Sunday, 11 November 2012

| Treatment Hati : CINTA Allah dulu yeee duhai hati |


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. As usual,, mulakan bacaan anda dengan senyuman yang lebar okeyh.. baru nampak manis dan shomel je semua.. Bersawang sudah belog nih kan.. anda2 sehat semua? kali ni saya nak bercerita tentang cinta.. biasalah, korang memang suke bab cinta-cinta ni kan? huhu~ (bukan nak jadi dr.cinta taw..huu)



Orang ramai yang kata yang bercinta tu tak molek.. lagi-lagi kalau yang masih belajar macam saya.. sorry banyak la ye.. bercinta mengikut cara dan makna anak muda zaman sekarang memang tak ade faedahnya.. sebab semua bercinta bukan mengikut syariat. Fitrah cinta itu suci, seharusnya juga menyucikan.. bukan mengotori.. dan juga bukan membawa fitnah pada diri. Kita luaskan skop CINTA nih. Ok, saya sedang bercerita tentang cinta, tapi sila jangan salah mentafsirkan cinta. Cinta bukan hanya pada yang lain jantina je, cinta kepada Allah pun boleh, Rasulullah, ibu bapa, kawan-kawan, dsb.
"CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan.Berpandukan kepada maksud ini "CINTA" bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".



Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta. Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya. Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yang melahirkan rasa hormat, patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama Muslim yang melahirkan rasa ukhuwwah Islamiyah. (boleh dikatakan dalam persahabatan laa.)
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia. (means kena jaga hubungan sesama Muslim dan juga Non-Muslim)
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Keutamaan CINTA, kita yang pilih. Tepuk dada tanya iman. Kalau kita nak cinta Allah, kita akan berusaha mencari cintaNya, berusaha mendekatkan diri padaNya. Mencintai sesuatu yang lain eg boyfie or girlfie lebih dariNYA, membuatkan seseorang itu rugi kelak. Seseorang itu akan disibukkan dengan apa yang dicintainya. Sebagai contoh, apabila kita jatuh cinta dengan seseorang yang kita sayang, orang yang ingin kita sehidup semati, kita pasti akan ingat akan orang yang dicintai itu. Sibuk nak berSMS dengan si dia, fikir dia da makan kew tidak, fikir dia sedang buat apa laa, sibuk ber'koling2', sibuk itu ini dan berbagai-bagai la. Yeaahh, kita pasti disibukkan dengan kecintaan masing-masing.(dusss, pedihnya hulu hati..hee) Bagaimana nak seimbangkan semua itu?? jawapannya terletak pada usaha kita sendiri. So, decided dear? Cinta mana yang anda nak first of all? Jangan salah pilih. Ingat ini, (untuk saya jugak) apabila seseorang itu mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. SubhanaAllah !Moga-moga kita semua berjaya mendapat cinta high class, cinta ranking pertama. InshaAllah :))



Contohi Kisah Cinta Mereka

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan. Jadi, kita sama-sama contohi kisah percintaan agung di dalam sirah Nabawiyyah. Melihat bagaimana Siti Khadijah mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain. Semuanya berkisar tentang cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup menjadi hina dengan menyerahkan maruah mereka kepada orang yang mereka cintai. Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata? Dan terlebih hina lagi hingga sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta. Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat. Nauzubillahhi min zalik!



Oke, itu saja.. akhir kalam, sama-sama kita berusaha mencari cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InshaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah. Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya. Bahkan jika kita memilih untuk jatuh cinta kepada makhluknya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya dan cinta kepada orang yang akan membawa kita ke arah jalanNya. Selamat bercinta semua!
"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Ameen"

Nota Hati 1 : Aku tidak layak untuk aku berkata tentang cinta, kerana aku juga mungkin bukan pencinta Tuhan yang setia.
Nota Hati 2 : Tak salah bercinta.. kalau matlamat untuk pernikahan.. kan... just my opinion...yeahh.. maaf bagi yang tidak setuju.. *ramai lec saya pesan nak kahwin tuh biarlah habis belajar.. tak pun final year belajar.. payah kahwin time belajar, banyak komitmen..betol?? hee:))

20 comments:

nabila azmi said...

thanks for the sharing..=)..

munirah :) said...

entry yg terbaik :)
setuju 100%

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

nice sharing :)

NorFarahin@aien said...

@nabila azmi :

most welkam dear
segala pujian berbalik kpdNYa
sama2 ambil ibrah yee
:))

NorFarahin@aien said...

@munirah :) :

tengs dearie
:)

Eiqa Almond said...

Entry yg best dibaca :)

gee azie said...

follow sini juga

NorFarahin@aien said...

@gee azie :

tengs dearie
salam ukhuwaah !
do visit my belog olwezz yee
:)

Matahary said...

Rasanya semua lecturer ipg beri nasihat yg sama mcm nota hati 2.

:)

Hanif Idrus said...

Entri yg baik....

NorFarahin@aien said...

@Matahary :

yeahh??
heee
utamakan yg first of first right
jodoh, kahwin??
inshaAllah semua da ditentukan
yakin denganNya

:))

aiNa yaZiD said...

nice dear.. cinta kpd ALLAH ialah cinta yg hakiki. ^^.

ariff al-baqi said...

mengejar cinta Ilahi.. koreksi untuk diri :)

NorFarahin@aien said...

@aiNa yaZiD :

so true dearie
cinta Allah yang paling hakiki
Ayuhlah kembali kepadaNYA dengan seluruh jiwa dan hati kita.. Sungguh sudah terlalu lama kita hanyut dari mengingatiNYA.. Astarghfirullah..

"Dan ingatlah, sesungguhnya keampunan DIA maha luas, walau setinggi gunung sekalipun dosa kita, rahmat keampunanNYA itu lebih tinggi tak terkira.."

Moga Allah redha
:))

NorFarahin@aien said...

@ariff al-baqi :

Moga2 kita beroleh cintaNya
sama2 kita kejar n grab it !

Nur Alina Binti Jelihi said...

satu entri yang bermanfaat untuk pembaca..:D

NorFarahin@aien said...

@Nur Alina Binti Jelihi :

alhamdulillah
segala pujian berbalik kpdNya
:))

Iera Lee said...

kindly email your address at tchoney_iera@yahoo.com...congratz

Cikgu Ma said...

cinta itu keperluan hati...kalo cinta itu hitam, maka hitam lah hati..

***lama juga x singgah sini ^_^

aina izati said...

Entry yg menarik :)
Terima kasih akak,di atas info nie :-)