| Travelog Cinta Abadi.. Naskhah Cinta Buat Ilahi dan Muhammad |


Assalammualaikum...
Buat semua readers & followers tercinta... moga sentiasa berada di bawah rahmatNya. Okies, straight to the point…semalam Cik Ain an tengok 1 film pendek yang bagi Cik Ain wajib korang semua tengok..xrugi langsung pown..tajuk dia an "Naskah Cinta Rasulullah".


Jujur, hati tersentuh, berdebar kencang bila tengok video hasil usaha students IPG Perlis ni. Hajat nak tengok balik video tu sebabnya semalam sound tak clear sangat..heee ^__^ Terlebih  dahulu,  Cik Ain rakamkan  jutaan  terima  kasih  pada  mereka  yang  telah  menjayakan  penghasilan  Film  pendek  yang  berunsurkan  dakwah  ini.  Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis…tahniah yee korang &  thumbs up atas usaha korang  ^__^



Berbalik  pada  film  tersebut, Cik Ain sangat  tertarik  pada  babak  Aiman  membaca  surat  yang  dititipkan  oleh  Ain  kepadanya ( cheeewah, namaew watak dalam cter 2 samew la..heeee )…surat nya berbunyi seperti berikut :
"...namun,  kerana  cinta  Ain  pada  Allah  dan  Rasul  itu  Ain  perlu  berubah  untuk  mengenal  Allah  dan  Rasulullah.  Arwah  Abah  Ain  ada  meninggalkan  pesan  kepada  Ain,  kata  abah.."  Sesuatu  yang  kita  sangka  baik  tak  semestinya  terbaik  buat  kita  kerana  kita  manusia.  Ain  harus  selalu  ingat  bahawa Allah  Yang  Maha  Mengetahui  yang  terbaik  buat  kita.  Kalau  Ain  ingkar  perintah  Allah,  Ain  lupakan Rasulullah  maka  Ain  tidak  akan  bertemu  bahagia.  Sesungguhnya,  tidak  ada  manusia  yang  dapat  lari dari  kematian.  Di  Masyar  Allah  nanti  tidak  ada  pengharapan  lain  yang  ada  melainkan  syafaat  Rasulullah.  Menitis  air  mata  Ain  apabila  membaca  kisah  bagaimana  rindunya  Rasulullah  pada  kita.  Pada  Ain  dan  juga  pada  Aiman.  Atas  usaha  kegugihan  dan  pengorbanan  bagindalah  Ain  dan  Aiman  bertemu.  Kita  diajar  tentang  kasih  sayang  dan  cinta  yang  suci  sebagaimana  yang  telah  ditetapkan  dalam  syariat  yang  telah  dibawa  baginda  Rasulullah.  Tanpa  darah  baginda  yang  mengalir  di  Uhud  dan  Taif,  tanpa  luka-luka  yang  baginda  alami  di  Mekah  tak  mungkin  Islam  itu  akan  sampai  dan  mengajarkan  kita  tentang  kasih  sayang.  Namun,  mengapa  kita  sendiri  yang  memesongkannya?  Di  saat  tidak  bermakna  cinta  manusia  nanti  kita  masih  lagi  menjadi  umat  yang  dicintai  Rasulullah.  Tetapi  tidak  malukah  kita  mengaku  sebagai  umat  yang  mencintai  baginda  sedangkan  kita  penuhkan  kehidupan  kita  dengan  perbuatan  maksiat?.  Rasulullah  masih  lagi  mencintai Aiman,  mencintai  Ain  kerana  seluruh  kehidupan  baginda  adalah  untuk  kita  umatnya.  Jika  Rasulullah  ada  di  hadapan  kita  sekarang  dan  menyaksikan  perbuatan  kita  yang  keji  ini,  alangkah  duka  citanya  baginda?  Kita  membalas  segala  pengorbanan ,  air  mata dan  darah  baginda  dengan menjadi  umat  yang  rosak  .  Aiman,  baginda  Rasulullah  telah  berdoa  terlebih  dahulu  untuk  Aiman,  untuk  Ain .  Berdoa  agar  kita  diringankan  seksa  dan  kematian,  berdoa  agar  kita  menjadi  umat  yang  bahagia.  Umat  yang  merasa  cinta  yang  sebenar.  Aiman,  Ain  memilih  untuk  mengasihi  Rasulullah  tidak  melebihi apa  pun.  Ain  ingin  penuhkan  hati  Ain  dengan  kecintaan  kepada  baginda   setulusnya.  Tidak  sekali  bagi  Ain  kongsikan  dan  mencemarkan  rasa  cinta  ini  dengan  cinta  yang  bertuankan  nafsu  manusia.  Maafkan  Ain.  Ain  telah  memilih  Rasulullah. Ain  telah  memilih  untuk  bahagia  dengan  cinta  kepada  baginada.  Hidayah  itu  milik  Allah,  cinta  itu  juga  milik  Allah.  Segala  yang  kita  lihat,  segala  yang  kita  miliki  adalah  pinjaman  semata-mata.  Sekarang,  Ain  sedar  Ain  tidak  ada  apa  untuk  berkongsi  dengan Aiman  melainkan  rasa  cinta  kepada  Rasulullah.  Ketahuilah  Aiman  Aqil  bin  Akasyah,  bahawa  namamu  sentiasa  dalam  doaku.  Dengan  airmata  dosa  ini,  Ain  panjatkan  doa  kepada  Allah  agar  melembutkan  hati  Aiman  menyuburkan  cinta  Aiman  kepada  baginda  Rasulullah  kerana  Ain  yakin,  lelaki  sebaik  Aiman  akan  menjadi  yang  terbaik  bila  mengenal  erti  cinta  kepada  Rasulullah"



