| Travelog Cinta Abadi.. Naskhah Cinta Buat Ilahi dan Muhammad |
Assalammualaikum...
Buat semua readers & followers tercinta... moga sentiasa berada di bawah rahmatNya. Okies, straight to the point…semalam Cik Ain an tengok 1 film pendek yang bagi Cik Ain wajib korang semua tengok..xrugi langsung pown..tajuk dia an "Naskah Cinta Rasulullah".
Jujur, hati tersentuh, berdebar kencang bila tengok video hasil usaha students IPG Perlis ni. Hajat nak tengok balik video tu sebabnya semalam sound tak clear sangat..heee ^__^ Terlebih dahulu, Cik Ain rakamkan jutaan terima kasih pada mereka yang telah menjayakan penghasilan Film pendek yang berunsurkan dakwah ini. Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis…tahniah yee korang & thumbs up atas usaha korang ^__^
Berbalik pada film tersebut, Cik Ain sangat tertarik pada babak Aiman membaca surat yang dititipkan oleh Ain kepadanya ( cheeewah, namaew watak dalam cter 2 samew la..heeee )…surat nya berbunyi seperti berikut :
"...namun, kerana cinta Ain pada Allah dan Rasul itu Ain perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Arwah Abah Ain ada meninggalkan pesan kepada Ain, kata abah.." Sesuatu yang kita sangka baik tak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Ain harus selalu ingat bahawa Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Ain ingkar perintah Allah, Ain lupakan Rasulullah maka Ain tidak akan bertemu bahagia. Sesungguhnya, tidak ada manusia yang dapat lari dari kematian. Di Masyar Allah nanti tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Ain apabila membaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita. Pada Ain dan juga pada Aiman. Atas usaha kegugihan dan pengorbanan bagindalah Ain dan Aiman bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syariat yang telah dibawa baginda Rasulullah. Tanpa darah baginda yang mengalir di Uhud dan Taif, tanpa luka-luka yang baginda alami di Mekah tak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kita tentang kasih sayang. Namun, mengapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai baginda sedangkan kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat?. Rasulullah masih lagi mencintai Aiman, mencintai Ain kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapan kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini, alangkah duka citanya baginda? Kita membalas segala pengorbanan , air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak . Aiman, baginda Rasulullah telah berdoa terlebih dahulu untuk Aiman, untuk Ain . Berdoa agar kita diringankan seksa dan kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia. Umat yang merasa cinta yang sebenar. Aiman, Ain memilih untuk mengasihi Rasulullah tidak melebihi apa pun. Ain ingin penuhkan hati Ain dengan kecintaan kepada baginda setulusnya. Tidak sekali bagi Ain kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Ain. Ain telah memilih Rasulullah. Ain telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada baginada. Hidayah itu milik Allah, cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang, Ain sedar Ain tidak ada apa untuk berkongsi dengan Aiman melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Aiman Aqil bin Akasyah, bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan airmata dosa ini, Ain panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Aiman menyuburkan cinta Aiman kepada baginda Rasulullah kerana Ain yakin, lelaki sebaik Aiman akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah"
Subhanallah, tingginya pengorbanan cinta andai kita kenal erti CINTA yang sebenarnya. Mengalir laju air mata di pipi ini. Allah bagi peluang untuk kita dan kamu terus melangkah dan terus hidup sebagai umat Rasulullah. Adakah kita sudah benar-benar dikatakan menyintai Baginda? Mahu atau tidak, kita harus akui kita amat terhutang budi pada Baginda SAW yang mengabadikan seluruh perjalanan hidupnya demi menyelamatkan kita,umatnya iaitu umat akhir zaman. Segala-galanya adalah kerana cinta dan sayang baginda kepada umatnya, hatta ketika saat-saat terakhir Baginda didunia, Baginda menyebut ummati,ummati,ummati ( ummatku,ummatku,ummatku)… T___T
Walaupun jarak Baginda terlalu jauh dengan kita, tetapi sebenarnya Baginda terlalu dekat dengan kita. Tatkala syahadah kita lafazkan , kalimah tasyahud awal dan akhir kita bacakan dalam solat, nama Baginda acapkali kita sebut dan agung-agungkan.kan..Kita mengaku dalam hati bahawa Baginda adalah cinta teragung yang perlu kita letakkan dalam hati selepas cinta kepada ALLAH SWT. Zahirkan Rasa Cinta dengan menyebut nama Baginda. ... Macammana Rasulullah mencintai dan merindui kita sedangkan dia xpernah berjumpa kita...Benar, Rasulullah S.A.W tidak pernah berjumpa kita...Tapi ingat lah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda...Lebih kurang macam ni la…
"Mereka yang hidup selepas kewafatanku... tidak pernah melihatku... tetapi tetap mencintai ALLAH S.W.T dan mencintaiku... Berjuang demi agama islam...Mereka itulah golongan yang paling mulia.... Yang aku rindui... Umatku... Umatku... Umatku.... "
Last word from Cik Ain, tontonlah video ni kat cinema YouTube yeee..Cik Ain jamin xrugi langsung pown… Banyak pengisian yang cukup meruntun jiwa di dalamnya. Yukk sama2 kita gunakan medium canggih ini sebagai menyebarkan dakwah walaupun hanya sekadar sepotong ayat serta melayari dan mencari ilmu2 agama secara online...kita sama2 topup pahala setiap waktu ^^.. (pesanan jua untuk diri sendiri...)keyh, dat’s all yeee..kbai,Salam.
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama." -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-
p/s : Jom buktikan rasa cinta dengan berselawat dan mengikuti sunnah baginda SAW !
Nota Hati 1 : Langit kita sama..tiada beza..saya hamba, anda hamba…hamba kepada Sang Pencipta, Allah SWT.
Nota Hati 2 : Memang nak jadi baik bukannya perkara yang mudah...Yela, kita kena buat benda baik aje...Mana larat kan...Tapi, bila fikir2 balik, memangla susah nak jadi BAIK… ingat syurga menerima orang yang cikai2 ke...SYURGA hanya menerima orang yang baik2 je...So, kena la jadi baik dengan mengamalkan apa yang dikata....InshaAllah...Usaha ke arah itu...Jom! =____=
Comments
tengok laaa
memang xrugi
lw ad bb...
inshaAllah pak cik youtube ley tlg
hihi
:D
sama2 kita hayati yeee kesah ni
:D
orait sis
jom sama2 ngok yeeee
:D
tgoklah kat wayang youtube..
inshaallah available..
free jew
heee
:D
sebak an
kalau lar nabi ada lagi di saat ini
mampukah kter menatap wajahnya sepuas2 ny
ya rasulullah..
kami rindu padamu
allhuma solli a'la muhammad !
alhamdulillah da berpeluang ngok
best an
heee
:D
tengoklah sis...
xrugi pown...
kasi femes sket pelakon2 lam cter ni
new tw dpt award manew2 t
hihi
:D
bila wafa gtaw baru taw..huhuhu...:)
cerita yg penuh dengan unsur2 pengajaran
jom sama2 saksikannya
heee
:D
x sabar nak tengok.
so,jgn lengah2
jom kiter tngok
hihi
:D
hihi
tengok kat pawagam Utube yeee
jgn lepaskan peluang ni Cik Ungu
hihi
:D