| Syok sangat laa mengumpat..nak join kew..huu |


Assalamualaikum..
To all my readers and followers… okay, today Cik Ain ingin menimbulkan 1 persoalan kepada semua… mengapa kita gagal dalam membentuk syurga dalam hati kita sendiri naa. Mengapa hati kita kadang2 berasa xtenang walaupun dah ada duit banyak, rumah besar, makan mewah, suami kacak, isteri cantik dan berbagai la.




Haa.. salah 1 reason nya adalah kerana kita terlalu enak dan seronok bercerita tentang hal orang a.k.a MENGUMPAT. Hakikatnya, kita xsuka kalau orang bercerita tentang diri kita, tapi mengapa eyh apabila kita mendengar orang bercerita tentang orang lain kita menjadi seronok plak. Telinga jadi cepat jew nak dengar.. macam ada tarikan magnet pulak.. Nak2 sekiranya cerita tentang seseorang yang kita kenali. Kadang2 kita akan join sekali dengan memberikan komen atau mengangguk2 mengiyakan..kan.. ( Cik Ain pun kadang2 camtu jugak..emm T__T )





Okay, persoalannya sekarang.. mengapa kita terlalu syok sangat bercerita / mendengar cerita tentang hal orang lain? Kadang2 bercerita hal orang terutama yang buruk2, perut xterasa lapar dan masa pun rase macam cepat je berlalu. Malah kalau bulan puasa lagik best, tahu2 dah boleh berbukak puasa. Salah 1 sebabnya adalah sebab kita menyangka DIRI KITA LEBIH BAIK atau dengan perbuatan itu KEBURUKAN SENDIRI AKAN TERTUTUP. Ingatlah semua yang orang suka sangat bercerita tentang orang lain membuktikan bahawa hatinya telah dipenuhi titik2 hitam.. bahkan membuktikan tiada syurga dalam hatinya, jauh dari ketenangan. Mata dan pintu hatinya hanya nampak keburukan orang lain jew. Nauzubillah !




Kata Imam al-Ghazali, 5 perkara yang akan mendorong seseorang untuk bercerita tentang orang lain iaitu :
♥ Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
♥ Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
♥ Disebabkan dengki, iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.
♥ Bergurau dan suka berlawak untuk mencela serta mengatakan kelemahan dan kecacatan sehingga mengaibkan orang lain.
♥ Sikap suka mencela disebabkan rasa bongkak kerana memandang rendah orang lain.

Sebenarnya, orang yang suka melakukan aktiviti ini atau lebih senang kita katakan mengumpat adalah boleh kita katakan mempunyai masa yang banyak. Orang yang aktif / mempunyai matlamat hidup xsempat untuk bersembang tanpa tujuan. Jadi, renung2kanlah yee kita tergolong dalam kalangan yang mana.
Sabda rasulullah SAW :
Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban dan dia akan mendedahkannya meskipun berada dalam rumahnya. “ – Riwayat Abu Daud







Rasanya semua tahu, menceritakan keburukan orang lain antara kesalahan yang memerlukan permohonan maaf directly. Dis is because, ia hanya layak dimaafkan oleh orang yang diumpat itu sahaja, selagi orang itu xmemaafkan, maka kesalahan itu akan kekal dan menerima pembalasan sewajarnya di akhirat kelak. Nak masuk syurga2, tup tup kena tahan dulu.. sebabnya dosa dengan manusia xselesai lagi.. Sabda Nabi SAW :
Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak meninggal apa-apa lagi.
Nauzubilllah.. nampak di sini betapa besarnya dosa mengumpat.. sekelip mata je pahala kita dimakannya. Mahukah kita jadi orang yang rugi dan muflis di akhirat? Mudah2an kita semua dijauhkan dari semua itu. Pernah diceritakan juga yang mana di akhirat seseorang itu terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang xpernah dilakukannya di dunia lalu dia bertanya kepada Allah dari mana datangnya kebaikan itu. Allah menjawab bahawa “ Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang mengumpat engkau tanpa kita ketahui”. Bahkan jika pahala orang yang mengumpat tiada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.. alahai, dosa kita pun banyak, xkan nak tolong tanggung dosa orang lain pulak. Sama2 la kita pikir2kan yee termasuklah Cik Ain ek...^^




Yup,kita tahu kan mengumpat itu dosa.. tapi kita still lakukannya..kenapa ekk?? Syaitan itu sangat licik, sangat kreatif dalam menghasut kita agar tersasar di jalan yang diredhai ALLAH... lawanla nafsu itu.. kita xrugi apa2 pun... tapi kita akan mendapat sesuatu yang sangat berharga di akhirat kelak.. kerana dunia ini hanya sekejap jer.. apa yang diberikan kepada kita sekarang hanya pinjaman semata2... jangan kita lupa apa yang kita peroleh itu datang dariNYA... daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali... Last word from me, hidup tanpa mengata dan dikata adalah ketenangan yang hakiki. Yukk, sama2 bina syurga hati. ^^, ( jom sama2 kita baca buku2 DR.HM Tuah.. best sangat2 , diri sendiri akan termotivate dengan sendiri ..hee ). Kbai, Salam!


