Gaza | Please be alert! Ini urusan kita umat Islam! Pray for them!


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa khabar diri anda semua? Dan apa khabar juga agak-agaknya saudara-saudara kita di sana? Di Gaza, Syria, Palestin, Mesir, Jordan? Alhamdulillah, di kala saudara Islam kita di negara lain terutama sekarang di Gaza yang sedang bergolak hebat, kita masih diberi nikmat untuk hidup dalam keadaan aman dan damai. Alhamdulillah! : )




Gaza diserang hebat di saat kita umat Islam di seluruh dunia mengalu-alukan kedatangan awal Muharram. Sambutan tahun baru Hijrah 1434 di Gaza dicemari dengan serangan peluru berpandu Zionis Israel laknatullah. Darah syuhada' mengalir basah di awal Muharram penuh barakah di sana. Tetapi, wallahu a'lam sejauh mana kekecohan dan kekalutan yang berlaku di sana. Saya sendiri banyak update info-info terkini Gaza pun melalui page Aman Palestin dan Kelab IKRAM Mesir di facebook. Namun begitu, tidakkah kita tahu bahawa mereka semua adalah saudara seIslam kita. Jadi, adakah dalam keamanan negara yang kita kecapi sekarang, kita masih seronok duduk goyang kaki di dalam bilik? Seronok melayan drama-drama Korea, Oppa Gangnam Style? Seronok dengan status-status jiwang di muka buku?
"Habis tuh takkan kena ke sana angkat senjata menyerang tentera Israel Yahudi laknatullah? Kita ni sape laa sangat kannn. Nak makan pun kena mitak mak ayah!"





Memang, kita mungkin tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Namun, ada satu senjata paling berkuasa yang perlu kita angkat untuk membantu mereka yang tumpahnya darah mereka di jalan Allah. Senjata itu ialah..... DOA... DOA... dan DOA... Hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan.
"Alaaa, doa je pun...ingatkan senjata hebat mana tadi.. bukannya bedil bom yang boleh memusnahkan 1 negara Israel pun. Xjejas langsung diorang.. Diorang tuh ada lagi banyak senjata yang lagi powerrr..."
Ya! Israel memang ada senjata yang amat power..tapi, kita ADA ALLAH! dan senjata kita yang paling power adalah DOA! Teruskan BERDOA untuk saudara kita di sana. Allah mahu dengar doa dari kita. Allah mahu kita semua Islam bersatu dalam doaNya. Jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara kita di Gaza, di Palestin dan juga di Syria.. Berdoalah walau di mana sahaja dan sekalipun di dalam hati tanpa siapa pun tahu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati kita. Jangan putuskan doa kalian, dengan doa kalian semoga bukan sahaja Gaza bahkan negara-negara Islam yang lain yang ditindas seperti Syria, juga akan terus kuat berjuang. In Shaa Allah! Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka mereka itu bukan dari kalangan KAMI"




Boikot Mereka, Boikot Yahudi!
Selain berdoa, kita juga boleh bantu mereka dengan memboikot barangan Yahudi laknatullah. Ayuh kita satu ummah bersatu BOIKOT punca utama kewangan mereka! Boikot adalah peperangan dan mujahadah kecil untuk kita. Berperang melawan hawa nafsu diri agar kemenangan menjadi milik Islam, para mujahid dan mujahidin di sana. Ini cuma jihad kecil dari kita untuk dipersembahkan kepada mereka yang sedang berjihad dengan fizikal dan jiwa raga mereka. TINGGALKAN McD dan makanan yang sekutu dengannya yang membawa banyak kekayaan kepada MUSUH-MUSUH ISLAM kita! Penyumbang kepada Israel memang banyak seperti Nestle, Loreal, pepsi dan terlampau banyak lah kalau nak disebutkan di sini. Tapi, kita try jauhi McD dulu, yang menjadi kegemaran kita. Lupakan Samurai burger, GCB, McMuffin, Spicy chicken McDeluxe, Sundae okeyh. Kita try jauhi yang satu ni dulu start dari hari ini. Ini pun namanya PERJUANGAN kan? Perjuangan menentang hawa nafsu dan mengawal diri. Ingat perjuangan itu memang payah sebab, nak syurganya yang manis dan indah itu penuh dengan jalan yang berliku. Kan? Lawan, lawan dan lawan hawa nafsu kita tuh. Tiada MCd kita boleh cuba makanan lain yang lebih berkhasiat kan. Radix Fried Chicken,RFC pun boleh : )





