:: Cinta???Siapa yang lebih berhak dicintai? ::



Cinta  adalah  sebahagian dari  fitrah  manusia, seperti tidur, makan dan minum.
 Setiap insan dilahirkan berbeza - unik.
Maka melahirkan keperluan yg berbeza juga pada kehendak untuk
memenuhi fitrah mereka. 
















Solat mengajar kita untuk mendidik pengurusan waktu dan tidur.
 Puasa untuk mendidik tabiaat makan dan minum, juga mengelakkan pembaziran.
Sabar, tabah dan malu mengajar kita untuk menjaga cinta sesama insan,
dengan harapan kita dapat memahami cinta yg sejati
- cinta kepada Allah.









Mmg dgn kekasih kita tepon, msg, chat, email...
kita rasa hepi, tenang, rasa dicintai.
Tapi apakah kita lupe tentang ayat2 cinta Allah pada kita dalam Al-Quran?
Lupakah  akan panggilan Allah
"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhammu dgn hati yang puas lagi
diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jema'ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah
ke dalam Syurga-Ku." ?
 (Al-Fajr 27-30)








Mmg dgn kekasih berjanji hidup dan mati bersama...
kita rasa bahagia, rasa selesa.
Tapi apakah kita pekakkan telinga kita dari janji2 agung Allah?
Pekakkah kita bile cakap,,
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam" ? (Al-An'aam 162)









Mmg dgn kekasih kita diberi hadiah, belanja makan, share ice cream, tgk wayang...
Tapi apakah kite butakan mata kita dari ciptaan2 indah Allah?
Dari rezki (hadiah2) yang dikurniakan?







Siapakah yg lebih berhak terhadap cinta?









Atau apakah kite selamanya lupa? Pekak? dan buta?
















Hanya cinta Allah yang akan memelihara kite dari terjebak
dengan CINTA NAFSU..
dan dengan cinta Allah, insyaallah kite akan beroleh cinta sejati dan haqiqi.....
..amiin3..
 Wallahua'lam.


Nota Hati 1 : Percayalah, bunga pasti merekah harum. usirlah kedukaan dan kesedihan.
senyum dan hiburkan hati. orang yang tidak menghendaki kebahagiaan bukanlah
orang yang berbahagia.

Comments

eddy syrol said…
cinta itu sifatnya hak.. hak kepada yang ebrhak menerima. kalau sesama manusia, haknya cinta itu ke atas yang halal hubungannya... kalau hak ke atas Allah SWT, itu hak yang hakiki.yang tak boleh dinafikan oleh sesiapa pun..
NorFarahin@aien said…
Bercerita soal cinta, tubuh jadi menggeletar, jiwa jadi bersemangat, hati jadi kuat.

Besarnya penangan cinta, mata jadi buta dengan realiti, telinga jadi kebal dengan caci, hati jadi teguh dengan aspirasi.

moga cinta Mu Tuhan,
yang hidup selamanya di dalam jiwa.. ^^
Domu-kon said…
cinta sesama manusia adalah sementara..
cinta kepada-Nya adalah yang hakiki..
Anum said…
semua org berhak dicintai
NorFarahin@aien said…
@DOMU-KON : Selayaknya sebagai hamba, cinta padaNya harus diletakkan sebagai prioriti - cinta pertama, cinta utama. Namun,bukan semudah kata yang dilafaz untuk memperoleh cinta teragung itu...

Namun walau apa pun, hakikat cinta yang sebenar, tidak lain tidak bukan adalah cinta yang membawa kepada cintaNya. ^^
NorFarahin@aien said…
@Anum : btol...semua org berhak dicintai..sbb cinta 2 fitrah...yg memerlukan ketahanan jiwa dan pertahanan iman yang kebal. Cinta antara lelaki dan wanita, adalah ujian 'favourite' Dia pada hambaNya... ^^
Assalamualaikum,
alhmdulillah..entri yg baik,
moga kita semua dpt menggapai cinta-Nya.
NorFarahin@aien said…
This comment has been removed by the author.
NorFarahin@aien said…
@Srikandi permata : Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, bersemilah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati kita...
jom cri cinta Allah n rasai kemanisanNya.. ^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!