Treatment Hati | Sucikan hati dengan kembali kepada Dia


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
.                    
.
.
.
.
.
.
.
.

Hari ini, kembali lagi menulis lagi di sini, dan setiap kali aku menulis di sini, di belog tcinta, semestinya diri ini adalah orang yang pertama membacanya. Of course la kan. Dan semestinya diri ini juga orang yang pertama menerima tarbiyyah dan kesan dari penulisan sendiri. Dan sebenarnya mostly my writing in my blogie adalah ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya.





Saat ini, hanya Allah yang tahu apa yang bermain-main dalam hati dan fikiranku. Diri ini merasakan hati kian rapuh. Diri ini merasakan hati semakin sakit. Hati semakin tidak kuat. Seakan-akan mempunyai hati yang bermasalah. Hati yang kosong. Mungkin kerana alpanya hati ini dari terus mengingati DIA? Allahu rabbi, tidak mungkin akan berlaku masalah hati jika hati ini sentiasa terikat denganMu. Allahu rabbi, tolong pegang aku dan hati aku erat-erat dan jangan biarkan aku semakin alpa. Sungguh, aku perlukan cintaMu. Gapai aku kembali. Kuatkan kembali hatiku untuk menjalani hari-hari berikutnya.





Jiwa kosong. Perlukan cinta siapa sebenarnya?

Jiwa dan hati yang kosong tak perlu diisi dengan cinta manusia semata-mata. Jiwa dan hati yang kosong kita perlu isi dengan cinta Allah dahulu. Betul ke kita dah benar- benar cintakan Allah secara total? Kalau betul, kenapa kita masih buat apa yang Allah benci? Susah, susah bagi semua orang nak faham dan memang benda sebegini jadi susah sebab orang tu sendiri tak nak betul- betul faham. Tak mengapa kalau tak nak cuba memahami, tapi jangan ambil mudah, neraka Allah tu azabnya maha dahsyat. Kalau kita semua ingat tu sahaja, dah buat kita cukup takut untuk membuat perkara yang Allah tak suka dan yang Allah larang. Ramai antara kita mengaku cintakan Allah, tapi sejauh mana kata-kata yang terlahir daripada bibir-bibir tu? Cukup ke sekadar kata-kata tanpa pelaksanaan dan tak terkesan langsung di hati? Tidak guna bergunung ilmu yang kita kutip tapi tidak kita amalkan. Kita juga solat setiap hari hatta solat sunat tak pernah tinggal kan, tapi adakah khusyuk solat kita itu? Tidak, sebab itu kita masih dalam keadaan lalai. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa seseorang yang solat dalam keadaan lalai adalah sia-sia sahaja, kerana tujuan solat itu sebenarnya adalah untuk mengingati Allah dan berfungsi alat pencegah dari perkara munkar dan keji. Hati yang diciptakan oleh Allah SWT sebenarnya adalah untuk mengingatiNya, orang yang lupa kepada Tuhan ketika solat hatinya tidak kosong begitu saja. Jika 1 jam yang digunakan untuk solat dalam keadaan lalai, maka yakinlah dua puluh tiga jam baki kepada waktu solat sure totally dia mungkin lupa kepada Allah SWT. Justeru, kalau betul kita rasa Allah benar-benar wujud dalam hati kita, ayat KOSONG,SUNYI takkan wujud dalam hati kita, pada bibir kita. Bila itu yang kita rasa, dengan izin dari Allah, cinta-cinta yang lain akan datang kepada kita tanpa kita duga. Dushhh.. terasa dipijak-pijak je kepala ni. Memang kena dengan batang hidung sendiri. Allahu T_____T





Sifat-sifat orang yang mencintai Allah

Di sini, nak share sedikit sifat orang-orang yang mencintai Allah dan ini bukan diambil daripada kitab mana-mana pun. Fatwa dari hati sendiri je untuk kita sama-sama refleksi dan muhasabah diri kita.  Sama-sama tanya diri, tanya iman dan hati kita. Adakah kita mempunyai sifat-sifat sebegini? Moga-moga, inshaAllah. Antara sifat dan ciri orang yang cintakan Allah adalah :
@Utamakan apa yang Allah suka.  Jadi, kita akan sentiasa berusaha untuk buat amal ibadah dan perkara yang akan mendekatkan kita kepada Allah dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsu.
@Lidah kita tak pernah terlepas dari menyebut nama Allah, Allah tak pernah hilang dari hati  dan bibir kita. Kita suka menyebut nama Allah, suka baca al Quran, suka kepada Rasulullah SAW dan perkara berkaitan baginda SAW.
@Tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hati tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Rasa bersalah yang amat  bagi kita jika ada saat-saat yang berlalu tak diisi dengan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan apa yang Allah benci
@Tak pernah rasa sakit bila dicaci, dikeji kerana melaksanakan perintah Allah. Biarlah apa pandangan dan kata-kata manusia, asalkan mulia di pandangan Dia.  

At last, keep dis word... Apabila kecintaan kita kepada Allah telah menguasai dalam diri kita, kita tidak akan lagi merasa seronok selain KekasihNya. Tidak peduli lagi kata-kata dan caci maki orang lain. Aku harap aku jua begitu. Moga-moga masa yang masih berbaki lagi untuk aku, aku akan gunakan sebaiknya untuk menjadi lebih baik di sisiNya. Bayangkan, alangkah bahagia apabila menjadi salah seorang yang dicintai ALLAH. SEMEMANGNYA ALLAH CINTA KITA. Nikmat-NYA melimpah-ruah buat kita hambaNYA. Semoga aku dan kita semua akan akan menemui ketenangan itu dan meraih cintaNya. InshaAllah, jika kita berusaha mendapatkan cintaNya, Dia pasti membalas semula cinta kita. Allahumma amin. Wallahua’lam.


Nota Hati 1 : Kadang kala terasa terlampau takut kerana merasa hati terlampau kosong. *cried :’)
Nota Hati 2 : Semaklah perhubungan kita dengan ALLAH. Mungkin ada something wrong somewhere jika hal sebegini, sebegitu yang kita tidak suka berlaku pada diri kita. So true! Muhasabah diri setiap masa. *Pesan untuk diri.

Comments

Anum said…
moning
just take care ok :)
NorFarahin@aien said…
@Anum :

tengs syggg
Moga Allah sntiasa pegang hati kita
Allahumma amennn
: )
Angah Rahim said…
Siyesnye kte2 dye....hehehe

pepun,ilmu yg memanfaatkn org len adalah yg terbaik.^^
NorFarahin@aien said…
@Angah :

heeee
sygggg mg
tengs olwez be wif mee
: )
PeRdU cINta said…
Hati sekadar sebuku darah,,tapi punya pelbagai rasa..masyaAllah..Allah beri pinjam,,kita jaga dengan kalimah suciNYA..bila kita lupa terasa sepi seketika..dan bila akal waras mula bekerja baru kita tahu hati ini sebenarnya masih lagi dalam jagaanNYA..alhamdulillah..sama sama kita didik hati agar sentiasa lurus kepadaNYA
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Cik ain sayang...

Love is an act...
Kan...

Sayang & cinta pada diri.
Juga tanda sayang & cinta pada Rabb.
Kerana terciptanya kita dengan kekuasaan & kebijaksanaanNya.

Moga Allah kasih.
NorFarahin@aien said…
@RuMaH TuA :

tengs iqa sygg
kata2 yg bmakna sgt...
inshaAllah
Moga Allah kasih kita semua
: )
LuzKlaRita93 said…
Sesungguhnya, pakaian seorang wanita adalah hatinya ^_^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!