| Tour to Ramadhan : Jom jadikan our belog as a medium of dakwah |


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Kaifa halukum? wa kaifa imanukum? Ha..! faham tak.. maksudnya, apa khabar diri, apa khabar iman..hu2.. Mungkin kita selalu bertanya tentang kesihatan jasad saja kan? Akan tetapi jarang sekali kita bertanya mengenai kekuatan dan kesihatan rohani iaitu iman. So, diharapkan supaya kesihatan fizikal dan iman kita kedua-duanya sihat. Ameen :) em2, rasanya dh nk dekat seminggu Cik Ain xupdate belog.. biasala kalau dah start musim kesibukan mmg x sempat nak buat ape2 daa.. kadang2 rindu sangat nak menconteng kat belog ni tiap2 hari.. tapi kerja dan masa membataskan diri berbuat demikian..sob sob sob ^^






Okey.. hari ini, Cik Ain nak ajak blogger2 cantik dan handsome sekalian.. jom sama2 kita jadikan belog kita sebagai 1 tempat untuk kta menyampaikan dakwah atau pun menulis perkara2 yang mengajak kepada kebaikan.. Walaupun apa yang kita sampaikan atau tulis dalam belog tue sedikit, tetapi ia mempunyai sesuatu nilai input yang tinggi.. Actually biasanya orang akan kaitkan dakwah pergi ke masjid, surau atau majlis2 ilmu..kan3.. but, sekarang masa dan zaman pun da berubah kan.. internet seakan2 telah jadi satu trend untuk sampaikan dakwah.. contohnya macam facebook, twitter, tumblr dan tak terkecuali belog ^^. Melalui medium ni, penyampaian dakwah mungkin dapat diberi kepada orang ramai pada masa yang singkat walaupun menggunakan pendekatan yang berbeza. Dan actually ramai yang lagi suka berdakwah melalui penulisan dan lukisan2 doodle islamik dan honestly Cik Ain suka sangat belog yang macam ni.. berunsur dakwah dan islamik.. ini adalah antara belog2 osem dakwah yang best dan seronok baca... Dr.CintaIeyqaAdamLangitIlahiPendambaRahmat dll. 




Kalau kita sendiri tengok, dakwah itu sendiri sebenarnya bermaksud menyampaikan, menyeru, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari keburukan... so, lebih baik kita gunakan belog yang kita ada ni untuk sampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pembaca dan followers.. nak2 yang ada follower beribu riban tu..betul tak? ^^ Dan sebenarnya belog bukannya sekadar tempat meluah perasaan dan catatan diari perjalanan kita sehari-hari je kan.. tetapi, belog jugak boleh juga dijadikan sebagai medium penyebaran ilmu yakni ilmu dunia dan akhirat, betulkan? betullah tu!..yeaayy:) lagipun sekarang ini zaman intelek, kiranya kepada mereka yang suka sangat belogging2 or facebook2 or bertwitter2 ni (terasa hati pula, nape haih..he2) so, sesuai sangatlah untuk medium ini digunakan, bagi membantu kita melihat sinar agama Islam dalam penyampaian dakwah "di hujung jari anda!".. Moga ALLAH S.W.T. menggerakkan hati2 mereka untuk lihat pada hidayahNya dalam setiap apa yang kita tulis dalam belog, InshaAllah:D Ingat yee tak salah guna medium apa2 pun untuk berdakwah asalkan berlandaskan garis panduan Islam.. jangan malu nak tulis perkara2 baik dalam belog... urusan dakwah dan ingat mengingatkan perkara2 kebaikan bukan tugas ustaz dan ustazah sahaja... ini tugas semua orang yang mengaku ISLAM.. so, jom kita pakat ramai2 jadikan belog kita sebagai medium of dakwah.. Jom banyakkan saham pahala walaupun di dalam dunia maya.. :D
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayat. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari




Berbelog kerana Allah..Tajdid niat!
Tidak ada ruginya mereka yang berbelog kerana Allah. Cuma, pastikan belog tersebut tidak menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab kita sama ada as a Muslim, child, student, pekerja, mahupun pemimpin dalam sesuatu organisasi. Berbeloglah kita dengan kebersamaan Allah. Jadikan belog sebagai medium dakwah dan bersihkan internet dan alam maya ini daripada segala unsur kekotoran serta karat jahiliah yang masih berakar umbi padanya. Marilah kita menyediakan Internet sebagai teknologi yang bermanfaat untuk generasi-generasi yang akan datang :) berpesan2lah kepada kebenaran walaupun hanya sepotong ayat.




Orait.. i will stop right there.. but before that, renungi this word deeply :
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan”.(Imam Hasan Al-Basri)..
Ambillah ibrah daripada kata2 ni.. Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Takkan nak tunggu perfect baru nak sampaikan perkara baik kepada semua an.. Ingatlah, kita bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak. okeyh, that’s all.. yang baik diambil manfaatnya, yang buruk dan salah harap ditegur yee..kbai,Salam! 
p/s : next week, Isnin, 3 hari 2 malam Cik Ain will go for camping..doakan Cik Ain yeee..jaga diri jaga iman keyh..:D



Nota Hati : Sama-sama hijrahkan diri dan orang2 di sisi dan sekeliling kita ke arah yang lebih baik.. berusaha menjadi super duper Muslim :’)

Comments

DayaMohamed said…
insyaAllah. jom sama-sama imarahkan ramadhan. :)
hazdnul said…
insya ALLAH...selamat menyambut ramdhan & sme2 imarahkan :D
NorFarahin@aien said…
@hazdnul :

slmt myambut ramadhan kareem jugak :D
InsyaAllah..salam ramadhan buat kamu ya..:)
NorFarahin@aien said…
@si kiut lavender :

slm ramadhan kareem buat kamoo jugak yee
SKL
:D
zaxx said…
salam singgah... insya Allah.sama2 ita usaha ke arah kebaikan..anyway..nice entry..:)
NorFarahin@aien said…
@zaxx :

inshaallah
mudah2an Allah permudah jalan untuk kter
:D
Unknown said…
insyaAllah, nurul akan memanfaatkan hari2 ramadhan dgn memberi tazkirah yg berguna...hari2 lain pun, nurul akan cuba lakukan yg terbaik..
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

inshaAllah
sama2 mengingatkan ke arah kebaikan
:D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!