| Salah ke kalau kita nak berubah jadi lagi baik ? |



Assalamualaikum.
Sebagai manusia biasa kita mesti tak lari dari buat salah. Normallah kan…termasuklah Cik Ain sendiri..Tapi bila makin belajar memerhati sekeliling, tiba-tiba kita tersedar,rasa nak berubah jadi lagi baik tu tiba-tiba muncullah pulak…nak2 sekarang ramai dah yang da berubah pakai jilbab labuh kat maktab Cik Ain ni…hee ^^ berubah daripada tudung belit2 kepada tudung labuh..daripada kapel dengan manusia kepada kapel dengan Allah..daripada perangai buruk kepada perangai baik... Tapi an…. nak mengubah diri ,kalau tak kuat, tak berterusan (istiqomah), memang susah an... Rintangan sah-sah banyak. Tapi pedulikanlah, ada rasa nak berusaha untuk cari diri, mengenal diri, itu dah cukup indah,kan?



# Saya pernah pegang, cium, peluk yang bukan mahram

Ok, kes ringan-ringan atau kadang-kadang terberat-berat sampai terlebih muatan ni isu yang biasa berlaku..em …Untuk girls and boys yang dah bercouple pakwe makwe semua ni, sewajarnya mahalkan harga diri korang…Mungkin ada yang terberi , terlanjur, tapi masih belum terlambat sebelum menutup mata. Pedulikanlah si dia atau kerja-kerja yang nak bawa kita ke neraka.Insyaallah, bila hati dah baik, ALLAH akan takdirkan kita jumpa  dengan yang baik. Betul tau,yang penting ikhlas nak berubah...

Boleh pandang-pandang ,Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang, Biar malu malu, Biar segan-segan,Kerna malu itu, Perisai orang beriman..

"Kalau kita sayang seseorang, pastinya kita nak bawa dia ke syurga , bukan ke neraka sana". Actually ni mesej yang Cik Ain dapat pagi tadi dari seorang kawan yang bakal ustazah..dan inshaAllah wanita solehah…true an…kalau kita sayang ,bawaklah dia jalan ke syurga..payah memang payah.. tapi nikmat ganjaran yang bakal dapat nanti mesti best..inshaAllah !



# Soal aurat : saya teringin nak bertudung labuh

Mesti ada an yang time xmatured dulu2 , nakal2, free hair tiba2 nak jadi 'ustazah' . Bukan ya, tapi rasa nak berubah. Tak nak seksi2, pakai pakaian adik dah. Kalau try-try pakai tudung lagi cun. Tapi kalau dapat bertudung labuh, lagi ayu dan sweet... Yang penting,kita nak berubah jangan tengok orang, tengok diri kita dulu. Keindahan yang dimiliki orang yang memenuhi tuntutan agama ni, Masyaallah, sangat sukar digambarkan. Cantik luar,. cantik dalam. jom jadi mukminah ! Jom !



# Derhaka kepada kedua ibubapa :lari dari rumah

"Parents I? Diorang tak pernah cuba nak faham I!" – biasa an ayat ini kita dengar…tahu tak, seumur hidup kita pun , kita takkan jumpa orang yang betul2  faham diri kita. Kadang-kadang kita pun tak faham diri kita. Just kita cuba kita bayang, ibu yang lahirkan kita atau ayah yang sara kita tu, mereka yang dah membesarkan kita  kan kita tu, nak pukul kita time kita nakal kecik2 dulu,boleh je,kan ? Tapi diorang pilih untuk tak buat sebab the power of  love, kuasa rasa sayang ditambah rasa rasional dan ilmu yang diorang ada. Kita pun ada juga rasa sayang tu…Apa kata, jika baru berniat-niat nak lari, atau melawan, sila slow talk atau cakap rasa sebenar dengan diorang. Jadikan mereka as our closest partner….Kita rasa terkongkong ke, atau kita terlalu cinta @ nak kahwin dengan someone ke, atau kita mahu lebih masa dengan kawan ke, tell them, dengan cara  tersendiri, yang rasa mereka nak tak nak akan tahu, dan inshaAllah mereka akan faham... Parents mane xsayang anak2 mereka kan..:)



Just sharing to all…dosa kecil akan menjadi dosa besar apabila…
-Sengaja dibuat berulang kali
-Menganggap dosa kecil itu remeh
-Berbangga-bangga dengan dosa tersebut
-Atau bila orang berpengaruh yang buat (akan beri kesan)



Islam bukan agama yang membebankan. Jangan ulang dosa, setelah bertaubat. Jauhkan diri dari dugaan dan keadaan yang membawa ke alam dosa lama. InshaAllah, dengan doa dan usaha berterusan,taubat kita akan diterima…mohon semoga diri ini diberi kekuatan untuk berbuah menjadi lebih baik.. I'm willing to change, but let me do it my own way…doa pada Allah selalu supaya hati kita sentiasa terjaga..ameen:D..
Waallahua'lam...kbai,Salam.



Nota Hati 1: Rasa nak berubah, bertaubat, jadi baik, jangan tangguh2. Kuatkan iman. Relakslah, ALLAH kan ada tu. Selalulah Calling-calling Dia, inshaAllah boleh punya :-)

Comments

indahnya bahasa dalam entry nih..
terasa tertusuk kat dalam hati..:)

skl selalu berangan2 nak berubah jadi lebih baik,,tapi entah knapa terasa diri begitu lemah..

dan perlukan seseorang utk guide skl jadi lebih baik tak kira family,kawan.....
NorFarahin@aien said…
@ si kiut lavender :alhamdulillah
ad jugak yg terkesan dgn entry ain
wlpn just luahan at yang ingin sgt berubah ke arah kebaiakan
namun kekuatan itu masih belum cukup

mudah2an kita tergolong dlm klgn org2 yg sentiaa beroleh hidayahnya dan menjdai lebih baik setiap hari
dan mudah2an Allah permudahkan jalan untuk perubahan ini
ameen
:')
Unknown said…
setuju dengan kamOo..berubah lah menjadi lebih baik..bumi ibarat roda..tu jer..mase tidak akan undur kembali..
NorFarahin@aien said…
@♥AieN ChoiN♥:tens dear..
slalu singgah belog wafa n mengomen
syg kamoo sis
:D
betol..berubah la selagi hidayah tu masih ada
jgn smpai hidayah 2 ilang n lari meninggalkan kita
an
:D
yuri said…
Salam, maaf ,, saya nak minta pendapat , =/ . saya terlanjur bercouple dgn seorang lelaki . Saya dahulunye seorang yg menjaga batas , tetapi semenjak dengannye, sya jd murah =( . saya pernah peluk, cium, pegang dia . Saya sgt malu dgn Allah, apa patut saya buat? saya da bertaubat. saya dah kembali pd jln asal, tp dia, x mahu lepaskan saya. Dia kata akan bertanggungjawab atas saya , dia akn kahwini saya,. sbb kami sama2 first kiss . Dalam hal ni, adakah saya perlu kahwini dia??? . . sbb saya dah buat dosa dgn dia.... tp mcm mana kalau, saya dah cuba nasihat dia, tp dia x terima. tp dia syg saya. Saya sgt buntu . Kalau kata awak di ats, awk dah bertaubat . adakah perlu saya mengahwini lelaki yg saya buat dosa itu?? walaupun saya tidak mengandung , ttp hanya peluk & cium .. Sya buntu, Bantulah saya
NorFarahin@aien said…
@hikari_chiyuri : salam yee sis
maaf baru balas komen sis
baru prasan ad lagi yg komen kat entry ni...:D

oke..straigt to ur problem..
alhamdulillah Allah masih sygkan sis
DIA ah bukak pintu hati sis tuk berubah
teruskanlah perubahan tu ke arah yang lebih baek
betol..nak berubah drpd mende yg bese kiter wat tu payah..
tapi kiter kne kuat...
memamng..mujahadah tu sgt3 payah..
tapi nikmat2 syurga yang bakal kita dapat nanti tersgt3 lah manis...an..
ingat tu..:D

honestly..kesah ni sy rase samew sgt3 dengan kesah sum1
tapi biarlah ia menjadi rahsia antara Allah dan sy..
em..btw..sy rase xsalah bagi peluang kedua tuk dia..
bagi peluang tuk DIA berubah
tapi kalau betul dia nak bertanggungjwab..
ajak dia jumpe parents kiter
kat citu kiter akan nampak either die betol2 nak bertanggungjawab atau x...
then..jagalah ikhtilat antara kiter..
sama ingatkan dia..

satu jew kater2 dr sy
kalau betol kiter sygkan seseorang
mseti kita nak bwk dia jln2 ke syurga
bukan ke neraka..
n bg pandangan sy..xsalah nak bercinta tp pandailah kawal cinta kita 2
jgn samapi cinta yg kawal kita
ni bagi pendapat sy..lain org lain dia punye pndpt...
NorFarahin@aien said…
sis..any problem nak share..
ley lar emel sy kat YM yer
aien_264@yahoo.com
menanti kunjungan balas sis yee :D
hazdnul said…
assalam... salam ukhuwah...suke post sis nih..dah cuba berubah..skrg tengah usaha lagi.. alhamdulillah dah nampak sikit2.. bila tersilap rase bersalah sgt2..sampai menangis...^__^ thanks sis 4 share this.. touch me deeply.. terbce stu post dr someone.. maksudnya mcam ni lah...dia cakap sentiasa bencikan dosa yg kita buat..bertaubat..walaupun masih kita buat tapi kita usaha untuk tak buat benda tu...at least kita berusaha untuk brubah..<paham k tak?hihi..kalau tak pham maaflah... dunia yang penuh pancaroba... banyak dugaan..ujian... ALLAH uji tanda sayang.. is'n it? doakan sye brubah sme.. all the best ^__^ btw..thanks follow saya ye
NorFarahin@aien said…
@hazdnul : wsalam..slm ukhuwwah kembali yee :D
sy pown lam proses perubahan
proses mensolehahkan diri
mudah2an allah permudahkan niat baik kter tuk trus berubah mjadi lebih baik
inshaAllah
dosa2 lalu yg telah kiter buat kita sama2 azamkan xnak buat lagi mende 2
kter sama2 taubat dengan taubat nasuha..
inshaAllah allah terima
allah kan maha pengampun an..
moga Allah membantu saya, awak, kamu walau di mana pown berada
:D
Anem Arnamee said…
Salam sayang.

Artikel ni , awak tak kredit pun akak terima . Tapi bila awak buat cenggini, akak sedih sayang.

Sangat sedih, tapi akak halalkan :')

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!