| Tour to Ramadhan : Ramadhan semakin menghampiri.. |


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum..
Kepada sume reader and follower tercinta.. Dikira2, dihitung tolak tambah darab dan bahagi lebih kurang 21 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan! Bulan Ramadhan semakin menghampiri kita nampaknya an.. InsyaAllah,kita berdoa agar Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini. Pastinya ramai yang teruja. ^^





Oke, right now nak I want ask uolls 1 questioN... Apa itu RAMADHAN? Nama orang kew ni ea? dan mengapa kita perlu berpuasa? Adakah suka suki je kew puasa..atau sebab nak diet dan nak jimat duit.. sekarang ni kan musim2 poket kosong, elaun pun tak tahu masuk bile..hehehe.. Andai di tanyakan kepada kanak-kanak of course jawapan mereka " bulan puasa laa, kena puasa sebab mak ayah suruh, kalau tak puasa nanti tak dapat duet raya “.. Kita dulu macam ni jugak kot,hehe..sehari puasa dapat seringgit..macam upah gitu..:) Kalau jawapan dari mereka yang berilmu, yang dah dewasa, pastinya jawapan mereka " Ramadhan adalah bulan untuk melatih diri menahan rasa lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari ". Tapi an, mengikut skema jawapan melalui ayat-ayat cintaNya, mengapa kita perlu berpuasa adalah :
" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu bepuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa " (Al Baqarah ayat 183)




Preparation Ramadhan
Di kesempatan ini, Cik Ain nak share 4 perkara yang perlu kita jaga sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini nanti dan seterusnya istiqamah sepanjang masa. Ini ibarat preparation untuk menempuh Ramadhan Mubarak.. Ramadhan adalah sebaik2 madrasah/sekolah untuk mendidik kita menjadi Muslim yang lagi baek terutamanya dalam menjadi hambaNya. Yuk, kita check it out perkara apa yang kita kena jaga.




First is keep our eye from bad things… Andai dulu mata kita suka melihat perkara-perkara yang tidak baek maka 'tutuplah' ia. Jaga mata kita daripada melihat perkara-perkara yang merosakkan iman seperti menonton video lucah, gambar perempuan tidak menutup aurat sebaliknya gunalah sepasang mata kita yang cantik ini untuk melihat perkara-perkara yang meningkatkan iman. Sama-sama kita memerhati serta berfikir tentang kejadian-kejadian ciptaan agung Allah. Then second is our mouth.. Andai dulu mulut kita  suka memperkatakan yang buruk-buruk mengenai seseorang maka 'tutuplah' ia.. keep it silent is better than talk unbenefit things.. sering terjadi kan bila kita kumpul ramai2 dengan kawan2, mulut yang sungguh aktif berkata-kata mendorong hati untuk menyampaikan cerita. Maka kita ceritalah/berbicaralah perkara-perkara yang memberikan faedah seperti tadarus al-Quran sama2, buat usrah, selawat ke atas nabi Muhammad, cerita sirah anbiya dan yang sama waktu dengannya.



Then, keep our ear.. Andai dulu telinga kita suka mendengar perkara yang sia-sia maka 'tutuplah' ia.. Bila berada di tempat orang ramai, telinga sentiasa berminat mendengar apa yang diperkatakan mendorong hati memberi anggapan buruk. Maka pasanglah telinga kamu mendengar ayat-ayat suci al Quran dan ceramah-ceramah agama. Kan sekarang banyak ceramah2 yang boleh kita dengar contohnya ceramah agama Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda dan yang sama dengannya laa. Hentikanlah jugak telinga daripada mendengar muzik dan lagu2 yang entah pape tu naa.. Lastly, da most important is our HEART.. jaga hati kita sebaik2nya.. Bila hati baik dan bersih, hati yang baik dan bersih itu akan mendorong mata melihat hanya perkara-perkara yang baik, telinga akan taat, hanya mendengar perkara yang halal dan baik-baik sahaja. Perut hanya menerima makanan yang halalan taiyiban, hasil dorongan hati yang baik. Segala anggota jasad akan terjaga dan terpelihara dari perkara-perkara mungkar, kerana hati yang telah baik, taat dan patuh dengan perintah-perintah Allah Yang Maha Baik. Dan andai dulu hati kita sentiasa mengharapkan pujian dan pandangan hormat dari seseorang di atas segala ibadah dan kebaikan yang kita lakukan, kali ini jagalah ia sebaek-baeknya, jauhi riak dalam ibadah kerana dengan terjaganya hati InsyaAllah terjaga juga diri sekaligus memperoleh redha Ilahi. Itu yang kita cari. Mardhotillah!




