:: Buat Senang, Jaga Susah ::



Apa yang selalunya kita senang nak buat tetapi susah nak jaga? Haa… Masing-masing fikirlah apa yang nak difikirkan, apa yang bermain di kepala. Yang saya nak kongsikan adalah kata-kata dr belog seseorg...... 


"Kita senang nak buat ibadah tetapi nak jaga pahala beribadah yang susah."


Setuju tak? Sama-sama muhasabah diri sendiri dahulu.



Saya bawakan beberapa contoh. Kita senang nak bersedekah tetapi susah nak jaga pahala bersedekah. Sebabnya kita mungkin mengungkit dan membangkit tentang apa yang telah disedekahkan. Kita mungkin riak dan sombong dengan apa yang telah kita sedekahkan.



Begitu juga dengan berpuasa. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:


"Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga." (HR Ahmad)



Berpuasa tetapi tidak menjaga percakapan, pancaindera dan lain-lain... Kalaulah boleh tengok timbangan dosa dan pahala kita, sudah tentu kita lebih berjaga-jaga dengan setiap apa yang kita perkatakan dan lakukan. Namun, tentunya dosa dan pahala itu dijadikan sesuatu yang "ghaib" untuk Allah uji kita.



Sama-sama kita fikirkan sekali lagi... Kita senang nak buat kebaikan tapi susah nak jaga pahalanya daripada hilang. Pahala kebaikan semakin hari semakin susut kerana kita banyak mengumpat, membuka keaiban orang lain, menfitnah dan pelbagai lagi dosa pancaindera kita. Kita buat perkara yang tanpa kita sedari telah membuatkan pahala kita hilang sedikit demi sedikit. Bukankah lama-lama akan jadi bukit?



Kita belum berbicara soal istiqomah dalam melaksanakan sesuatu ibadah tetapi untuk menjaga pahala amal ibadah dan kebaikan kita. Bukan mudah tetapi ia mungkin hanya dipandang enteng. Adakah kita mahu bila tiba masanya kelak kita bertemu Allah S.W.T., neraca kebaikan kita sama dengan kejahatan kita? Na'udzubillah...

Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki dan memperbanyakkan amal kebaikan kita di samping menjaga pahalanya daripada hilang sedikit demi sedikit. Towards mardhotillah! ;)

( xtw np prasaan bsalah stil mnyelebungi dri wlpn da mtk mf 2 dat person...wlpn no respon from her...but really hope she 4give me....she's really a beautyful one n i know there da best to her....)




Comments

ariff said…
satu lagi peringatan untuk kita..

dan semoga hubungan yg hambar itu pulih seperti sediakala.. :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!