Subhanallah,  tingginya  pengorbanan  cinta  andai  kita  kenal  erti  CINTA  yang  sebenarnya.  Mengalir  laju  air  mata  di  pipi  ini. Allah bagi peluang untuk kita dan kamu  terus melangkah dan terus hidup sebagai umat Rasulullah. Adakah kita sudah benar-benar dikatakan menyintai Baginda? Mahu atau tidak, kita harus akui kita amat terhutang budi pada Baginda SAW yang mengabadikan seluruh perjalanan hidupnya demi menyelamatkan kita,umatnya iaitu umat akhir zaman. Segala-galanya adalah kerana cinta dan sayang baginda kepada umatnya, hatta ketika saat-saat terakhir Baginda didunia, Baginda menyebut ummati,ummati,ummati ( ummatku,ummatku,ummatku)… T___T



Walaupun jarak Baginda terlalu jauh dengan kita, tetapi sebenarnya Baginda terlalu dekat dengan kita. Tatkala syahadah kita lafazkan , kalimah tasyahud awal dan akhir kita bacakan dalam solat, nama Baginda acapkali kita sebut dan agung-agungkan.kan..Kita mengaku dalam hati bahawa Baginda adalah cinta teragung yang perlu kita letakkan dalam hati selepas cinta kepada ALLAH SWT. Zahirkan Rasa Cinta dengan menyebut nama Baginda. ... Macammana Rasulullah mencintai dan merindui kita sedangkan dia xpernah berjumpa kita...Benar, Rasulullah S.A.W tidak pernah berjumpa kita...Tapi ingat lah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda...Lebih kurang macam ni la…
"Mereka yang hidup selepas kewafatanku... tidak pernah melihatku... tetapi tetap mencintai ALLAH S.W.T dan mencintaiku...  Berjuang demi agama islam...Mereka itulah golongan yang paling mulia.... Yang aku rindui... Umatku... Umatku... Umatku.... "




Last word from Cik Ain, tontonlah video ni kat cinema YouTube yeee..Cik Ain jamin xrugi langsung pown… Banyak pengisian yang cukup meruntun jiwa di dalamnya.  Yukk sama2 kita gunakan medium canggih ini sebagai menyebarkan dakwah walaupun hanya sekadar sepotong ayat serta melayari dan mencari ilmu2 agama secara online...kita sama2 topup pahala setiap waktu ^^.. (pesanan jua untuk diri sendiri...)keyh, dat’s all yeee..kbai,Salam.
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama." -Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi-
p/s : Jom buktikan rasa cinta dengan berselawat dan mengikuti sunnah baginda SAW !

Nota Hati 1 : Langit kita sama..tiada beza..saya hamba, anda hamba…hamba kepada Sang Pencipta, Allah SWT.
Nota Hati 2 : Memang nak jadi baik bukannya perkara yang mudah...Yela, kita kena buat benda baik aje...Mana larat kan...Tapi, bila fikir2 balik, memangla susah nak jadi BAIK… ingat syurga menerima orang yang cikai2 ke...SYURGA hanya menerima orang yang baik2 je...So, kena la jadi baik dengan mengamalkan apa yang dikata....InshaAllah...Usaha ke arah itu...Jom! =____=

Comments

hazdnul said…
nak tengok :D pakcik you tube boley tolong kot ni..hehehe..
Wafa Irdina said…
@hazdnul :

tengok laaa
memang xrugi
lw ad bb...
inshaAllah pak cik youtube ley tlg
hihi
:D

sama2 kita hayati yeee kesah ni
:D
O CIKTEDDY said…
ok cik on the way nk tngok..hehe
Wafa Irdina said…
@O CIKTEDDY :

orait sis
jom sama2 ngok yeeee
:D
Wafa Irdina said…
@ZalinaSamsuddin :

tgoklah kat wayang youtube..
inshaallah available..
free jew
heee
:D
AdilaAzmir™ said…
sebak pulak baca entry nih-_-
Wafa Irdina said…
@AdilaAzmir™ :

sebak an
kalau lar nabi ada lagi di saat ini
mampukah kter menatap wajahnya sepuas2 ny
ya rasulullah..
kami rindu padamu
allhuma solli a'la muhammad !
ariff al-baqi said…
da tengok da mggu lepas.. :P
Wafa Irdina said…
@ariff al-baqi :

alhamdulillah da berpeluang ngok
best an
heee
:D
Nor Amira said…
xsabar nak tengok hehehe :)
Wafa Irdina said…
@Nor Amira :

tengoklah sis...
xrugi pown...
kasi femes sket pelakon2 lam cter ni
new tw dpt award manew2 t
hihi
:D
ok..thanks sebab gtaw..tataw pun sal cita2 cenggini
bila wafa gtaw baru taw..huhuhu...:)
Wafa Irdina said…
@si kiut lavender :

cerita yg penuh dengan unsur2 pengajaran
jom sama2 saksikannya
heee
:D
mdmZ said…
subhanallah....
x sabar nak tengok.
Wafa Irdina said…
@mdmZ :

so,jgn lengah2
jom kiter tngok
hihi
:D
ingatkan kat pawagam td hehe ;)
Wafa Irdina said…
@Miss Purple Ungu :

hihi
tengok kat pawagam Utube yeee
jgn lepaskan peluang ni Cik Ungu
hihi
:D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!