Gaza | Please be alert! Ini urusan kita umat Islam! Pray for them!
Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa
khabar diri anda semua? Dan apa khabar juga agak-agaknya saudara-saudara kita
di sana? Di Gaza, Syria, Palestin, Mesir, Jordan? Alhamdulillah, di kala
saudara Islam kita di negara lain terutama sekarang di Gaza yang sedang
bergolak hebat, kita masih diberi nikmat untuk hidup dalam keadaan aman dan
damai. Alhamdulillah! : )
Gaza
diserang hebat di saat kita umat Islam di seluruh dunia mengalu-alukan
kedatangan awal Muharram. Sambutan tahun baru Hijrah 1434 di Gaza dicemari
dengan serangan peluru berpandu Zionis Israel laknatullah. Darah
syuhada' mengalir basah di awal Muharram penuh barakah di sana. Tetapi, wallahu
a'lam sejauh mana kekecohan dan kekalutan yang berlaku di sana. Saya sendiri banyak
update info-info terkini Gaza pun melalui page Aman Palestin dan Kelab IKRAM
Mesir di facebook. Namun begitu, tidakkah kita tahu bahawa mereka semua adalah
saudara seIslam kita. Jadi, adakah dalam keamanan negara yang kita kecapi
sekarang, kita masih seronok duduk goyang kaki di dalam bilik? Seronok melayan
drama-drama Korea, Oppa Gangnam Style? Seronok dengan status-status jiwang di
muka buku?
"Habis tuh takkan kena ke sana angkat senjata menyerang tentera Israel Yahudi laknatullah? Kita ni sape laa sangat kannn. Nak makan pun kena mitak mak ayah!"
Memang,
kita mungkin tidak mampu untuk melakukan sedemikian. Namun, ada satu senjata paling
berkuasa yang perlu kita angkat untuk membantu mereka yang tumpahnya darah mereka
di jalan Allah. Senjata itu ialah..... DOA... DOA... dan DOA... Hanya itu
sahaja yang kita mampu lakukan.
"Alaaa, doa je pun...ingatkan senjata hebat mana tadi.. bukannya bedil bom yang boleh memusnahkan 1 negara Israel pun. Xjejas langsung diorang.. Diorang tuh ada lagi banyak senjata yang lagi powerrr..."
Ya!
Israel memang ada senjata yang amat power..tapi, kita ADA ALLAH! dan senjata kita yang paling power adalah DOA! Teruskan
BERDOA untuk saudara kita di sana. Allah mahu dengar doa dari kita. Allah mahu kita semua Islam bersatu dalam doaNya. Jangan pernah berhenti berdoa untuk saudara kita di Gaza, di Palestin dan juga di Syria.. Berdoalah
walau di mana sahaja dan sekalipun di dalam hati tanpa siapa pun tahu. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terlintas dalam hati kita.
Jangan
putuskan doa kalian, dengan doa kalian semoga bukan sahaja Gaza bahkan negara-negara
Islam yang lain yang ditindas seperti Syria, juga akan terus kuat berjuang. In
Shaa Allah! Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka mereka itu bukan dari kalangan KAMI"
Boikot
Mereka, Boikot Yahudi!
Selain
berdoa, kita juga boleh bantu mereka dengan memboikot barangan Yahudi
laknatullah. Ayuh kita satu ummah bersatu BOIKOT punca utama kewangan mereka! Boikot adalah peperangan
dan mujahadah kecil untuk kita. Berperang melawan hawa nafsu diri agar
kemenangan menjadi milik Islam, para mujahid dan mujahidin di sana. Ini cuma
jihad kecil dari kita untuk dipersembahkan kepada mereka yang sedang berjihad
dengan fizikal dan jiwa raga mereka. TINGGALKAN McD dan makanan
yang sekutu dengannya yang membawa banyak kekayaan kepada MUSUH-MUSUH ISLAM kita!
