::ya Allah...




بسم الله الرحمن الرحيم
 Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran,
tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana,
Ya Alim Yang Maha Berilmu
dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya,
IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku
agar diriku mampu memikirkan yang terbaik
dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku
kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.





Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian,
tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Wadud,
Ya Jalil, Ya Sami’
dan Ya Bashir
kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku
dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus.
Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu
dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.









ya Allah...lenyapkanlah dukacitaku,hilangkan kesedihanku dan halaukanlah keresahan dari jiwaku..Aku berlindung kepadaMu dari rasa takut,aku bersandar dan berserah padaMu,aku tidak meminta kecuali padaMu,aku tidak meminta tolong melainkan padaMu..Semoga Allah perkenankan serta mengabulkan doa-doa dan memudahkan semua kesulitan hidupku yang di hadapi sekarang ataupun pada hari esok,yang nampak mahupun yang tidak nampak..aamiin..Sahabat,ketika sedang dirundung masalah,adakah kita sudah cukup peka terhadap hadirnya pertolongan Allah yang ada dihadapan kita?

p/s: La taHzan ya sohabi wa sohabati iNNalaHa ma'aNa


Comments

Anum said…
kembali kepadanya adalah jalan terbaik
NorFarahin@aien said…
betol....jgn pnah merungut ats tiap ujian y mlanda diri...muhasabah pe y tlh kter lakukan...ujian 2 1 kekuatan tuk kter mjadi y lbih baik...inshaAllah :)
NorFarahin@aien said…
Nota hati : Kadang-kadang manusia ni selalu lupa untuk bersyukur kan? Ambil masa untuk belajar menjadi hambaNya yang tahu erti terima kasih dan syukur, sebelum Allah tarik peluang untuk memanifestasikan itu.,,,..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!