin bertudung tapi tidak menjaga akhlaknya dan tidak
solat. Mungkin bertudung tapi masih berpakaian sendat dan bergaul bebas dengan
yang bukan mahram. Mungkin, something wrong somewhere.
Situasi 3 à Pakaian mahal
#Biasanya disimpan cantik
di dalam 'show room' khas. Cantik tersimpan di dalam almari kaca. Bukan semua
orang mampu memilikinya dan tak semua orang berani sentuh.
~Wanita sebegini adalah
wanita yang sangat menjaga penampilan, aurat dan akhlak serta imannya. InshaAllah,
pemilik pakaian untuk golongan seperti ini juga bukan calang2 orangnya.
Jadi, pakaian manakah pilihan kita? Adakah kita mahu dipilih2, direnyuk2, dikonyok2
dan dibuang? Atau adakah kita mahu jadi wanita yang biasa2 saja? Atau yang
terhebat dan mempunyai kelas tersendiri serta menjadi idaman ramai orang untuk
memilikinya. Hm
Membuat pilihan
Pilihan di tangan kita.
Tepuk dada, tanya sama IMAN. Kita kena ingat, kita hidup sebagai Muslim, tiada
pilihan. Nak jadi Muslim, jadi lah yang betul2 Muslim. Yang mengamalkan Islam
secara keseluruhan, Islam yang kaffah. Bukan separuh2. Okeyh, bab aurat. Hm kalau
nak tutup aurat, tutup lah sepenuhnya. Jaga betul2. Yang nipis, yang jarang,
yang ketat, yang sendat, yang tak sedap hati orang tengok, tinggal lah.
Buat sikit2. Tapi berterusan. Jangan buat banyak dan mendadak, tapi tergantung
di tengah2 jalan. Kalau kata nak tinggal semua benda2 yang tak best tuh,
tinggal betul2. Jangan rasa ragu2. Hijrah! Jangan pandang &
toleh ke belakang dah.
Haa, lagi bab aurat. Yee, semua tahu aurat wanita adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Tapi, kadang2 kita selalu lupa. First, kaki
tuh WAJIB dilindungi. Pakai sarung kaki,
stoking and ape2 lah asalkan tertutup. Then, pakai lah handsock supaya
lengan & tangan kita dilindungi. Sometimes, even kita pakai baju lengan
panjang, baju kurung tapi still nampak lengan & tangan still tak
sempurnakan? so, try istiqamah pakai handsock even baju lengan panjang. But, if
kita dah yakin tutup sempurna, no need lah. Then, kalau tudung tu rase macam
jarang semacam je, pakai lah 'inner' kat dalam, baru leher tak nampak. Finally,
biasa2 kanlah pakai jubah. Pakaian ‘solehah’. Sungguh! Sirious! Sangat2 suka
tengok Muslimat pakai jubah plus jilbab labuh! Sangat sejuk mata memandang.
Malu menutup aurat?
Refresh IlmuAurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula ‘aurat’ diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.ASAS AURAT : Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Malu menutup aurat?
Jangan pernah rasa malu
untuk mempamerkan keindahan Islam itu. Tutuplah aurat, dengan ikhlas seikhlasnya
keranaNya. Makin susah halangan yang dihadapi, makin tinggi nilainya di hadapan
Allah. Ingatlah, kita bertuah, kerana dalam beribu2, berjuta2 kaca, kita jadi permata. Permata Islam. Ingat hadis Rasulullah SAW yang mana Islam akan dilihat asing di akhir zaman ini.
Maka, berusaha menjadi yang ‘asing’ tuh. Memang banyak dugaan plus ujiannya, dicampur lagi
dengan rasa 'asing' itu. Tapi, selalulah ingat akan ganjaran syurga yang super
duper triple BEST tuh. Dan kena ingat nim ketat2, secantik mana pun seseorang
wanita tuh, tapi bila mana mereka mendedahkan aurat mereka di khalayak orang
ramai, cantik lagi seorang wanita yang menutup auratnya di mata Allah.
So, i think such a long entry
today. Wanna stop right there. Last word, if yuu really love yourself, please,
please & please cover your aurah completely. I love all my
muslimat friends, so that's why i keep reminding the same things again, again and
again. Let’s we! Changing to better way,
way of Islam. Okeyh! Me, sayang semua! Jaga diri. Salam!
Nota
Hati : Masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini
terutamanya dalam bab akhlak, ibadah & pemakaian. Setiap hari mengingatkan
diri. Yeee, akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Selagi pintu taubat
belum tertutup.
Comments