| #Isu aurat : Tingginya sanggul awak... |


Assalamu’alaikum...
To all my dear readers and follower...Cik Ain hupdate lagik hari ini...heee..^^,  Hari ini Cik Ain nak berkongsi tentang isu aurat.. hal berkaitan wanita lagik... Cik Ain memang suke nak share hal2 berkaitan wanita.. Actually sudah lama nak tulis entri ni, tapi xberkesempatan saje.. Padahal isu ni dah lama daa.. tapi xpe, niat Cik Ain juz untuk mengingatkan antara satu sama lain, sesama wanita  dan inshaAllah mudah2an kita sama2 ambil apa yang baik yee. ^^,



Hari ini semakin ramai wanita Muslim di Malaysia memilih untuk bertudung. Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal..kan..^^, Apatah lagi wanita sekarang didedahkan dengan pelbagai gaya bertudung yang memikat... Macam2 jenis ada di pasaran... Tudung Wardina, tudung Bawal, Tudung Waheeda, Tudung Syria, Selendang, Pashmina... macam2 laa ada...pergi je kat kedai juz mintak je, konfem dapat..^^, Gaya bertudung plak xpayah nak cakap la.. macam2 style plak yang diorang pakai.. belit sana, belit cini, cucuk sana cucuk sini, mujur takde yang tercekik je... Yela belit tudung sampai berape kali pusing entah, fesyen la katakan... Rela tercekik dan panas, yang penting cantik dan bergaya..an.. xmacam Cik Ain.. kalau bab nak bergaya dengan tudung ni memang xpandai..honestly !



Korang  perasan x, pemakaian tudung dengan sanggul tinggi seperti dalam gambar di bawah seakan2 sudah menjadi trend muslimah/wanita masa kini? Cantik ke?? Sila jawab terutama lelaki2 di luar saner...pls..heee ^^, Dulu, Cik Ain ingatkan yang tinggi2 tu memang rambut betul. Tapi bila tengok lama2, baru perasan yang sanggul tu macam pelik. Rupa-rupanya, ada pulak makhluk 'USAHAWAN KREATIF' telah mereka cipta SANGGUL PALSU! Ya Allah.. Sebenarnya, apa niat mereka eh? Nak bagi cantik? Wallahua’lam, hanya Allah saje yang tahu apa yang ada dalam hati mereka.



Okeyh, sekarang Cik Ain ada soalan untuk kalian semua : Adakah kamu,awak,anda tahu akan hukum bersanggul tinggi? Apakah motif buat sanggul tinggi2?
“ Mane lah aku tahu ape hukum nya. aku ni ikut aliran masa, trend sekarang... kalau aku tak ikut trend macam ni.. nanti ade plak orang cakap aku ni budak kampung.. xtahu ikut trend. Xmacam ko.. entah pape.. “
“ MOTIF?!! ko ni banyak tanye lah. kalau ko nak tau sangat ape motif nye.. ko tnye lah pembawa ajaran sanggul tinggi ni.. adoii...sengal ahh “
Inilah antara jawapan yang akan kita dengar an... hati terus sentap..emm.. betapa jahilnya jawapan mereka..yukk, sekarang mari kita hayati pesanan Rasulullah SAW yang berbunyi :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
*Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih..



Nampak x kat situ.. xcium bau syurga an..Nauzubillah ! mintak2 dijauhkan lah kita semua.. da cantik2 bertudung, jangan la sanggul tinggi2 pulak.. tudung yang labuh jadi xlabuh pulak bila sanggul tinggi2.. terdedah pulak bahagian dada kita yang shommel 2.. ^^, memang cantik kalau bersanggul, tudung lagi nampak kemas an.. tu memang Cik Ain akui.. tapi, cuba kita ingat apa guna cantik di dunia ni, kalau dalam masa yang sama mengundang murka Allah. Ke mana nak dibawa puji2an daripada manusia tentang kecantikan yang kita miliki, sekali orang puji dapat duit kew??? Dapat kereta sebijik kew??? Kondominioum mewah satu?? Takde kan... Yang ada ada hanya rasa bangga, hidung pun makin tinggi, sama tinggi dengan sanggul tudung awak tu...^^, bangga sangat laa ek dapat kemurkaan Allah..fikir2kan yee ^^, Sedarlah... da terlalu ramai da sering mengingatkan dan share kat kita semua tentang hal ini sama ada kat belog, facebook atau laman2 web lain... sesungguhnya kami pesan pada anda bukan kerana jeles dengan anda, tubuh anda, kecantikan anda... Kami pun ada semua tu.. Tapi kenapa kami xtunjuk? Sebab kami takut diazab di NERAKA nanti.. Kami takut pada ALLAH... DIAlah yang menciptakan kami dan DIA jugalah sudah menetapkan undang2 pada kami untuk menutup perhiasan kami.. kami sayang anda, jadi please, please berpakaian seperti wanita muslimah!



Oke laa..i think my entry today will stop right there.. last word, ingatlah wahai insan2 yang bergelar wanita termasuklah Cik Ain... ingatlah, nak masuk syurga ni mudah sangat untuk kita. Tapi kenapa Rasulullah kata majoriti yang masuk neraka adalah wanita? Jawapannya, puncanya, satu saja.. iaitu MALU. Kalau rasa MALU itu hilang, maka hilanglah kemudahan yang Allah bagi untuk kita masuk syurga. Kalau malu sentiasa tersemat, insyaAllah. Sepantas kilat kita boleh melalui Siratul Mustaqim. Bayangkan...Wallahua’lam,kbai,Salam!

