| Baucar buku…lalala..jom beli ilmu akhirat~~~ |



Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kerana diberi kesempatan Cik Ain untuk hupdate belog pada kali ini. Hurm... rini Cik AIn nak ceritera pasal baucar buku yang still belum digunakan..ishh.. xkan nak burn camtu je an..sayang ooo..hee..Apa nak dibuat ek dengan baucer buku ni? Kenapalah Cik AIn tanya soalan macam ni... Baucar buku untuk beli buku lar an..komik kew..buku rujukan ,novel..haa...apa lagi..hee.. Tapi, teringin jugak nak guna baucar ni untuk beli benda lain dari yang lain... iaitu beli kitab2 agama…kalau boleh nak ada koleksi sendiri..kan best an…time2 free boleh baca..dpt jugak pahala nya an =)



Ada 2 buku betul2 Cik Ain nak miliki...buku 1 , Indahnya Hidup Bersyariat. Ya buku agama. Bukannya Cik Ain nak tunjuk alim atau warak tapi bila buka buku ni, Cik Ain nilaikan diri Cik AIn betapa ceteknya ilmu agama dalam diri CIk AIn.… Apakah yang menarik sangat ek buku ni? Indahnya Hidup Bersyariat adalah sebuah buku yang patut atau Cik Ain nak katakan WAJIB ada bagi setiap orang...Indahnya Hidup Bersyariat merupakan sebuah buku panduan Fardu Ain yang lengkap dan bergambar. Ditulis oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid keluaran Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ni meliputi setiap aspek dari mana manusia dilahirkan sehinggalah dia menghembus nafas terakhir. Dari bab kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak, berkaitan remaja, masuk pulak bab Fardu Ain asas macam solat puasa semua tu, perkahwinan, hidup bermasyarakat serta amalan-amalan sunat dalam kehidupan.. Lengkap dengan doa lagi tu au..





Buku kedua yang Cik Ain tertarik sangat nak beli ialah Kitab Syamail Muhammadiyyah…Cik Ain berminat untuk membelinya kerana ia menerangkan secara terperinci keperibadian Rasulullah dan memang benar apa di kata, meskipun Rasulullah sudah 1400 ++ meninggalkan kita namun buku ini memberi suatu bayangan tentang ciri baginda yang amat mulia, cara baginda berpakaian, cara baginda bergaul dengan sahabat baginda dan sebagainya. Syamail Muhammad mengandungi 281 muka surat, dan dipecahkan kepada 58 topik kecil. Kitab asal Syamail Muhammad adalah terbitan Pena yang diterbitkan di Indonesia dan versi kedua diterbitkan oleh Telaga Biru yang juga menggunakan bahasa Indonesia (supaya tidak terubah cirinya) namun mempunyai glosari di belakang buku…… moge bile ada buku ni, bertambahlah cinta kepada rasulullah dan sunnahnya dan jua dekatnya dengan baginda ..sob sob sob ( lau kana bainana...)






Okies..before nak tutup entry for today..nak bagi lar sedikit kater2 kat seme dan diri sendiri..hee..Membaca itu jambatan ilmu an... untuk dunia dan akhirat. Tuntut la ia selagi pinjaman nyawa ni tidak ditarik olehNya. Setiap detik hidup ini berharga. Begitu juga ilmu dariNya. Jika kita kejar ilmuNya, dunia dan akhirat pasti datang mengejarmu. Tetapi seandainya ilmuNya kita campak entah ke mana, pasti dunia dan akhirat lari darimu.Ilmu yang baik adalah ilmu yang mengingatkan kita pada Pencipta. Ilmu yang baik adalah ilmu yang tidak melalaikan kita. Ilmu yang baik adalah ilmu yang membuatkan kita rasa semakin dekat denganNya..kan..=)



Dat’s all for today yee..Kalau korang ada rezeki lebih, belilah buku yang Cik Ain suggest kat atas satu ok. Bukan buat simpan, tapi untuk rujukan sebab satu hari memang kita akan memerlukannya dan ilmu yang ada di dalamnya berguna untuk keturunan kita nanti. Percayalah...dan inshaAllah dis weekend  Cik Ain akan ke KL ..nak guna baucar buku lar..lalala..mudah2an perjalanan Cik Ain dan beberapa sahabat yang lain dipermudah..inshaAllah..n mudah2an dapat lar cari kitab yang Cik Ain nak sangat2 tu..heee..okies..stop right there~~kbai,Salam !



