::Andainya Awak Tahu…::



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.











 Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang
perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang
mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.













Andainya lelaki tahu..
 Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya 
tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh.
Tetapi percayalah,,,,
 semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.












 Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak,
 dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 













Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.














Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan
cemburu dan tidak percayakan anda,
 bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia
terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
 Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 














Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan
merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang
ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.













Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan
‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
 tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga
 melalui bahasa tubuhnya.














Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
 diabenar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.













Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..









Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati
perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.










Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
 dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula.
 Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
 Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.











Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah  sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.





Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Andainya mereka tahu…
But,,,of course U don’t..=)
Last but not least,,,renungkan kater2 ni..




Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sikapilah para wanita dengan baik.
- (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)



(Sumber : http://zoncinta.com/ )

Comments

Cik tikah said…
orang kata, lelaki susah nak fhm perempuan. hehe...
andainya lelaki tahu...:)

perempuan ini istimewa....heeee:))
Shorim Kasih said…
andainya perempuan tahu, lelaki juga sebegitu...ermm..
Anonymous said…
nice post..tapi lelaki masih tak faham sobsobs
shafa (: said…
suke^^ nanty scha na copy paste bole kaq ?
NorFarahin@aien said…
2 scha: ley je...aien pn amik artikel dr web zoncinta,,,sje nk share nge sume...nice kn...:)
Assalamualaikum..

alhmdulillah..suara hati seorang perempuan..

nice artikel..

terusknlah menulis menyentuh hati2 yang ingin meraih cinta-Nya..

insyaallah..

wslm.
Oh my. boleh bikin sebak ini entry, dengan background music ke main lagi sedih. Hewhewhew
Unknown said…
Andainya lelaki membaca semua yg tertulis disini, apakah tindakan mereka?
ME CTCT said…
andainya lelaki tahu...perempuan hanya inginkan perhatian dr org yg dia syg :)
tirahzairi said…
cedey lak baca...huhu

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!