Nota Hati 1 : Nak jadi jadi wanita yang DIREDHAI Allah kenalah pakai pakaian yang DIREDHAI Allah... Allah mengasihi orang2 yang berusaha membaiki diri... ayuh, kita mulakan perubahan ke arah yang lebih baik ! ^^,

Comments

eyQa yushaiZa said…
suke post ni thumbs up!
Wafa Irdina said…
@eyQa yushaiZa :

tengs dearie
sama2 amik manfaatnya dan muhasabah diri
^^,
faten osman said…
saya suka gaya penulisan cik ain. rasa lembut bila baca ^u^

peringatan yg bagus
Wafa Irdina said…
@faten osman :

tengs yee dearie
moge penulisan ini bermanfaat
tuk semua n at da same time to myself
^^,
Yana Libra said…
insya'Allah~ :)
Nurulee said…
Keep it up cik Wafa. suka entry ni =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/studying-is-my-priority.html
Wafa Irdina said…
@Yana Libra :

InshaAllah
Allah permudah untuk menjadi lebih baik
keyh
^^,
Lily said…
Pelik dgn fesyen sanggul tinggi skrg -__-
Wafa Irdina said…
@Nurulee :

inshaallah dearie
tengs yee
^^,
Wafa Irdina said…
@Lily:

2 la
yg pelik lagi aneh n xbetol 2 la nk ikut
kdg2 mereka ikut pown sbb xtw pape
jahil
org wt 2
kiter pon nk wt gak
tkt sgt mulut org kater kiter ni kuno la pape la..
sdgkan nak wt sesuatu pastikan dlu apa yg kter wt 2 Allah suke atau x
n ikut syariat kewx
biarlah hidup kita ni hidup yg bersyariat
bukan hidup sebab ikut org
^^,
tengs yee.
Nurul Iman said…
memang cantiklah post nie...bagus sgt2
ilmu yg berguna untuk dikongsi bersama :)
Wafa Irdina said…
@Nurul Iman :

tengs yee dearie
sama2 amik baek buruk ny
^^,
Wafa Irdina said…
@Liyana yan :

we r gud muslimah
inshaAllah
hihi
^^,
Wafa Irdina said…
@fatin nabilah (jue) :

yeahh
sharing is caring n loving
so, we r caring wif each other
wif our ummah !
and loving our deen, Islam !
^^,
ariff al-baqi said…
perempuan yg bersanggul tinggi menakutkan.. haha
Wafa Irdina said…
@ariff al-baqi :

apabila lelaki mula berbicara
hihi
:P
nice entry~

untuk kesedaran bersama =)
Wafa Irdina said…
@♥ wawawawa ♥ :

u too nice dearie
tengs yee
^^,
anis-yang-manis said…
mudah-mudahan..amin..
Hanif Idrus said…
entri yang baik!!
ZueZulaikha said…
to kak ain, thanks sangat sbb entry ni menyedarkan sya... harap kak ain boleh masukkan lbih banyak entry cam ni...
problem yg sya hadapi:
-sya sukakan fashion, suka ikut tren d jugak kdang2.., tapi pakai sanggul tinggi x pnah, cuma cara sya berpakain.. baju x ketat cuma menampakkan bntuk bdan...cnth: ladies shirt.. sya nak berubah tapi xtau knapa sya x boleh..

hrap kak ain dpat tlong... :)
bila kak ain dah postkan something yg dpat bntu sya, hrap kak ain tingglkan psanan di cbox sya.. http://zueismyname.blogspot.com/
Wafa Irdina said…
@ZueZulaikha ;

first tengs yee dearie sudi jengah belog k.ain
n salam pkenalan ^^,
ne way..akak fhm perasaan adeq
lumrah laa perempuan nak bergaya
sebab kter ni mmg dilahirkan utk sukakan kecantikan an
tu mmg akak akui n kdg2 akak pown camtu jugak
hihi
ne way 1 jew akak nak gtw
xsalah lau kter nak berfesyen
tp yg salah lw fesyen 2 dedah aurat sner sni
2 yg salah..
keyh...
teruskan laa nak update care fesyen terkini
tapi biarla berpada2 n berfesyen yg bersyariat
keyh
^^,
yg pakai baju ketat2 2 ats diri adeq
nak berubah kter xley ikt org..
n berubah ikut mod jew
2 semua adeq yg kne gerakkan dl perubahan 2..
perubahan biar sedikit2 tapi berkesan..inshaAllah
Allah akan permudah urusan kter nak wt mende baek..
betulkan apa yang biasa, biasakan apa yang betul…kita pasti mampu untuk mengubahnya…berpahit2 dahulu , bermanis2 kemudian :D

dan 1 pesanan utk adeq,
bila kter tglkan sesuatu yang haram n yg salah kerana allah, inshaallah akan akan gantikan kiter dgn sesuatu yg lebih indah dan halal..
eg ketenangan dalm hati kter dll
keyh..caayang kamoo :D

Popular posts from this blog

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |