| Ilmu, Jangan biarkan ianya sekadar di atas kertas~ |



Assalamualaikum !  ^________^
Apa khabar semua? Okies, hari ini Cik Ain nak ceritakan sikit kat sini, moga sama-sama dapat iktibar. Kisah ni Cik Ain dapat daripada seorang ustaz..masa tu dalam kelas al-quran kalau xsilap..so, let’s check it out together ..hee ^__^



Layan~~~
Sewaktu Imam Ghazali menuju kampungnya, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh beliau. Semua harta yang beliau ada, perompak tu ambik, termasuk catatan ilmu yang Imam Ghazali pelajari dengan berguru dari guru beliau kat Jarjan, iaitu Imam Abu Nasir. Tak berhati perut betoi perompak zaman dulu, dengan kertas-kertas pun nak ambik. Tapi, nak banding dengan sekarang, lagi la. Ha, pandai-pandai la fikir sendiri…heee Kerana terlalu sayang sangat dengan catatan beliau, dengan selambanya beliau berjumpa dengan ketua perompak tu.
” Nak ambik barang-barang aku, ambik la. Tapi jangan barang tu, aku sayang sangat-sangat barang tu”. Iman Ghazali merayu.



Hurm, bila beliau cakap mcm tu, perompak tu pun rasa barang ni mesti barang-barang berharga…kalau kita pun, of course la fikir macam tu jugak an..hee.. Jadi, secepat kilat, dengan kepantasan yang maksimum, perompak tu rampas barang tu dari Imam Ghazali. Tapi, alangkah kecewanya mereka, sebab barang yang mereka semangat rampas tu, rupa-rupanya hanya lembaran kertas-kertas hitam.
“ Apa ini. Untuk apa engkau simpan benda ni. ” tanya perompak tersebut.

“Itulah barang-barang yang tiada akan berguna bagi kalian tapi berguna bagiku,”jawab beliau.

Perompak itu bertanya lagi. “Apa gunanya, ha, cepat crita kat aku?”

Dengan suara sedih, beliau menjawab. ” Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun. Jika kalian rampas dari aku, ilmuku aku habis dan usahaku hanya sia-sia. ”

” Ni je ke ilmu-ilmu kamu?” Tanya salah seorang perompak.

“Ya,” Jawabnya.

“ Jika begitu kamu adalah orang yg paling bodoh,catitan yg kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami,mengingati serta menghafalnya.Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini,bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri. ” Kata perompak itu.



Namun, dengan izin Allah, ketua perompak itu akhirnya pulangkan juga catatan tu kepada beliau. [sejahat-jahat manusia, bila Allah campakkan rasa belas kasihah, tiada siapa mampu mengubahnya].  Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya.Selepas ini tiada siapa lagi yg boleh mencuri ilmunya. Ha, macam tu la crita dia…menarik x..n dapat x moral of the story..huhu :’)



Moral of da story is…seelok-eloknya, apabila kita menuntut ilmu atau pegi majlis apa-apa, fahami betul-betul, tumpukan perhatian apa yang dipelajari dan diperkatakan. Lepas tu, tulis sikit-sikit, dan balik tu, baca balik dan hafal. Dengan izin Allah, mudah melekat dalam ingatan kita…haa..tulis panjang berjela2 pn kalau xbaca sia2 jugak…nanti bile exam mula la mencari2 si nota 2..kalau lar kita dari awal2 paham dan ingat terus melekat dalam kepala..inshaAllah ilmu 2 akan terus kekal dalam dada dan menjadi pelaburan kita dunia khirat..(ilmu yang baik la..hee)..actually an semua ilmu baik cuma yang amal ilmu tu je belum tentu baik..^__^



At last.... jom sama2 kita guna  dunia ini sebagai jambatan ke akhirat, amalkan ilmu tu untuk mencari keredhaan Ilahi…dengan menuntut seberapa banyak ilmu…ilmu dunia akhirat… Hanya ilmu sahaja yang akan menjadi harta kekal abadi kita..sebaik2nya amalkan ilmu yang kita ada…(pesanan khas ditujukan untuk diri Cik Ain sendiri)..kbai.Salam! ^___^

(bakal pendidik anak bangsa..inshaAllah...*bukan bangsat ye..heee)

Nota Hati 1 : " Sempurnakan urusan kamu dengan ALLAH sebaik-baiknya, InsyaALLAH, urusan kamu dengan manusia pun akan sempurna"


Comments

AdilaAzmir™ said…
ilmu nih kalau kita tak ikhlasnak dapatkan, nak belajar pun, kita susah nak dapat jugak. tak kekal.
Wafa Irdina said…
@AdilaAzmir™ : btol 2 dear
so..jom kiter blaja ikhlas...
heee
kdg2 drpd keterpaksaan dtgnya keihlasan
:D
an
betul betul..

tp sy hafal mmg hafal..

pas exm dah lupe @__@
Wafa Irdina said…
@♥ wawawawa ♥ :heee
jgn ler cam2
xmo lar blaja sebab exam
samew2 perbetulkan niat kter blek naa
inshaAllah boleh..
samew2 ugak kita beramal dengan ilmu yg kter dpt n ada
:D
kalau setakat hafal saja kan, kadang2 tak masuk otak. hihi. lepas habis exam, lupa balik semua. samalh mcm saya :) btw, saya sk entry kamu :D
O CIKTEDDY said…
wah..berkesan entri ni =D
Wafa Irdina said…
@Norafifah Roshman:hihi
2 lar
kita sama2 perbetulkan niat belajar lillahi taala
inshaAllah xkan hinlang ilmu yg kita dapat tu
:D
Wafa Irdina said…
@O CIKTEDDY : alhamdulillah
ada ugak yg terkesan...
all praised back to HIM..
hee
tengs ye dear :D
jia creatifelt said…
tahniah, anda menjdi follower bertuah sy..sila bc entry
Wafa Irdina said…
@jia creatifelt : tengs yee sis pilih Cik Ain sbg follower btuah...
terharu maru sgt..
:D
jgn sekadar tulis tp x amalkan huhu...
Wafa Irdina said…
@Miss Purple Ungu:so true dear
ilmu tanoa amal ibarat pohon yg xberbuah..
sia2, xberguna..
an
:D
Wafa Irdina said…
@ShalleyshaLina a.k.a ChaLie: u r welkam sis..
:D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!