*Heart Sharing*


Bismilahirrahmanirrahim.

Asalamualaikum for all readers. first of all selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baek dari Ramadhan yang lepas, inshaaAllah. Today, just wanna heart sharing, to motivate ourselves especially myself. Hidup kamu. Hidup awak. Hidup kita takkan lari dari ujian, masalah @ musibah. Dan kadang kadang, tak semua yang kita harapkan dan impikan menjadi kenyataan. Walhal kita hanya merancang tapi yang di atas sana menentukan segala galanya yang terbaek untuk kita.



Ujian, Musibah, Masalah, Situasi Yang Tidak Disukai

Apabila berlaku musibah @ perkara yang kita tidak suka, akan muncul dua golongan. Pertama, golongan yang redha. Dia faham itu ketentuan Allah. Dia redha, dia sabar. Allah suka lalu Allah campakkan ketenangan dalam diri dia. 



Golongan yang kedua, golongan yang tidak redha. Dia terus terusan berasa marah, sedih, kecewa, dendam, persalahkan orang sekeliling. tidak mahu terima ketentuan Allah. Maka terus la hidup dalam keadaan serba tak kena, keluh kesah. 



Ibrah

Sebab itu kadang kadang, bila ditimpa musibah, berlaku perkara yang tidak kita suka, tidak kita harapkan, fikir 2 perkara. Apa ibrah yang kita dapat daripada perkara perkara itu. Mungkin daripada musibah, ujian + perkara yang kita tidak suka itu kita menjadi manusia yamg berjiwa lebih kental, gagah perkasa. Mungkin juga mendidik diri lebih sabar dan tabah dan sentisa positif dengan diri sendiri dan orang lain. Dan mungkin juga mengajar diri untuk sentiasa bersangka baek terutamanya bersangka baek dengan perancangan Allah yang mempunyai 1001 rahsia yang kita tidak tahu. Dan mungkin juga ia mendidik diri untuk melihat orang yang lebih susah, bawah dari kita seterusnya mendidik diri dengan erti syukur. See, 1001 hikmah + ibrah sebenarnya yang kadang kadang kita tidak nampak dek kerana dibutakan bahawa kita seorang sahaja yang ditimpa musibah + ujian tersebut sedangkan Allah itu menguji semua manusia lebih lebih lagi orang orang yang beriman. 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Ketahuilah, Allah tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu." (al-Baqarah;286) 

Allah juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (al-Hadidi:22-23)

Nabi SAW bersabda dalam hadis qudsi: “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga."(Hasan.Riwayat Ibnu Majah)


Kedua nya, kita cek semula bagaimana hubungan kita dengan Allah, sama ada diri makin dekat @ makin jauh? hurmmmm moga moga makin dekat, makin kuat tali pergharapan + pergantungan diri pada Dia. inshaaaAllah.

#deep #PDM #reminderfromapiecesofwordsfromdrmuhaya #muhasabahdiri #jumaatpertamaRamadhan #sukalaut #sukapantai #thisisterengganu #kebesaranAllah #ketenangan #percaya #perancanganAllahituyangterbaik #sabaritumanis #sabaritusyurga #iamkattang



Sekadar itu perkongsian + sharing is caring for today. Salah silap harap dimaafi. Moga kita semua sentiasa dilndungi + diberkati Allah SWT. AssalamualaikUm WBT.


Throwback pic konvo 2 minggu lepas. family is my everything. my heartbeat. my pemguatttt. moga Allah jaga mereka untukku selalu. ameeen

*Minggu depan bakal fly, berkhidmat di Sabah. Mohon dia kalian moga baek baek belake di sana. Dan moga Allah sentiasa memudahkan urusanku dan sahabat sahabatku serta menjaga keluargaku. Walaupun jauh di mata, mereka akan sentiasa dekat di hati, dekat dalam doa. sobs

*Hidup kena selalu positif. Jiwa kena kental.

*'Penantian' banyak mengajar + mendidik diri sabar dan sentiasa bersangka baik dengan perancanganNya.



Comments

Ika said…
Thanks share. :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |