:: Jangan malu Untuk Kebaikan ::


Assalamualaikum..
Peace upon to all..
Harap kalian baik2 semuanya..







Hari ini macam biase Ain berjalan2 di blog orang lain..
Dan terbace 1 entry kat 1 belog yang memang wajib singgah...hee
Xnak lar mention kat sini...cari sendiri yaa...:P
Tetibe gatal pulak nak menulis kat cini selepas bace entry kat situ..









JANGAN MALU UNTUK KEBAIKAN....











Statement ni sesuai Ain gtw selepas bacer entry tu..
Memang setuju sangat2 syurga bukan untuk golongan ' ustaz & ustazah ' je..
Syurga tu 1 nikmat yang Allah bagi untuk semua Muslim..kan













Siapa sahaja di dunia ini tidak terlepas dari dosa...
 Kita semua hanya insan biasa, bukan maksum, bukan malaikat,
 hati dan imannya mudah goyah, dek angkara hasutan dan desakan syaitan.
 Justeru, setiap kali diberi hidayah, diberi petunjuk,
 jangan lupa meminta pada-Nya supaya ditetapkan hati kita dan
 tidak dibolak-balikkan dengan mudah, juga mintalah agar
 kita tidak disesatkan sesudah dikurniakan hidayah.
Adat manusia, sesudah melakukan dosa inginkan kepada fitrah asalnya,
 iaitu melalui TAUBAT.














Mungkin...kita rasa cukuplah dengan menjadikan diri sendiri sahaja yang baik.
 kita rasa cukuplah jika kita dan keluarga sahaja yang tahu ilmu Islam ,
 tapi alangkah kasihannya pada diri kita sendiri,
kerana orang di luar sana juga sedang mencari2 apa yang sedang kita ketahui.
Kita kata kita ada hal keluarga yang lebih penting,
 tapi sebenarnya kita sedang mementingkan diri sendiri,
kerana masalah umat itu juga penting...
Untuk diri sendiri juga yang kadang2 lupa..
 Moga2  Allah terus beri kekuatan & kemudahan untuk terus berada di jalan ini.
Jangan pernah STOP!!!
 Kerana Allah tidak pernah STOP memberikan kita nikmat memberikan
kita kekuatan, memberikan kita kemudahan
dan  segala yang kita rasakan penting..kan..













Kita (umat Muhammad) adalah sebaik2 umat yang diciptakan Allah
 untuk menyeru kepada kebaikan (AMAL MA'RUF),
dan mencegah dari yang MUNGKAR (NAHI MUNKAR).
Jadi, kita tiada hak untuk menafikan apa tujuan Dia menciptakan kita.
 Setiap orang berhak menegur, berhak untuk ditegur atas kesalahannya.
 Dan setiap orang juga ada hak untuk mengajak atau diajak untuk berbuat
 kebajikan. Jangan nafikan hak sesama kita, sehinggakan dituntut di akhirat kelak.














Sa’id bin Jubair berkata:
“Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan 
tidak pula mencegah dari yang munkar, 
hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan,
 maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan
 dan tidak pula mencegah dari yang mungkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata:
 “Benar apa yang dikatakan Sa’id. 
Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.
*
*
*
*
*
Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah:
 “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”.

 Mutharrif menjawab: 
“Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi:
 “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita 
yang melakukan semua yang diperintahkan Allah.
 Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga 
tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan
 tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

















Kesimpulannya...kita kene set semula minda kita...
Tugas tegur menegur...nasihat menasihati..
Bukan golongan ustaz & ustazah sahaja...
Golongan alim ulama’..mursyid & mursyidah sahaja..
Semua orang memegang tugas & tanggungjawab tersebut....
PERUBAHAN!!!
Jangan rasa rendah diri dan malu...
Memetik kata2 ukhti dari belog Perantau Damai..
Mungkin kita banyak beralasan dalam tugas dakwah
( mengingatkan ke arah kebaikan)
Sebab mungkin kerana kita tidak ahli dalam sesuatu ilmu.
Di sini jelas kan pentingnya penguasaan ilmu..
Kerana kita lebih yakin untuk mengajak orang ke arah kebaikan...
Seterusnya ajakan kita itu akan mudah diterima..kan..















Semoga kita termasuk orang2 yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.
Jangan malu untuk kebaikan..
Untuk diri sendiri & orang lain..
Takkan kita nak masuk syurga sorang2 kan..
Peace..^^


Wallahua’lam.

Nota Hati 1 : . Jangan katakan tidak untuk kebaikan,
kerana takut-takut kita akan tertunduk malu di hadapan Yang Maha Esa
 gara-gara sifat malu kita di dunia ini... ^^

Comments

grawwrbabe. said…
salam..btol tue :)
TiNurSya said…
betul betul :)
cantek la corak inai tu ^^,
Zehan Ilyana said…
betul3x...
saya suka semua entry wafa..
pengisian yang sangat bagus..:)
Ungu Violet said…
jika ada salah dan silap...
kita perlulah saling tegur menegur...
namun perlulah dgn cara yg berhemah..:)
Cik Kasut said…
kalau buat baik ramai pulak yg mengata...tapi biarkanlah janji kita ikhlas dan Allah tahu :)
NorFarahin@aien said…
masyeh kepada sume yg sudi meninggalkan jejak d sini..betol..sam2 lar kita ingat mengingatkan ke arah kebaikan naa..let's us empower each other... ^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!