Actually kita tak tahu umur kita sampai bila… panjangnya umur seseorang itu hanya Dia yang tahu. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir buat kita. Andainya ini Ramadhan kita yang terakhir, apa yang sepatutnya kita lakukan? Renung-renungkan, laksanakanlah sesuatu selagi masih punya masa... Bersama kita jadikan Ramadhan  kali ini menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik. Serius, Cik Ain memang tidak sabar. Rindu pada Ramadhan T___T okie.. stop right there.. nak menghabiskan membaca buku DR.HM Tuah.. serius best! huhu.. ambil yang baik, yang buruk harap ditegur yee.. kbai, Salam!

Nota Hati 1 : Kadang2 aku lebih suka memendam perasaan sebab merasakan benda yang ada dalam hati ini benda yang sangat kecil untuk di kongsikan dengan semua orang walaupun terkadang aku menangis sendiri mengingatkannya .. T_T tak perlu menyusahkan hati orang lain mendengar setiap bicara dari hati yang sentiasa sedih ... hanya senyuman saja mampu melindungi segala2nya .. walaupun hanya Tuhan yang tahu rasa dalam hati ini.. :’)

Comments

Iznie said…
salam syaaban... semoga kita sempat ditemukan dgn ramadhan...insyaAllah. :D


psst : nor farahin hamdan tu nme awk ek? :D
NorFarahin@aien said…
@Iznie :

salam syaaban kembali
jadikan syaaban tuk kita lebih bersedia tuk bertemu ramadhan
moge kita masih lg berpeluang tuk bertemu ramadhan
the most blessed month !

*haah..norfarahin hamdan name sy...hihi..^^
Yu. Syamz said…
semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..^_^
nimt said…
sebelum ramadhan, syaaban jgn dilupakan. buku amalan bakal dihisab . :)
NorFarahin@aien said…
@izzah :

inshaAllah
syaaban dijadikan persediaan tuk lebih bersedia menghadapi ramadhan
mudahan ramadhan dijalani dgn buku yg putih bersih dr dosa
^^,
NorFarahin@aien said…
@Waalid5035 ™ :

inshaAllah
sama kita perbaiki amal ibadah kita
moga lebih baik dan baik
^^,
faizah husna said…
muga ramadhan yang bakal kita tempuhi ini mebawa beribu keberkatan kpd kita..InsyaAllah..
NorFarahin@aien said…
@faizah husna :

inshaAllah
sama2 cari kberkatannya
Ramadhan is da most blessed month !
^^
ariff said…
apa perkaitannya memendam perasaan dgn bulan ramadhan ? haha
NorFarahin@aien said…
@ARIFF AL- BAQI :

mmg xde kaitan pown actually
juz note dr at tme post 2..
hihi
^^

*kdg2 ap yg kter tlis lam belog jd motivation tuk diri sndiri tuk lebih kuat.. !^^
Anonymous said…
salam syaaban awak (=

nice post, suka!
btw, kite da folo awk..
thanx dear~
NorFarahin@aien said…
@Natasha :

salam syaaban jugak awak
hihi
^^
pejam celik, pejam celik, dah nak masuk ramadhan kan? kejab je masa berlalu kan..
NorFarahin@aien said…
@Ruzzezanie :

yup dearie
ramadhan around da corner..
moga kiter mjadi slh seorg yg akan trus berada dlm bulan suci barakah ni
^^
Unknown said…
Fieka guna gambar dalam entry ni.. TQ. :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!