Kita mesti cemburu dengan mereka
Kadang-kadang terfikir, walaupun saudara-saudara kita seperti di Gaza dan Palestin tidak pernah merasai kehidupan senang, aman damai seperti mana yang kita kecapi. Tapi,  Allah menjanjikan yang terbaik untuk mereka di akhirat nanti. Mereka dijanjikan syurga. Kerana syahid dan gugurnya mereka di jalan Allah. Saya, kamu, kita dan anda-anda di sini, masih terkapai-kapai lagi mencari syurgaNya. Mereka di sana juga sangat  'bertuah' kerana sentiasa ingat mati dan tidak ada masa langsung nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila-bila masa sahaja. Mereka seolah-olah telah mebuat perjanjian dan kontrak dengan peperangan, perjuangan dan kematian. Kita pula bagaimana? Kita sehari-harian asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat sehinggakan hati kita jadi hitam dan kotor dan susah nak buat amal ibadat padaNya. Hidup dengan Kpop, hiburan, facebook yang melalaikan, novel cintan cintun, makanan yang mewah sana sini.. Allahu! Di manakah kedudukan kita di sana?? T_T.




Akhir kalam, ingatlah wahai diri, kamu, anda-anda sekalian yang memegang status ‘MUSLIM’, suatu saat nanti, kita bakal ditanya apakah yang kita lakukan untuk saudara seIslam kita? Walaupun kita tidak dapat menyertai mereka dalam berperang, cukuplah sekadar sekalung doa dipanjatkan buat mereka. Buktikan kecintaan kita pada saudara seIslam kita. Jangan sesekali jemu berdoa untuk mereka. Allah takkan mengabaikan doa-doa orang-orang yang dizalimi. Solat hajat juga & baca qunut nazilah. Jika uzur bagi muslimah, kirimkan istighfar & mohon agar usaha musuh menjadi lumpuh & lemah. Dan bagi saudara-saudaraku di Gaza, Palestin, Syria dan negara-negara Islam yang lain yang sedang bergolak, kuatkan semangat dan bersabarlah dengan ujian mu di dunia ni! Sabar, sabar itu kan cantik. Allah bagi ujian sehebat itu sebab Allah tahu kalian kuat!Wallahua’lam.


Nota Hati 1 : Kuatkan hatiku untuk terus istiqamah Ya Allah. Aku tidak sehebat mereka di Gaza. Namun aku pasti mampu kuat.: )
Noti Hati 2 : Terima sahaja apa yg Allah kurniakan pada kita hari ini kerana di sebalik kurniaan itu terselit suatu yg hikmah yg pasti. #Alhamdulillah...sebuah kemaafan diterima daripada seseorang. Hati ini makin tenang : )

Comments

sadis melihat keadaan di Gaza.. Ya ALLAH lindungi la saudara kami di sana.

setuju~! doa itu senjata umat islam. Semoga mereka di beri kekuatan utk terus berjuang.. amin.
kucing hitam said…
Apakan daya,kita tak mampu berperang kesana..hanya doa yang mampu diberi semoga saudara kita disana terus diberi kekuatan..=(
NorFarahin@aien said…
@aiNa yaZiD :

ameen
sesungguhnya Allah sentiasa memelihara mereka..
Dunia ini cuma pentas lakonan sementara buat mereka
sesungguhnya di akhirat nanti mereka lah yg plg bhgia
: )

Moga kemenangan dan keamanan milik mereka !
dan mereka xgive up lam pjuangan mereka!
ameen
*sama2 kita doa
NorFarahin@aien said…
@MarliaMarble :

so true dearie
hanya doa yang mampu diberi
doa, doa dan doa
jangan pernah berhenti
tolong mereka walaupun dengan doa k
moga mereka sntiasa kuat
ameen
:))
Unknown said…
Doa sebagai benteng ketenangan mereka..dengar kata arini McD free kan..??..tapi xtau sejauh mane betul nya..Israel nak tambat hati rakyat Malaysia..jgn sesekali goyah !!~ Ya Allah, selamatkan rakyat2 kami di GAZA..amin..
~cik atin~ said…
semoga Allah kurniakan kekuatan buat saudara saudara kita di gaza..

#pray4gaza.
NorFarahin@aien said…
@aiN NaJwa :

betol tuh
jgn sesekali goyah !!
lawan3...
mgkn ni je pengorbanan yg dapat kita buat selain dari berdoa...
Allah, selamatkan GAZA...
ameen.
ariff said…
kemenangan Islam semakin menghampiri.. musuh2 Islam akan hancur semuanya..
Unknown said…
Ameen Ya Rabb....(>___<)....kita tak mampu buat pape, hanya doa yang kita mampu....
ain soofiyah said…
doa snjata org islam..=D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!