::Question1: Kenapa Wanita Cepat Tua & Gemuk ::



Assalamualaikum...

Peace upon 2 u all...

Apa khabar semua??

Harap2 semua sihat2 yer....

N not to late to wish epy holiday!!!huhu










Rini ase gatal  tgn nk  update belog tcinta setelah lame menyepikan diri....setelah sibuk bhempas pulas dgn exam..huhu.. juz rini nk share sal sumtin...sharing from pakar diari hati belog..huhu...sharing is caring yup..












Juz 1 Question want to ask...

Untuk sume wanita2 ...

Dan tuk lelaki2 di lar sner tolong bacer dan faham yup....








Kenapa WANITA Cepat Tua dan Gemuk?












Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan  lain kerana  menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk..

 Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?











Tahukah anda;











1.    Jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,

sekaligus mengelakkan kita gemuk..

Tetapi kasihan kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerna nak memujuk anaknya yang menangis.

Tapi si suami, selamba saja sambung makan,

buat-buat tak dengar anaknya menangis.

 Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.











2.   Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya,

maka dialah yg akan menghabiskannya pulak....

Sayang katanya…takut membazir...kn...

Membazir tu kan amalan syaitan.

Si suami pula dengan riaknya mengatakan

“awak ni kuat makan betullah!”











3.   Bila anak menangis tengah malam nak minum susu,

Bapanya akan tidur mati...

Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun.

Wanitalah yang dalam satu malam, 
entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak...

Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua.

Kedut-kedut pun mula wujud.

Masa tu guna Total Effect ke, apa ke…pun dah tak guna.

Kepada wanita-wanita malang kategori ini, 
ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA..










4.  Dan bagi wanita yang berkerjaya,
 sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga,
 bila balik rumah,

semuanya dialah yang kena uruskan.

Dengan perangai anak2, perangai bapanya.. Nak itu lar...nak ini lar...

Jadi, wanita pun membebel, marah-marah…

Dan bila banyak marah dan berleter, cepatlah pula menjadi tua..











Kesimpulannya:  


Wanita  cepat  tua & cepat gemuk  adalah  disebabkan  LELAKI  atau lebih  tepat lagi  SUAMI..





Oleh itu, hargailah  segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawabnya, hidup anda akan tunggang-langgang.





Oke...dat’s all...renung2kan ...huhu J



Nota Hati 1 : Kehidupan ini selalu akan ada kesempatan dan pilihan...
tapi,,yg penting adalah sebuah penghargaan  bersama erti kesyukuran...dan  memiliki seseorang pula adalah  satu anugerah so,,appreciate it! =)


Comments

Anonymous said…
hehehe..betul juga heh..
Katak Bulat said…
satu pendapat yg menarik...sebagai seorang suami (4-5 tahun lagi kot, tp xder calon isteri), KB akan jadi suami yang terbaik....tido tetap tido..hehehe
Salam,
entri yg baik..
besarnya pengorbanan seorg isteri..
moga setiap isteri tabah & sentiasa dlm ksh syg-Nya.
afzalsukasuki said…
betul..bernas betul idea ni dan sememangnya boleh diguna pakai.hargailah isteri anda wahai lelaki
Unknown said…
hehe :) good sharing…
ada sebenarnya cara tak cepat tua… Hehe:)
Nantikan sharing nya!
LOikee
Have a nice day
NorFarahin@aien said…
@Cik Jingga : mmg btul pn...100% btul..hee
NorFarahin@aien said…
@Katak Bulat : huhu...jd lah suami y tbek tuk future zaujah t neh..huu...lelaki mmg xleh dpisahkan nge tdo..lalala
NorFarahin@aien said…
@Srikandi permata : btol..besarny pengorbanan seorang isteri...tp si suami sshny nk hargai si isteri..kn...p inshaAllah..pgorbanan seorang isteri akan tbayar di akhirat nanti... ^^
NorFarahin@aien said…
@Nurul Aula : masyeh Aula...p kter akan tetap lalu zaman tua nanti..huhu..oke,,i'll wait ur sharing..huhu.. ^^
Leeya Lee said…
jadilah kaum lelaki hargailah isteri dan pengorbanan beliau...

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!