| Berdoalah sayang |


Assalamualaikum yee~ =) Penghujung minggu nak dekat2 exam. Maaf sebab lama tak post something. Sekarang ni pon baru je bukak lappy tersayang bukak belog sendiri, T____T sebab terlalu sibuk dengan buku2…kowt..heee… Tengah rehat dan tiba-tiba terasa nak hupdate belog dan teringat kat anda followers and readers~ =) 



Allah berfirman (maksudnya):
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.” (Surah al-Mu’min, 40: 60)



Siapa je yang kata tak perlu berdoa kalau sesuatu itu dah terjadi? hurm,walau lambat untuk dimakbulkan,jangan pernah berhenti untuk berdoa kerana doa akan mengubah segala yang tak di ingini dan doa akan menunaikan apa yang di hajati. so, ape yang Cik Ain nak sampaikan kat sini adalah.. tak kira apa yang berlaku, ape yang kita nak, ape yang kita perlukan, apa yang kita nak ngadu.. berdoalah.. ALLAH maha mendengar.. DIA tak akan pernah jemu mendengar rintihan dari hamba-hambanya.. Jangan pernah mempersoalkan doa kita kepada Allah kerana Allah menerima semua doa2 kita. Dia berjanji akan memberi apa yang kita mahu, cuma Dia tak janjikan kepada kita bila kita akan dapat apa yang kita minta. Doa, tunggu dan sabar. Serah segalanya kepada Dia. Dia tahu apa yang terbaik. Sampai masanya, kita akan dapat apa yang kamu hajatkan. InshaAllah. ^_^



Jadinya kawan-kawan, teman-teman and sahabat-sahabat..ALLAH sentiasa ADA..He olwez be there with us..tika susah dan senang..yang sedih-sedih tu, jangan sedih-sedih sangat ye.. yang down tu, jangan down sangat.. DIA ada dengan kita..dan yang stress2 nak study tu pun jangan stress2 keyh..almaklumlah musim2 exam ni ramai yang duduk strees dan keluh kesah an...termasuklah Cik Ain ni...=)



At last…Cik Ain nak share sedikit adab2 berdoa supaya doa kita diterima oleh Allah SWT…
1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang halal. Memakan makanan halal dan baik adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insya-Allah segala yang dimohon akan dikabulkan Allah.
2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ini maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan-Nya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.
3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.
4. Mengadap kiblat semasa berdoa.
5. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT dan memohon keampunan daripada-Nya.
6. Elakkan memohon doa perkara yang tidak munasabah atau tidak masuk akal.
7. Ketika berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk berdoa untuk orang lain termasuk ibu bapa, keluarga, saudara seIslam, pemimpin dan bagi yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
8. Banyakkan doa tatkala susah mahupun senang.



Dat’s all yee….Cik Ain out dulu okies..nak berdating2 dengan buku pulak..exam is coming…yep…tarikh itu semakin hampir…membuatkan hati Cik Ain bertambah tidak tenang malah berdebar-debar…sob sob sob… ~~~~Preparation exam. -___- Doakan kejayaan bersama dalam menempuh imtihan. =) Terima kasih kepada kawan2 yang banyak bagi nota, buku2, and macam2 lagi…smile =)

Nota Hati 1 : Aku mungkin tidak layak untuk dipanggil daie yang berdakwah, tapi cukuplah sekadar aku menjadi seseorang, yang menyampaikan, walau hanya satu ayat. Moga ada hati-hati yang akan disentuh Tuhan. :)
Nota Hati 2 : Allah.... :'( Aku tidak mampu menjanjikan yang terbaik, namun aku hanya mampu mencuba menjadi yang terbaik . Biiznillah !

Comments

pelangi said…
nice entry,, pengetahuan yg sgt bguna :)
NorFarahin@aien said…
@mencari pelangi : alhamdulillah..
all praised 2 him
sama2 beroleh manfaatny yeee
:D
The day we meet said…
subhanallah..
sesungguhnya kita adalah insan yg sgt bertuah..
ya Allah..aku bersyukur aku dilahirkan islam..
& mahu mati juga di dalam islam..
agamu redhaMu..amin
Deela said…
doa nih tak perlu nak baca yg bahasa arab tuh pun kan cik ain?
NorFarahin@aien said…
@Norlida Ramli : ameenn :D
alhmadulillah kita dikurniakan dengan sebesar2 nikmat
iaitu nikmat iman dan islam...
:D
NorFarahin@aien said…
@AdilaAzmir™ : betul 2 sis
doa dalam bhs melayu pown xpe
sesungguhnya Allah maha mendengar semua permintaan hamba2nya
:D
nice entry...
thanks wafa for sharing ;)
NorFarahin@aien said…
@Miss Purple Ungu : tengs yee dear
sharing si caring
hihi
:D
peRmaTa_ aGamA said…
" dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.."

* gud luck exam! *

~ sharing is caring..(^_~) ~
NorFarahin@aien said…
@peRmaTa_ aGamA: so true dear
dialah sebaek2 pelindung n penolong kter
:D
tengs yee sis
:D
hazdnul said…
gud luck 4 exam ^__^
NorFarahin@aien said…
@hazdnul : tengs yeee
mudah2an we r sukses exam dnia wa akhirat
:D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!