Ini Kisahku | Mahu ku pegang erat tali Tuhan, tidak mahu terlepas dari genggamanNya.






'Ini Kisahku Wardina Safiyyah'. Terharu tengok video ni. Walaupun beberapa kali dah tengok, tapi still sebak dan terharu. Dapat belajar sesuatu daripada perjalanan perubahan hidup beliau. Bagaimana pengaruh persekitaran mempengaruhi hidup beliau dan bukti iman itu memang tidak boleh diwarisi walaupun ibu/ayah kita ustaz/ustazah. Bukti kuasa doa seorang ibu. Bukti bahawa Allah yang sentiasa bersama mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.




Permulaan ke arah lebih baik mestilah dengan mencari ilmu dan baiki solat kita dahulu. Suka dengan kata2 beliau ' kalau lah kita faham dengan apa yang kita baca dalam solat, tiap-tiap hari boleh nangis'. Dan setiap hari berdoa lah supaya Allah tak tarik hidayah setelah diberi hidayah itu kepada kita. Ada sesetengah orang, cakap laa, buat laa apa saja tapi telah dinyatakan dalam Alquran bahawa mereka akan buta, pekak dan mereka takkan nampak perkara-perkara yang baik walaupun sejuta kali dijelaskan. Dan alhamdulillah kita dalam kalangan orang yang nampak, mampu mendengar, memahami dan Allah tak biarkan kita terpesong dan terkapai-kapai.




----> Kesimpulan, setiap orang ada kisah dan jalan cerita masing-masing yang Allah ciptakan. Ada jalan cerita yang best, jalan cerita yang tak best pulak Allah nak kita ambil ibrah daripadanya untuk menjadi dan melalui proses kematangan and then menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik di sisiNya. Berusaha jugak untuk belajar melalui kisah orang lain. Ada 'sesuatu' pada setiap jalan cerita dan kisah orang lain yang boleh kita ambil dan contohi. Ambil yang baik, yang tak baik tuh buang jauh-jauh. Apa-apa pun, jalan cerita awak, jalan cerita saya, jalan cerita kamu, jalan cerita mereka tetap tak sama. Tapi tujuannya hanyalah satu, iaitu keredhaan Allah. Kan cik Ieyqa (curik ayat ieyqa..heee)


Wallahua'lam.


Nota Hati : Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2013 yang inshaAllah super osem. Moga lebih baik. New year, new sem, new air, new oxygen, new diary, new of me. Moga-moga Allah redha kita sentiasa.


Comments

PeRdU cINta said…
Bissmillah,,semoga kita melangkah dan menapak di muka bumi Allah ini dengan ketenangan dan keberkatan,,merintis jejak perkukuh iman berusaha menjadi mukminin sejati..kita samua berteduh di bawah langit ILAHI..
Unknown said…
semoga kita terus memperbaiki diri kita menuju jln Allah. perkukuhkan iman di dada. :)
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

inshaAllah
moga tiap hati, detik dan saat
kita mampu jadi lebih baik
: )
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

allahumma ameen
tengsss yaaaa
: )
Nadia Johari said…
nad dpt tgk sekert je..sebb broadbnd lambat sikit..smoga apa yang wardina lakukan mnjadi ikutan untuk kita semua..suka tgk cr die didik ank-ank die
Unknown said…
salam..saya pernah tgk kisah dia kat TV..ye terharu dan sedih..
Unknown said…
salam..saya pernah tgk kisah dia kat TV..ye terharu dan sedih..
aina izati said…
InsyaAllah,semoga kita sama-sama memperbaiki diri sendiri. Dan akan menjadi lebih baik. Ameen :)
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum sahabat...

Cik ain yang dikasihi,

Andai suatu hari diri ini tanpa disedari telah terlepas dari taliNya,
Moga dirimu sudi menunjuk dimana harus ku dongakkan agar terlihat kembali hujung tali itu.

*Amboi iqa da ada ejaan lagi glamm la... Hee~~~

Da jadi ain punya sebab da tacap2. Hik3

Yang baik-baik dari Allah.

Moga Allah kasih.
NorFarahin@aien said…
@nur naa'irah :

sama2 amibil ibrah & pgajaran dr kisah owg len
semoga kita mampu mjadi super duper muslim wa muslimah
: )
NorFarahin@aien said…
@aina izati :

allahumma amenn
allah sentiasa bsama owg2 yg inginkan kebaikan

: )
NorFarahin@aien said…
@RuMaH TuA :

moga Allah kasih dirimu juaa shbt
bnyk yg ain dpt bljr yg baek2 dr iqaaa
syukrannnnnn bangat

heee

*iqa meme glemmmer pungggg..hee: )

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!