*Momentos #11*


Alhamdulillah genap 55 hari. Dikurniakan cahaya mata yang sihat & sempurna itu yang paling penting dan rezeki dari Allah yang paling besar.



Simpan cerita di sini. Ingat balik time nak bersalin. Petang selasa serah diri hospital. Sebab lambat serah diri jadinya pagi rabu baru kena induce. Kena induce, dua kali masuk ubat. Sebelum tuh doktor cakap induce maksimum 4x masuk ubat. Lepas 4x masuk ubat bukaan masih lagi tak cantik jawabnya stand by operate lah. First pagi tuh doktor cek jalan then masuk ubat. First ubat langsung tak rasa sakit, rilek lagi pusing pusing wad,  siap sembang2 sama kakak depan katil yang tunggu masa nak operate. Lepas zohor masuk ubat kali kedua. Bukaan time tuh baru 2cm. Time nim mula daa rasa sakit then makin kuat sakit contraction macam nak gegar katil, baring pusing kiri kanan serba tak kena. Nak tidur pun ape lagi tak boleh šŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£ Suruh misi cek bukaan tapi masih lagi 2cm. Sebelum zohor pesan daa kat suami beli kfc konon teringin nak makan nuget kfc tapiiiii bila dibelikan tak pandang daaa pun. Isyak tak tahan daaa, kakak depan katil tolong panggil misi sebab kakak tuh duk dengar merengek2 sakit sangat kat katil. Sekali misi cek 8cm bukaan terus tolak lelaju masuk labour room. Syukur masa bersalin dipermudah baby keluar & sempat tunggu abi dia masuk lr.  Dan betul sangat orang cakap hilang semua sakit bila baby keluar. Nikmat! Bila misi letak baby di dada, sebak sekejap. Bukan sebab sakit, tapi sebab bersyukurnya ya Allah tengok baby, sihat dan cukup sifat.šŸ˜‡



Alhamdulillah waa ahlan wa sahlan anak ibu abi Sarah Faqeehah binti Muhammad Shafiin lahir 16.10.19, 10.08pm dengan berat 3.235kg. (last scan week 38 baby 3.5kgšŸ¤£ berdebar lain macam daa time nim) Apapun, moga anak ini sentiasa dalam jagaanNya & membesar jadi anak solehah sihat walafiat penyejuk dan penyenang hati ibu abi & semua orang ❤️ Dan mohon doa juga supaya mampu menjadi ibu yang baik & sabar untuk zuriat, anugerah dan amanah yang dikurniakan Allah ini. šŸ¤²šŸ»❤️






Atuk & Sarah šŸ˜

Tokki & Sarah šŸ˜

Time nim gigih ulang alik klinik cek kuning and alhamdulillah almost 2 week Sarah no more kuning šŸ˜

Abi & Sarah šŸ˜

Suka wat muka bekeng Sarah nim huhuu maybe sebab time mengandung si Sarah ibu suka membebel bekeng sama anak anak murid šŸ¤£ ibu harap next week cukup 2 bulan nanti daa pndai respon nanti sokmo senyum dehhhh šŸ˜

Sarah’s officially first outing time bekwoh aunty zai & zam... moga diberkati suami isteri sehati sejiwa sampai syurga dikurniakan zuriat comel2 šŸ˜

Allahumma faqqiha fiideen waa ‘akimha takwil Sarah Faqeehah... moga jadi anak solehah penyenang dan penyejuk hati ibu abi dan semua orang. allahumma amiin šŸ¤²šŸ»❤️



Comments

Anum said…
alhamdullilah
Hidayah Ibrahim said…
Tahniah akak. Semoga baby dan mummmy sihat2 saja. Jemput singgah ke blog kita:)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!