Nota Hati 1 : Berhati2lah yee.. setiap amalan kita dicatat setiap hari.. malaikat kanan dan malaikat kiri kita setia mencatat.. Satu hari nanti, buku kita itu akan dibuka kembali.. mati itu pasti, amalan kita akan dihitung.. sesungguhnya keindahan dunia hanya sementara.. yang kekal hanyalah akhirat yang abadi. ^^,

Comments

Zati Novelis said…
tak suke bila orang mengumpat -_-
Noor said…
xtau cara nak elak.dah sinonim dngn masyarakat kita.
miss fluffy said…
sedap kan mengumpat..lg sedap dpt "point" bahu kiri dr malaikat..hehe
@miss fluffy :

2 laaa
sedap sangat kowt
dpt dosa free
emm
Nauzubillah
jgnlah jd pgumpul dosa2 free
xtertanggung rase nya
:(
@Noor :

so true dear
mende ni cm sinonim sgt dgn msyrkt kter
nak2 bg golongan2 yg da pencen
not semua laaa
mudah2an insan2 ini dberi hidayah oleh Allah
:)
kter pown sama2 laa muhasabah diri kter jugak.
@Zati Novelis :

xde manusia yg suke diumpat, dicela
heee
:)
so, xnak diri jd perhatian umpatan org
stop n jauhkan diri first drpd mengumpat
all is starting form ourself first
sudah cukup sudah laa buat amalan yg sia2
malaikat bahu kiri pown penat da mencatat 2..kasi laa rehat kat dia plak
:)
miya selalu jadi bahan umpatan, kalau dalam class ramai tak kawan dengan miya. ada yang kata itu, ada yang kata ini. act, miya ikhlas and tak kesah kekawan dengan sesiapa, tapi dia orang . . depan miya baik sesangat. kat belakang bukan maen lagi. tapi, miya sabar aje lah .
ooh! sorry. miya terbanyak bebel pulak. lagi pun apa faedah orang ngumpat nieh kan ? hehehe :))
@Mrs. 슈퍼 주니어 :

so true dearie
abaikan jew sume umpatan2 2..
xde faedahnya dilayan
mulut manusia mmg ada saje yg xpuah at
sdgkan kter mnusia maner ada yg smpurna kan..
anggap aje kata2 org2 smgt utk mjadi lebih more sukses !
^^,
yep, dah lali dah. prinsip miya
" biar apa orang kata, yang penting miya bahagia. "
Anne Nurain said…
dats why saya suka duk diam2 je.. takut kalau banyak cakap tak sedar ter'umpat' orang.. hehehe..

p/s: baru follow blog ni, salam kenal.. :)
@Mrs. 슈퍼 주니어 :

so true dearie
asalkan pe yg kter wat betul dan bersyariat
pedulikan kater2 org
sumtime kter nak berubah n wt mende bek pown org xske
so, depends on us..key..be strong !
^^,
@Anne Nurain :

lebih baek diam drpd berbicara mende yg bukan2 n sia2
kan..
^^,
tengs yee sis :)
Nurul Iman said…
kita pn skrg suka mengungkit...slh 1 faktor kita tak dpt hidu bau syurga...btoi kn??


follow sy
http://nuruliman723.blogspot.com/
kekadang kita ckp benci ngumpat tp tanpa sedar kita buat jugak . .
mengumpat tu kan perencah dlama pergaulan seharian..
skl xberapa suka dgr n ckap2 psal org nih..klau da yg bercakap dgr ja jgn iakan..klau x,xmemasal ja kita bersubahat skali

didik dri secra pelaha2n InsyaAllah kita mampu jauhi sifat suka mengumpat tuh...SKl pun masih dlam proses utk mendidik diri nih..=)
Scya Lollita said…
sedar tak sedar kadang2 hari2 kita buat
@Nurul Iman :

so true dear
tengs yee
:D
@ஜ miss klanika ஜ :

betol 2
ase dah jadik sebati lam diri kter
smew2 muhasabah diri kter blek ..
mgkin tlalu bnyk titik itam dlm hati
:(
Hanif Idrus said…
Tapi kalau mengutuk orang tak per kan...heheheh
fiQRa said…
senjata paling tajam tu, mulut lah.. sebab itu lah, kerana mulut badan binasa.. jom sama2 jaga kata2 ;)

bila kita jaga aib org, insyaAllah Allah akan jaga iab kita :)
@fiQRa :

betol 2
sebab mulut jew mcm2 bley jd an
sbb tu kne berfikir dl sblm berbicara
^^
mudah2an aib kiter akan dtutup di akhirat kelak..biarlah mjadi rhsia kter n Allah :D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!