Posts

Showing posts with the label Mujahadah

*Ketentuan, Qada' dan Qadar*

Image
Bismillahirrahmanirrahim.  April, fav month. Secebis Rasa Buat diriku, buat semua. Tabahlah menghadapi setiap rentetan hidup yang Allah telah tetapkan. Biarlah air mata menjadi teman setia sebuah perjuangan namun jangan menyerahkan semuanya pada takdir namun berusahalah agar suasana yang menyedihkan ini akan berakhir jua. Kuatlah hati pada tali Allah serahkan pengharapan yang sebenar hanya pada Allah dan bertawakallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakal. Moga lebih ampuh dan kuat dalam menempuh semua catatan Allah buatmu. Ketahuilah bahawasanya kehidupan akhirat itu lebih bermakna dari kehidupan duniawi yang ternyata tipu daya semata-mata. Berfikirlah, bertaqwalah agar kita sama-sama mampu menjadi hambaNya yang sentiasa berserah diri dan berharap hanya padaNya. Moga Allah jadikan kita orang yang berlapang dada dengan takdir Allah. Beriman dengan qada' dan qadar. Sama-sama jadi hamba yang redha dengan takdirMu dan meyakini itu yang terbaek untu...

*The best PLANNER ----> ALLAH*

Image
Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.  Allah knows the best for us. J adi, ajari hati plus dekatkan diri dengan sikap suka REDHA dengan segala apa yang diberi dan ditentukanNya. okeyh!  *31 Dis nim result exam keluar. then 02 Jan new sem, final year. moga Allah permudah. dan moga aku sentiasa berlapang dada dengan segala 'plan' Dia. aku terima apa sahaja ya Allah. sebab selayaknya aku terima. aku hanya hamba. kalau itu yang terbaek. dan cuma 1 pintaku. mudahkan perjalanan hidup aku. dan orang2 yang aku sayang. ameeen.*  #sharing   #pic   #from   #tumblr #reflecting   #self   #redha   #berlapang   #dada   #dengan #plan   #allah   #doa   #mudahkan   #semua #urusan #perkongsian #kata #sahabat

*perempuan. women. annisa'*

Image
Ramai di antara wanita di dunia ini yang menagih kebahagiaan dengan sesuatu, mahupun seseorang, dan mencarinya di segala penjuru. Sedangkan kebahagiaan itu sangat lah dekat. Dekat pabila diri & hati sentiasa dengan Allah. Sungguh. Hanya Allah sahaja yang mampu menganugerahkan kebahagiaan kepada manusia. Maka janganlah mencarinya selain daripadaNya.  Dan 1 lagi. Tidak ada yang lebih berbahagia melainkan orang2 yang BERIMAN. tak percaya? hm bukak alQuran, surah 16 ayat 97.  Sekadar perkongsian pendek. Especially untuk diri sendiri. Salam. *berusaha untuk jadi wanita yang paling bahagia! dunia wa akhirat. biznillah! Nota Hati : Semoga awak, kamu, dia, mereka, sentiasa dalam jagaan Tuhan. Jagaan Allah. Fi hifzillah, fi amanillah. ^..^

*rezeki*

Image
  aku. percaya pada rezeki Allah. jadi. tak payah nak risau lah. soal rezeki itu Allah yang pegang. dan tentukan. bukan manusia. banyak atau sikit. cepat atau lambat. kalau itu memang rezeki kita. inshaaAllah dia akan datang dengan sendirinya. Hm tapi harus usaha dulu. kemudian percaya dan teruskan berdoa. apa lagiiii, toreh senyum luas2 kat bibir tuh weeee *all da best senior2 yang dapat intebiu spp. awal tahun nim kan. moga Allah permudah rezeki kalian esp posting. plus doakan kami adik2 yang still struggle menghabiskan sisa2 perjuangan & pengajian. yessss, 1 more year. mohon bertahan sikit lagi. may Allah ease everything till da end. tak sabar nak masuk alam pekerjaan yang sebenar ewahhh hikhik* #rezeki #Allah #bagi #adil #doa #dunia #sebenar #cikgu #ipg #life #feeling #excited #jiwangs #edit #pic 

