| Saya xcantik..Siapa nak kahwin dengan saya? |


Assalamualaikum..
To all my readers and followers… macam mana ur holiday..mesti dipenuhi dengan banyak aktiviti2 yang best dan bermanfaat kan…Cik Ain still berbaki almost seminggu lagi cuti..so, saat2 berada di rumah sangat2 dihargai…heee ^^,




So, let’s straight to the entry today… rase nya xketerlaluan tajuk di atas kan... rasenya semua orang mostly pernah rase diri mereka xcantik kan..nak2 kaum perempuan, suka sangat membanding2kan diri dengan orang lain…perempuan tu ada tubuh cantik la, kulit gebu putih mulus la, bibir macam Angelina Jolie la, dan pape lagi la yang boleh dibandingkan… untung kan orang yang ada rupa macam Nora Elena, Heliza Helmi, Neelofa, Irma Hasmie dan siapa2 yang cantik lagi tu… jadi orang macam Cik Ain ni macam mana pulak… yang biasa2, kulit xcerah plak tu, pipi tersorong2, hidung xmancung...haa.. xde siapa kew yang nak…em2 T__T





Okeyh semua… mari sini Cik Ain nak kasi tau… Cantik seorang perempuan dari segi luaran mahupun dalaman. Tapi pastinya, kita lebih menitikberatkan cantik yang dalaman. Sebab yang dalam akan menyerlahkan yang luar. Bila yang dalam itu dekat dengan Allah, mestilah Allah akan cantikkan ia pada pandangan orang lain.. Korang perasan tak, mana2 perempuan yang cantik tersangat cantik tapi perangai buruk pun, mesti orang xsuka kat dia. Kan? Tapi kalaulah perempuan tu xberapa cantik, tapi dia punya perangai cantik, tetap akan ada orang suka kat dia. Setuju? of course semua orang akan setuju..hee ^^,




Ingat jugak di sini, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Cantik itu sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, xmacam tu? Cita rasa manusia tentang kecantikan ni xsama. Malah berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tapi, yang BAIK itu mutlak dan lebih kekal sifatnya. Cuba kalau Cik Ain beri anda yang perempuan ni pilih, antara Ustaz Don dengan Johan. Siapa yang anda nak? Mungkin Johan mungkin Ustaz Don. Kenapa? Apa sebab anda pilih Ustaz Don kerana peribadinya yang baik? Atau Johan yang hitam manis tambah lucu dan kelakar?






MEMBINA KARISMA DIRI

Jangan terlalu sugul memikirkan tentang jodoh. Jangan terlalu risau lambat bertemu dengan jodoh. Jangan terlalu dihantui rasa xcantik, rendah diri, sehingga anda hilang diri anda sendiri! Anda wajib percaya, bahawa pada sekujur tubuh anda itu, ada seribu satu kelebihan yang Allah berikan pada anda. Cuma, mungkin anda tidak mengetahui kelebihan-kelebihan tersebut kerana anda sendiri tidak kenal diri anda sendiri. Actually, lelaki, cantik rupa paras itu bukan perkara nombor 1.. ini hakikat yang xboleh disangkal.. Maka sepatutnya, isu cantik atau tidak itu jangan diperbesarkan, sehingga ‘kecantikan’ lain dalam diri anda gagal untuk digilap.




Jom kita sama2 membina karisma diri. Lelaki mudah tertarik kepada wanita yang berani, mampu berdikari, bijak, cerdik, matang, boleh menjadi kawan ketawa dan kawan menangis, memahami, berpandangan jauh, prihatin, pandai memberi sokongan dan pelbagai lagi. Dan suatu lagi hakikat yang perlu anda segera sedar adalah kesemua sifat di atas xwujud HANYA pada wanita yang cantik sahaja! Adakah anda sedar? Sedarlah dari mimpi yang panjang tu..hee




Maka dari itu, jom kita bina karisma dalam diri. Jika kita seorang pelajar, kita mesti akan menjadi seorang pelajar yang tip top, bukan yang biasa2. Pencapaian dalam akademik nombor satu. Penampilan juga kemas dan terjaga. Perilaku sangat tertib dan menyenangkan siapa sahaja. Jika kita di alam pekerjaan pula, kita akan dikenali sebagai pekerja yang penuh dengan komitmen, konsisten dalam melaksanakan kerja dan paling utama, akhlak kita menyenangkan semua rakan sekerja.. kan cantik macam tu.. ^^,




MENJADI DIRI SENDIRI

Ramai orang tersilap langkah. Resah memikirkan jodoh yang tidak kunjung tiba, dia berubah menjadi orang lain. Biasanya, mereka ini akan berusaha untuk meningkatkan aspek kecantikan diri, dengan harapan lelaki akan menghampiri mereka… ini salah sangat2. Daripada seorang perempuan yang xpandai bermake-up, dia menjadi seorang perempuan yang make-up nya setebal 3-4 inci. Bulu kening dinipiskan. Baju yang longgar semakin diketatkan. Tudung yang labuh semakin disingkatkan. Gambar pelbagai pose di upload dan ditayang di blog dan mukabuku. Segalanya dibuat semata2 untuk melayakkan dirinya menjadi gadis terhangat di pasaran. Mengarut je semua ni !