Nota Hati 1 : Selagi kita menimba ilmu Allah.. selagi tu kita akan rasa banyak salah dan silap kita terhadapNYA.Kenapa? sebab Ilmu Allah tu luas sangat.. sangat meluas.. seluas alam semesta.. tiada tandinganya.. rugi sangat kalau kita xambik peluang ni untuk menuntut ilmu untuk akhirat nanti..^^

Comments

Unknown said…
InsyaAllah sayang..thanks for sharing..!!..bdw, ilmu memang penting kan..untuk di bawa ke akhirat..
NorFarahin@aien said…
@♥AieN ChoiN♥:welkam sayang :)
betol2..bukan ilmu dunia je pntg..
ilmu akhirat lagi pntg...
jgn duk kejar sgt ilmu dunia sapa ilmu akhirat kita zero an...
sama2 kita berusaha menambahkan lagi ilmu2 agama lam diri kita
amal tanpa ilmu pn xley ugak an..
:D
InsyaAllah...

skl ada sajalah buku2 cenggini..tapi blum terusik lagi..yelah dah beli beregu bersama novel..sah2 novel tu didahulukan dulu..hehehehe
Zehan Ilyana said…
insyaAllah, memang nak beli buku indahnya hidup bersyariat tu..:)
nanad said…
wow..kena cari ni >.< trimakasih wafa :) suka kata2 part last tu..
NorFarahin@aien said…
@si kiut lavender :betol..
lau ada novel depan mate
mmg cepat je nak perabih bacer
tapi bile buku2 agama
cam lambat je nak gerak an
kdg2 plik ugak
hihi
:D
NorFarahin@aien said…
@Teenager Housemaid : jom bli...
xrugi pn au
bekal dunia akhirat 2
hihi
:D
NorFarahin@aien said…
@nanad : right sis
wajib cari 2 au
cari sapa ketemu yaaa
*ske gak ayat2 cinta 2...hihi
:D
Zierwa Zainal said…
seriously my baucer rm200 dihabeskan dgn beli buku untuk adik.. die sgt suka bca kish2 sahbat yg dr abdul latif talib tu... tp x rse terkilan pun.. buku agama kn.. :)
Anonymous said…
pembelian yg berguna.
NorFarahin@aien said…
@ZiErWa zAiNaL :betol..jgn rase terkilan naa..xrugi lgsg bli buku2 agama...bekalan kiter dunia akhirat 2..inshaAllah
dan mudah2an bile kiter sentiasa membaca buku2 agama ni hati kiter pn sntiasa dekat dgn nya..hope ! :D
NorFarahin@aien said…
@MaYa MustWany : jual beli yang menguntungkan dunia akhirat..an..
hihi
:D
tuntut la ilmu sampai ke liang lahad.. :) insyaallah..
Liza Razak said…
berminat pulak nk beli buku Indahnya Hidup Bersyariat ni :)
NorFarahin@aien said…
@aiNa yaZiD : betol 2 sis
jgn pernah jemu lam menuntut ilmu
n seimbangkan ilmu dunia wa akhirat
n da same time amal dengan ilmu tersebut an
:D
NorFarahin@aien said…
@Liza Razak : jom kiter samew2 cari buku 2
lw xjumpe t an ad pesta buku hujung bln 4
jom kiter terjah saner
:D
sy ad buku pon sket je..akan ku bli..InsyaAllah...:)
btw. anda jual buku ke..??

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!