al-sa'adah = happiness = bahagia


Sungguh, bahagia itu bukan didefinisikan oleh orang lain, mereka, dia, kamu.



Sebab bahagia setiap insan, manusia itu berbeza-beza.



Nak tafsir bahagia tuh macam mana? its depends on us laa sayanggg.



Rasa tak bahagia? Hm 1 reason only.



Sebabbbbb, suka membanding-bandingkan sangat diri  dengan orang lain. Tu aje. So, jerit sama hati, tolong bersyukur.





Yesss, untuk menjadi orang yang paling bahagia, sebenarnya nampak senang jee tapi susah untuk kita laksanakan. Perkara pertama kena buat, belajar campak & buang jauh2 semua sifat2 mazmumah  & penyakit hati dalam diri tuh. Mujahadah sikit sayangs!





Second, pergantungan hanya kepada Allah. Dengan cara ini, inshaAllah kita akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa dengan setiap apa yang berlaku.

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)






Third, sentiasa mencari peluang berbuat baik. Berbuat baik kepada makhluk dalam pelbagai bentuk, ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah semata2.

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)






Wa akhiran, sentiasa melihat “kelebihan” bukan kekurangan yang ada dalam diri sendiri. Sentiasa ajari diri untuk melihat orang yang di bawah kita dari segi kehidupan dunia, terutama dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita dan sentiasa bersyukur apa adanya. Bersyukur walaupun dengan sekecil2 nikmat. Kena selalu ingat Allah tidak beri apa yang kita inginkan, tapi Dia sentiasa beri apa yang kita perlu! Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)





Bersama-sama kita bermuhasabah. BAHAGIA, of course semua orang nak. Dan pada hakikat sebenarnya, rasa bahagia tuh akan datang apabila kita sentiasa BERSYUKUR dengan setiap apa yang Allah bagi kat kita. No need laa nak hitung2, banding2 apa yang orang lain ada & dapat. Lebih baik mensyukuri sahaja apa yang telah diberi oleh Allah pada kita. Apapun & bagaimanapun, Allah tuh Maha Adil. Kalau nak dihitung sekalipun apa yang Allah bagi sehingga kita bernafas saat ini, memang tak terhitung kiranya. Jadi, hidup jangan sesekali cemburu dengan apa yang orang lain ada. Itu BAHAGIA sebenar2nya. Dan sungguh, BAHAGIA juga apabila dengan sentiasa mengingati Allah, kekasihNya Rasulullah & parents kita. Sirious! 





Moga kita memperoleh dan dikurniakan dengan rasa ‘kebahagiaan’ yang sebenar2nya & sama2 sebarkan rasa itu dengan orang lain. *toreh senyum lebar2!*



*pstttt, memandangkan tak lama lagi nak final exam, nak start study week, so, me wish selamat menempuh peperiksaan dunia! Selamat mengulangkaji, moga najah! =D



Nota Hati : Moga aku sentiasa merasa cukup dengan setiap apa yang telah Kau berikan padaku. Ameeen.

Comments

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!