Jadilah diri anda sendiri keyh. Kita perlu faham bahawa pada diri kita ada benda yang boleh diubah dan ada benda yang txboleh diubah. Contoh yang xboleh diubah adalah benda2 yang bersifat fizikal, ketinggian, warna kulit, dan sebagainya. Semua ini tidak perlulah kita ubah atau perbaiki. Terimalah itu sebagai diri kita yang sebenar dan lelaki yang baik akan menerima kita seadanya.Tetapi benda yang boleh diubah perlulah kita ubah. Contohnya cara berjalan, cara ketawa, tabiat dan sikap negatif dan lain2 lagi... Ubahlah menjadi lebih baik dan osem.. ^^,




Oke..i think stop right there.. ingatlah , setiap orang ada kecantikan mereka masing2..so, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.. selalu think that ‘ We are beautiful with our own way ‘..keyh .. dan jodoh untuk manusia adalah suatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam hal ini, perkara terbaik yang perlu diusahakan adalah meningkatkan keimanan, keyakinan dan pergantungan kepada Allah. Kemudian, janganlah terlalu memikirkan perkara negatif serta kelemahan diri, sebaliknya berusahalah memperbaiki diri ke arah lebih baik.. cantikkan diri dengan akhlak yang baik.. inshaAllah cantik di mata manusia dan cantik pada pandangan Allah. before dat, jom sama2 terjah belog ni..osem sangat2 entry2 nya, Cik Ain suka bacer..heee.. Belog Terompah Caring Wallahua’lam,kbai,Salam!



Nota Hati 1 : Semua orang dilahirkan 'istimewa'. Mari kita berganding bahu membantu insan di sekeliling kita agar dia merasai dirinya 'istimewa'...hanya dengan membawa hatinya kepada Yang Maha Istimewa. ! ^^,

Comments

Terompah Caring said…
silalah share. :) thanks sudi baca.
NorFarahin@aien said…
@Terompah Caring :

tengs yee
i will credit dis to u
^^,
NorFarahin@aien said…
@eyQa yushaiZa :

sama2 memotivasikan diri
we r beautiful...
yeahhh
tengs yee sis
^^,
Asilah Sahira said…
nice entry..trpikat dgn gaya bahasa anda..
Mime MF said…
mempunyai makna yg mendalam..nice sharing;)
Masha Meisters said…
bermakna tuh...hew2..keep it up dear
Noor Maizan said…
cantik dalam cantiklah luar :')
NorFarahin@aien said…
@Masha Meisters :

mmg bermakna an
we r beautiful with our own way !
hihi
^^,
tengs yee.
NorFarahin@aien said…
@CikMai :

so true dearie
cantik luar n dalam
barulah cantik pada pandanganNya dan org lain
^^,
ariff said…
perkataan "kawen" agak sensitif sejak kebelakangan ni.. haha..
Ayuni Yusop said…
Perempuan sepatutnya menitikkan kecantikan dalaman dulu barulah kecantikan luaran..
btw,Nice entry..seronok bila baca!!
Snow Queen said…
bagus...nasihat untuk semua...tq
Nazatulwanis said…
klu senyum =) x cantik pn jd cantik pd pandangn mata .. hehe
Chic Na said…
setiap apa yg Allah jadikan semuanya cantik & ada kelebihan tersendiri. syukur. :)
THE AUTHOR said…
info yang cukup lengkap..menarik!!
Emma said…
Kepribadian yang anggun itu lebih penting dari kecantikan semata2 :-)
Miss Nieyna said…
nice entri la awak . sy penggunaan bahasa pun menarik . tak jemu nak baca :D
NoorNazuha said…
kecantikan itu sgt subjektif..hanya yang betul betul bijak jeh boleh mentafsir kecantikan sejatii
Nyue said…
nice entry :)
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi :

ehem
ada pape kew..
mudah2an bertemu jodoh yg baek yeee
huhu
^^,
NorFarahin@aien said…
@Ayuni Yusop :

yeeahh
so true dear
yg dalaman is da most important
ble yg dalam antik
of ourse kat luar akan nampak antik ugak
believe it
keyh
ne way
tengs yee
^^,
NorFarahin@aien said…
@Snow Queen :