Penyumbang kepada Israel memang banyak seperti Nestle, Loreal, pepsi dan terlampau banyak lah kalau nak disebutkan di sini. Tapi, kita try jauhi McD dulu, yang
menjadi kegemaran kita. Lupakan Samurai burger, GCB, McMuffin, Spicy chicken McDeluxe, Sundae okeyh. Kita try jauhi yang satu ni dulu start dari hari ini. Ini pun namanya
PERJUANGAN kan? Perjuangan menentang hawa nafsu dan mengawal diri. Ingat perjuangan itu memang payah sebab, nak syurganya yang
manis dan indah itu penuh dengan jalan yang berliku. Kan? Lawan, lawan dan
lawan hawa nafsu kita tuh. Tiada MCd kita boleh cuba makanan lain yang lebih
berkhasiat kan. Radix Fried Chicken,RFC pun boleh : )
Kita
mesti cemburu dengan mereka
Kadang-kadang
terfikir, walaupun saudara-saudara kita seperti di Gaza dan Palestin tidak
pernah merasai kehidupan senang, aman damai seperti mana yang kita kecapi. Tapi,
Allah menjanjikan yang terbaik untuk
mereka di akhirat nanti. Mereka dijanjikan syurga. Kerana syahid dan gugurnya
mereka di jalan Allah. Saya, kamu, kita dan anda-anda di sini, masih terkapai-kapai
lagi mencari syurgaNya. Mereka di sana juga sangat 'bertuah' kerana sentiasa ingat mati dan tidak
ada masa langsung nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang
tidak merasakan maut akan menjemput bila-bila masa sahaja. Mereka seolah-olah
telah mebuat perjanjian dan kontrak dengan peperangan, perjuangan dan kematian.
Kita pula bagaimana? Kita sehari-harian asyik bergelumang dengan dosa dan maksiat
sehinggakan hati kita jadi hitam dan kotor dan susah nak buat amal ibadat
padaNya. Hidup dengan Kpop, hiburan, facebook yang melalaikan, novel cintan
cintun, makanan yang mewah sana sini.. Allahu! Di manakah kedudukan kita di
sana?? T_T.
Akhir
kalam, ingatlah wahai diri, kamu, anda-anda sekalian yang memegang status
‘MUSLIM’, suatu saat nanti, kita bakal ditanya apakah yang kita lakukan untuk
saudara seIslam kita? Walaupun kita tidak dapat menyertai mereka dalam
berperang, cukuplah sekadar sekalung doa dipanjatkan buat mereka. Buktikan kecintaan
kita pada saudara seIslam kita. Jangan sesekali jemu berdoa untuk mereka. Allah
takkan mengabaikan doa-doa orang-orang yang dizalimi. Solat hajat juga &
baca qunut nazilah. Jika uzur bagi muslimah, kirimkan istighfar & mohon
agar usaha musuh menjadi lumpuh & lemah. Dan bagi saudara-saudaraku di
Gaza, Palestin, Syria dan negara-negara Islam yang lain yang sedang bergolak,
kuatkan
semangat dan bersabarlah dengan ujian mu di dunia ni! Sabar, sabar itu kan
cantik. Allah bagi ujian sehebat itu sebab Allah tahu kalian kuat!Wallahua’lam.
Nota
Hati 1 : Kuatkan hatiku untuk terus istiqamah Ya Allah. Aku
tidak sehebat mereka di Gaza. Namun aku pasti mampu kuat.: )
Noti Hati 2 : Terima
sahaja apa yg Allah kurniakan pada kita hari ini kerana di sebalik kurniaan itu
terselit suatu yg hikmah yg pasti. #Alhamdulillah...sebuah kemaafan diterima
daripada seseorang. Hati ini makin tenang : )
Comments
setuju~! doa itu senjata umat islam. Semoga mereka di beri kekuatan utk terus berjuang.. amin.
ameen
sesungguhnya Allah sentiasa memelihara mereka..
Dunia ini cuma pentas lakonan sementara buat mereka
sesungguhnya di akhirat nanti mereka lah yg plg bhgia
: )
Moga kemenangan dan keamanan milik mereka !
dan mereka xgive up lam pjuangan mereka!
ameen
*sama2 kita doa
so true dearie
hanya doa yang mampu diberi
doa, doa dan doa
jangan pernah berhenti
tolong mereka walaupun dengan doa k
moga mereka sntiasa kuat
ameen
:))
#pray4gaza.
ameen..
: )
betol tuh
jgn sesekali goyah !!
lawan3...
mgkn ni je pengorbanan yg dapat kita buat selain dari berdoa...
Allah, selamatkan GAZA...
ameen.