:: ShortNote 3 ::




Assalamualaikum...

Peace upon 2 u all...




rni juz nk bg shortnote 2 all...bacer dan renung2kan sbb mende ni mmg sgt dekat nge kiter....bicara ttg cinta lg...hee
cinta yang sejati...tuut.,.
Ah,sukar sekali merungkai perihal cinta...

TAPI........






Cinta sejati tidak memerlukan sebab...

renungi kesah ini....








Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami.




Ini dialog mereka:




Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?




Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!




Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.




Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!




Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.




Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama sayang!'




Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:





'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. ... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'





Inilah makna cinta.





Nota Hati 1 : Bertuah seorang lelaki jika dia CINTA PERTAMA wanita,

 namun lagi bertuah seorang wanita jika dia CINTA TERAKHIR lelaki…

Namun biarlah kita menjadi CINTA TERAKHIR kepada seseorang...

 kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi CINTA PERTAMAnya..

 tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi CINTA TERAKHIRnya... 



Comments

Eera Shera said…
suka ayat dlm nota hati tu ;)
NorFarahin@aien said…
@Eera Shera : Aien pn ske kater2 2....biarlah kita menjadi CINTA TERAKHIR kepada seseorang...kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi CINTA PERTAMAnya..tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi CINTA TERAKHIRnya... ♥
nice entry..
cinta yg sejati...
cik dila said…
sedih dan terharu...T_T

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!