nasihat kter bersama
tuk semua gadis2 cantik d luar sner
termasuk kamoo
ne way tengs yee dearie
^^,
NorFarahin@aien said…
@Mawar berduri :

so trues dear
senyum adalah penawar yg paling mujarab tuk semua
hati yg gundah akan jd epy
an...
kalu muka cantik tapi masam aje macam cuka pown xcantek ugak an
so, sennyum selalu
baru indah dunia ni
^^,
NorFarahin@aien said…
@Chic Na :

so true dearie
setiap ciptaan Allah tu cantik2 blake..
jgalah kecantikan dan kelebihan diri masing2
itu semua amanah dari Allah.
alhamdulillah, all praised to hom!
^^,
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

tengs yee
sama2 amik manfaatnya
^^,
NorFarahin@aien said…
@Emma:

yeahhh
keperibadian yg baik akan mencantikkan diri kita
sungguh ! believe it.
nilailah kcantikan seseorang dgn mata hati
baru kita dapat melihat keantikan orang lain
^^,
NorFarahin@aien said…
@Miss Nieyna :

u too noce dearie
tengs yee
^^,
NorFarahin@aien said…
@noornazuha :

so true dearie
hanya org2 tertentu je dpt melihat kecantikan yg ada pada diri seseorang
nilailah kecantikan orang lain dengan mati hati
jangan nilai dengan mata kasar
keyh
^^,
NorFarahin@aien said…
@Nyue:

u too nice dearie
tengs yee
^^,
CikTeddyCorner said…
kita istimewa ! ^^
Amirahh said…
nice entry :)
whitecappuccino said…
kita dilahirkan dengan kecantikan kita tersendiri..semua dariNya
nice info ,
biar sempurna di mate ALLAH daripade sempurna di mate lelaki :D
NorFarahin@aien said…
@ctm :

u too nice dearie
tengs yee
^^,
NorFarahin@aien said…
@O CIKTEDDY :

so true dearie
we r special n beautiful
wif our own way
^^,
NorFarahin@aien said…
@whitecappuccino :

yeahh
so true dearie
so let's us find our beauty n
appreciate it
!
^^,
NorFarahin@aien said…
@amy syahiera :

yup
biarlah sempurna pd pandanganNYA
inshaallah bila sempurna pd pandanganNYA,
redha Allah mengiringi n yang terbaik jua milik kita
inshaAllah !
^^,
setuju sgt dgn entry ni. kita takleh terlalu merendah diri dgn kelemahan kita. :")
Unknown said…
setiap org ada kelebihan yg trsndiri...
Unknown said…
setiap org ada kelebihan yg trsndiri...
NorFarahin@aien said…
@Syazwani Khirizan :

yup sis
cari n korek kelebihan n kecantikkan diri masing2
an
^^,
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

so true dearie
tengs yee
^^,
kalau dalaman cantik, confirm orang tengok kita pun sejuk hati :)
Ayuni said…
Assalamualaikum, Sye cukup suka post nie, sbbnye pernah kena dgn diri sye. dulu time sye dip, honestly lah, sye pernah di reject olrh seorg lelaki hanya keran sye berkulit gelap. Cara reject? Dia bg sye cermin! Masa tu sye budak lagi, x paham, tp alhamdulillah roomate sye yg menyedarkan lamunan sye yg tidak guna meminati lelaki sebegitu. Alhamdulillah, sekarang sye di tahun akhir degree n mempunyai seseorg yg InsyaAllah sye akn kahwini dan si dia memilih sye kerana diri sye n bukan kecantikan. Memang ramai lelaki memandang kecantikan tp sesungguhnye lelaki tu rugi dan hanya Allah yg tahu. tapi yg sye tahu, lelaki yg reject sye dulu sampai sekarang x kawin lg n asyik putus tunang, wallahualam....
NorFarahin@aien said…
@Ayuni :

so true dearie
hanya org bute jew xtw menilai kecantikan diri org len
everyone has their own beauty..
so, trime seadanya..
kter ni da sebaek2 ciptaan..
abaikan org yg berpikiran camtu
yg pntg kter sntiasa bsyukur dgn pmberian Allah
n yakinlah Allah akan pertemukan n berikan yg terbaek utk kter..
inshaallah !
^^,
black rose said…
assalamualaikum..
nak tanya..mana anda tau ustaz don tu sebaik yg anda sangka?hanya Allah Yg Tahu apa yg dlm hati seseorg..jadi, sblom pujian melambung diberi, buat solat istikharah dulu..manatau kot yg kita nmpak ialah ular lidi, namun sebenarnya ia adalah naga yg boleh membunuh!

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!