Short story, but meaningful | Keep ur faith dear!



Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari:




“Wahai tuan… Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang barangku.”




lalu Imam Sahl menjawab:



“Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri IMANmu dan merosakkan TAUHIDmu.”





Nikmat Iman dan Islam

Bukan semua dari kita bertuah dilahirkan sebagai Islam. Dikurniakan sebesar-besar nikmat iaitu nikmat ISLAM dan IMAN. Terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam sejak lahir, dididik dan terdidik dengan nilai Islam untuk solat, puasa, baca alQuran dan sebagainya. Bila baca tentang non-Muslim yang baru mendapat hidayah and converted to Islam, all we can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam. Bersyukurlah and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? so, be thankful please! 





Jangan biarkan iman kita dicuri

Biasa kita tengok dalam filem atau drama yang menggambarkan bagaimana sifat orang kaya yang berusaha mempertahankan harta yang mereka ada. Kisah ini biasa sangat ada dalam drama atau filem Melayu terutama kisah keluarga kaya yang mempunyai syarikat yang sanggup gunakan apa sahaja nak dapat keuntungan. Malah, untuk harta yang telah rugi, hilang ataupun dicuri, mereka sanggup untuk bergadai nyawa demi mendapatkan semula apa yang telah mereka kehilangan. Tetapi dalam soal iman, kita dengan rela hati pula yee membiarkan ianya dicuri. Hakikatnya, harta yang paling bernilai ini lah tidak pula dijaga dengan rapi.





Hari ini, iman kita banyak diragut oleh banyak perkara di sekitar kita. Terlalu banyak perkara negatif yang mempengaruhi diri kita dan sememangnya kita tidak boleh lari daripadanya sebab  ianya memang sudah jadi sebahagian dari hidup kita. Lagu yang mengasyikkan, kpop sana sini, filem dan drama yang entah apa-apa, fesyenista yang keterlaluan. Kita telah disibukkan dengan perkara-perkara lagho sehingga sehari suntuk lidah kita  kering dari membaca al-Quran. Zikrullah entah ke mana. Solat juga sering dilengah-lengahkan untuk perkara keduniaan. Allahu, sentap sangat! Apa yang sedang kita lakukan? Tidak ada apa-apa kan. Ini lah yang dikatakan rela harta yang paling bernilai ini dicuri. Nauzubillah, mohon jangan diambil nikmat ini ya Allah.





Selain itu juga, nilai sesuatu perkara juga terletak kepada siapa yang memberinya. Semakin dalam rasa sayang kita kepada si pemberi, semakin bersungguh lah kita menjaga barangan tersebut. Ibarat orang yang kita sayang bagi sesuatu kepada kita, sudah tentu kita jaga pemberiannya dengan sebaik-baiknya. kan. Tapi, sayang sekali, iman yang diberi oleh Yang Maha Memberi, Yang Maha Agung, sering kita abaikan. Jika benarlah perumpamaan di atas, ternyata sebenarnya kita tidak menyayangi Allah. Sebab kita tidak menghargai dan menjaga nikmat iman yang diberikannya. The truth lies in front of ur eyes, its just yuu to look or not to look. Sama-sama refleksi diri. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Allahua’alam

Nota Hati : Merendahlah wahai diri. Bersyukur dengan apa adanya kerana dunia ini hanya fatamorgana. Yang tidak mungkin dapat dikejar, kerana ia hanya ilusi mata. Andai dunia yang di kejar, dunia akan pergi meninggalkanmu. Andai manusia yang dinanti, dia mampu sahaja dengan mudah melukakan hati kita. Namun andai Allah yang dicari, inshaAllah hidup kita akan sentiasa indah walaupun dilihat sukar oleh orang lain. Pandanglah hidup dari kaca mata seorang muslim. : )


Comments

NorFarahin@aien said…
@Anum :

tengs dearie..
Moga Allah redha yee
: )
Nadia Johari said…
terkedu seketika..syukur kepada Allah..yang mencipta kite di muka bumi ini..kite sebagai hmbanyer yang lemah..akan sentiasa taat kepadaNya
ariff said…
menjaga hati di dunia yg penuh dgn godaan.. hmm
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi :

susahnya nak mjaga sekeping hati
hmmm
moga Allah permudah
inshaAllah
NorFarahin@aien said…
@Nadia Johari :

syukur..
sbb nikmat yg dberi ny tlalu bnyk
lw nk dikira mmg xterhitung
moga2 kita di klgn org yg sntiasa berigt bhw kita ni tak punya apa2
tanpa Dia
siapalah kita
dan mmg tjuan kita dciptakan adalah utk beribadat dan mperhamabkan diri kpdNya
moga kita slalu igt tuh
dan Allah permudah sgala urusan kita
:)
Nursha said…
mashaAllah..
you did well, my sista ^_^

from ::Arkitek Hati::
NorFarahin@aien said…
@aini shahroni :

tengs sistaaa
all praises back to HIM
sama2 bermuhasabah
moga Allah redha kita
: )
PeRdU cINta said…
Ia sangat mahal dan berharga namun tiada nilai kewangan yang setara dengannya untuk membeli walau kita semewah mana pun,,apa dia??,,iman dan Islam..terlalu istimewa..laluan untuk kita ke Jannah Allah..pelihara dan gilap agar sentiasa bercahayadi qalbu..
Unknown said…
Great share ^.^ Btw follow me back.
A. said…
Thankyou for sharing :) love you blog and all the entries. May Allah bless you always sis! :)

NorFarahin@aien said…
@A. :

thankyuu yeee sis
segala pujian berbalik kpdNya
may Allah bless yuu too
: )
NorFarahin@aien said…
@Hanim Syakirah :

inshaAllah will follow yuu back
slm ukhuwwah
: )
Sentap . Speechless . Eh ? Tiba-tiba baju saya bergetar ? Oh hati rupanya . Hihi . Nice pos . Keep it .N ziarah la kalau rajin http://bukannakfemes.blogspot.com/
outbound malang said…
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!