*Qawiy . strong . kuat*

Image
Kekuatan badan & fizikal boleh dibina dengan mende nim. hm kekuatan hati? jiwa? rohani? yeee, kekuatan hati, jiwa dan rohani itu milik Allah.. ada Allah di dalam hati seseorang, di dalam diri seseorang, maka itu adalah KEKUATAN yang sebenar.. moh cari kekuatan tuh dengan sentiasa melakukan amalan2 yang boleh mendekatkan diri denganNya.. tak guna badan sasa, badan kuat kalau rohani lembik.. jiwa rapuh.. hati ‘manja’! dapat ujian sikit daa mengeluh.. Allah ambil orang yang kita sayang kita menangis salahkan takdir Allah.. kita gagal dalam exam kita futur dengan diri sendiri.. dannnn Allah tarik nikmat sikit pun kita rasa dunia macam nak kiamat.. sungguh! bila hati & jiwa plus diri kuat, qawiy, mehnah apa pun yang Allah bagi, kita terima dengan redha & sabar.. selalu ingat dan semat kuat2 dalam diri yang Allah itu maha Penyayang lagi maha Pengasih.. Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya.. kasih sayang Dia melebihi segalanya. Ayuh, kita ‘Qawiy’ dengan taqarrub dengan...

*2:25*

Image
" dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang beriman & berbuat kebajikan. Bahawa untuk mereka (disediakan) syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2. setiap kali mereka mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata , " inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu. " mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. dan di sana mereka (memperoleh) pasangan2 yang suci. mereka KEKAL di dalamnya. " {alBaqarah:5} *allahuuu! kesemua antara kita berharap pengakhiran nanti di sana, syurga. untuk mengecap NIKMAT2 yang KEKAL di sana. hm tapiiii, apakah iman dan amal kita sudah melayakkan diri untuk ke sana. Nanges laju2! T_____T Nota Hati : Pandang diri sendiri lebih baik daripada sibuk menghitung dosa orang lain. Muhasabah amal & diri setiap hari. Setiap hari! 

al-sa'adah = happiness = bahagia

Image
Sungguh, bahagia itu bukan didefinisikan oleh orang lain, mereka, dia, kamu. Sebab bahagia setiap insan, manusia itu berbeza-beza. Nak tafsir bahagia tuh macam mana? its depends on us laa sayanggg. Rasa tak bahagia? Hm 1 reason only. Sebabbbbb, suka membanding-bandingkan sangat diri  dengan orang lain. Tu aje. So, jerit sama hati, tolong bersyukur. Yesss, untuk menjadi orang yang paling bahagia, sebenarnya nampak senang jee tapi susah untuk kita laksanakan. Perkara pertama kena buat, belajar campak & buang jauh2 semua sifat2 mazmumah  & penyakit hati dalam diri tuh. Mujahadah sikit sayangs! Second, pergantungan hanya kepada Allah. Dengan cara ini, inshaAllah kita akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa dengan setiap apa yang berlaku. “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3) Third, sentiasa mencari peluang berbuat baik. B...

*do come pretty rainboww*

Image
Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain. Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu diturunkan. H ujan adalah rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’ yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’. ‘hujan’ = ujian = rahmat Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-...

Buang "KACA MATA HITAM" jauh-jauh

Image
Bismillahirahmanirahim. NILAI..MENILAI..DINILAI..PENILAI..PENILAIAN.. Jangan pakai "kaca mata hitam" di saat kita memandang orang lain, Sebab apa yang bakal kita nampak yang hitam jee tentang orang itu, Jom kita gantikan "kaca mata hitam" itu dengan "kaca mata biasa2 je", yang ditambah powernya dengan keimanan dan kasih sayang, agar mampu membuatkan jiwa kita sentiasa melihat kepada keindahan, bukannya kegelapan dan keburukan orang lain. Alangkah baiknya andai jiwa kita ini begitu senang melihat kebaikan pada seseorang berbanding keburukan mereka. Dan itulah jiwa mukmin yang sebenar-benarnya, yang sentiasa memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang,  bukan pandangan kebencian dan kedengkian. Sungguh! apabila kita terlalu memandang keburukan yang ada pada orang lain, maka terhentilah usaha untuk baiki diri sendiri, sebab kita merasakan kita lebih baik dari orang lain. "Hai orang-orang ya...

Short story, but meaningful | Keep ur faith dear!

Image
Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari: “Wahai tuan… Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang barangku.” lalu Imam Sahl menjawab: “Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri IMANmu dan merosakkan TAUHIDmu.” Nikmat Iman dan Islam Bukan semua dari kita bertuah dilahirkan sebagai Islam. Dikurniakan sebesar-besar nikmat iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam sejak lahir, dididik dan terdidik dengan nilai Islam untuk solat, puasa, baca alQuran dan sebagainya. Bila baca tentang non-Muslim yang baru mendapat hidayah and converted to Islam, all we can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam. Bersyukurlah and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? so, be than...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!