*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*




Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah. Masih lagi kita dibangkitkan dalam fitrah Islam. Allah masih lagi bagi peluang pada ita untuk upgrade diri untuk menjadi lebih baik dan baik. Sayangnya Dia pada kita.  




Kita sambung lagi dalam bab Nun Sakinah & Tanwin - izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab dan idgham.



Izhar Halqi



Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong. Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah. Huruf-hurufnya:
ح خ ع غ ه ء 


Tanda-tanda bacaan: Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.


Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara dengung. Contoh : 



IKHFA' HAQIQI 

IKHFA' HAQIQI : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan idgham berserta dengung.  Huruf-hurufnya :   

ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك


Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.



Cara bacaan: Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya. Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut. Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la’.
Contoh: 





IQLAB
IQLAB  : bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau tanwin kepada sebutan mim م berserta dengung.  Hurufnya hanya satu: ب  
 Cara Bacaan:  Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merapatkan dua bibir. Tanda-tanda Iqlab: Mempunyai tanda م kecil di atas nun sakinah dan huruf م kecil mengganti baris kedua tanwin. 

 Contoh:








IDGHAM MA'AL GHUNNAH 
 
IDGHAM MA'AL GHUNNAH : Idgham bererti memasukkan atau menggabungkan. Idgham Ma’al Ghunnah bermaksud menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja.
Huruf-hurufnya:

ي و ن م

Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.


Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya dengan didengungkan. Kadar dengung adalah dua harakat.

Contoh: 




IDGHAM BI LA GHUNNAH

IDGHAM BI LA GHUNNAH : menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja. Huruf-hurufnya:

ل ر


Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari. Terdapat tanda sabdu pada huruf  ر atau ل yang berikutnya.


Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara huruf ra’ atau lam tidak dipanjangkan untuk mengelakkan suara dengung.

Contoh:





***Nota:
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf
ن م ر dan  لkerana tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf ن م ر dan  ل menunjukkan hukum idgham kamil.

Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf
ي dan و  kerana masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf ي dan و.




Akhir Kalam

Mudah-mudahan dengan izinNya kita semua dapat memahami hukum Nun Sakinah & Tanwun ini. Tajwid sebenarnya mudah. Tips :



- Buat nota ringkas sendiri dan baru mula menghafal. Sebab menghafal tulisan sendiri lagi mudah nak ingat dan faham.
 
- Setiap kali baca Al-quran, cuba keluarkan sekali hukum tajwid yang ade. Buat selalu dan jangan jemu.

- Yang terakhir, bila daa faham, cuba ajar pada orang lain. Ajar j pada adik, anak or kawan pun takpe. InshaaAllah akan lebih lekat di ingatan!





Apa-apa pun, yang paling penting, lagi afdhal belajar secara berdepan dengan guru! Bahan bacaan sama ada melalui buku-buku mahu un internet sekadar untuk mengukuhkan lagi kefahaman.


Cukup sampai sini. Jumpa lagi dalam bab seterusnya akan datang, inshaaAllah! Salam.

 
*Rujukan  : 






Rujukan lain boleh rujuk blog ini :





Nota Hati : Menuju Ramadhan. Moga berkesempatan. Moga berjodoh dengan bulan mulia penuh barakah dan rahmat.


Comments

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |