*do come pretty rainboww*



Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain.


Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu diturunkan. Hujan adalah rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’ yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’.




‘hujan’ = ujian = rahmat




Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama2 koreksi  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas kita. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat2 yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Dan ingat, dengan ujian jugak laa, kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hamba yang serba kekurangan. Kita sebenarnya lemah tanpa daya dan tidak memiliki apa2. Maka kekuatan tuh kita minta dengan Yang Maha Kuat. Makhluk, semuanya lemah. Tiada yang sempurna kekuatannya melainkan hanya Allah SWT sahaja. Sandaran hanyalah kepadaNya. Ingat tuh. *pergantungan total*




So, buat saudara2,saudari2ku yang sedang diuji, tak kira lah dalam apa jua bentuk & keadaan ujian e.g kesakitan, kebimbangan, kehilangan, kekecewaan and so on, ingat perkara yang satu nim.. Allah sebenarnya cinta... amat cinta kepada kita.. Kerana itulah kita diuji. Jika Allah SWT berlepas diri dari kita dan tidak lagi mahu memberi perhatian dan tidak peduli sama kita, maka memang kita akan hidup senang. Tapi adakah itu yang kita mahu? Tepuk dada tanya hati, tanya sama iman. *gulppp makan dalammm.. stop merungut after disss!*


Ya Allah..
kami cuma hambaMu..
hambaMu yang lemah lagi kerdil..
Sesekali ujianMu menyapa lembut hati kami ini..
namun..
belum tentu kuat lagi hati kami di jalanMu..
kurniakanlah & cantikkanlah diri kami..
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang sentiasa redha..
menerima segala takdir dan tarbiyyah dariMu..
Ameeeen.




Nota Hati : cuti berbaki kurang 2 minggu jee lagi..omnomnomnom masa terlalu pantas berlaluuu.. semester 6 bakal menjengah..hm bagi kengkawanss plus seniorss yang telah/bakal bertukar status tuh, mabrouuuk! Hm memang cuti2 nim memang cerita kahwin je laaa kan.. Barakallah! Then, bagi yang single mingle lagi tuh, sama2 jaga iman, jaga diri, jaga hati. InshaAllah yang terbaek Allah bagi untuk kita. Tunggu, sikit jee masa lagi tuh. Perbanyak doa. ^^

Comments

PeRdU cINta said…
indahnya hidup kita ini kerana adanya ujian..kemanisan ujian Allah itu kita nikmati apabila ianya bertukar kepada rahmat dan nikmat..
setiap ujian yang Allah berikan adalah kerana Allah sayangkan kita..^^
SN said…
nice entry :)
anda ditag ! http://gadizbertudungsekolah.blogspot.com/2013/06/blog-mereka-yang-cun-melecun-terlecun.html
kembara hati said…
assaamualaikum ain..first time komen..hehe..

ujian mematangkan kiter..

n yg palng penting

ujian ni tanda Allah sayang sgt kat kiter...

dan mogenye kiter selalu ingat kat ALLAH.. ;)
NorFarahin@aien said…
@kembara hati :

yana!!
heee
yup sotrueee
ujian mampu mematangkan kita
membentuk jati diri muslim yg hebat dlm diri
inshaAllah
:)

*jupee t sem dpnnn..kurg 2 mguu jee lg..heeee

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!