| Ramadhan On : Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna |


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Alhamdulillah, akhirnya tibalah kita berada dalam bulan Ramadhan ini yang penuh barakah ini. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan Kareem. Semoga setiap dari kita dapat kembali menyucikan hati dan diri including me dalam bulan Ramadhan ini. Ternyata Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk berubah dan bertaubat dalam bulan ini. :’)

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa apa.” (H.R. Ahmad dan An Nasa’i)





Segala puji bagi Allah jua yang telah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan lainnya, mengistimewakannya dengan turunnya Al Qur’an dan kewajiban puasa pada bulan ini ,penghapus segala dosa dan kesalahan, Allah turunkan rahmat dan keberkatan, melipat gandakan semua nilai pahala ibadah, yang sunnah mendapat nilai ibadah wajib sedangkan yang wajib Allah lipat gandakan pahalanya.




Bulan Ramadhan yang akan dan sedang kita lalui ini memberi peluang terbaik bagi kita untuk membersihkan diri daripada dosa dan meningkatkan amal ibadat. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiyam lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Maka dengan itu berpuasalah serta perbanyakkanlah amalan sunat atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT di bulan Ramadhan jika kita inginkan keampunan oleh Allah SWT. Beruntunglah mereka yang diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Janganlah kita merasa jemu dalam mengejar keampunan dan rahmat Allah SWT.Berdoalah kepada Allah agar diberi kekuatan bagi mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat di dalam bulan Ramadhan yang barakah ini.




Sesungguhnya, puasa Ramadhan sebenarnya menjanjikan perubahan bagi mereka yang mengisi masa dengan kebaikan dan ibadah. Kesemua amalan dibuat dengan penuh ilmu dan faham. Membaca al-Qur’an ialah membaca perintah dan hukum Allah. Tarawih ialah merehatkan hati dengan mendengar bacaan qari mengimami solat tarawih itu. Bertaubat ialah menyesali dosa dan ingin berubah menjadi taat. Beribadah pada Lailatul Qadar membawa keampunan dan kebajikan yang kekal seumpama seribu bulan. Beriktikaf ialah mengasingkan diri di dalam masjid dengan mengimbau kesalahan lampau untuk membaiki diri dan umat. Zakat fitrah ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang melimpah, hingga ingin dikongsi kepada orang yang memerlukan.




Semoga kita dapat meneruskan amalan ini secara  istiqamah dan berterusan walaupun kita akan meninggalkan Ramadhan nanti.. Jadikan Ramadhan sebagai medan latihan. Jadikan Ramadhan juga sebagai ulangkaji dan latihan amalan untuk dilakukan setiap ketika dan waktu supaya mendapat ‘kelulusan terpuji’ di akhirat kelak. Latihlah jiwa menjadi yang terbaik dan menjadi hamba. At last, Cik Ain nak jemput semua , tak kira yang mengenali diri ini hanya di alam maya or di alam realiti, sama2 meriahkan Ramadhan kali ini dan moga dengan sambutan kalian menambah keberkatannya.InsyAllah :) kbai, Salam! ^^.



Nota Hati 1 : Sungguh, aku tidak mahu rugi pada bulan yang sepatutnya menguntungkan orang-orang mukmin. T_T
Nota Hati 2 : Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak diucapkan. Diharapkan semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu perubahan buat kita. Pastinya perubahan yang baek ya :)..

Comments

Anasyg said…
selamat menyambut ramadhan farahin
Unknown said…
yeah... moga ramadhan kali ni bagi kita kenangan yg cukup indah... Amin...
NorFarahin@aien said…
@Anasyg :

selamat myambut ramadhan kembali
mudah2an ramadhan kali ini lebih baik yeee
:D
NorFarahin@aien said…
@sedutzone :

ramadhan memang kenangan terindah..
kedatangannya dinanti
perginya dirindui
:D
::FAIZ:: said…
selamat berpuasa
Nurul Lyana Kz said…
Selamat menyambut ramadhan awk ;)
Mudah2an ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya ;)
selamat berpuasa ain :)
NorFarahin@aien said…
@::FAIZ:: :

selamat berpuasa kembali
sama2 upgrade imaan dan ibadah kita
:D
NorFarahin@aien said…
@Secrets of A Teenage Girl :

tengs awak
selamat berpuasa kembali
:D
NorFarahin@aien said…
@Nurul Husna Mohd Hassan :

selamat berpuasa
semoga mdapat malam alqadar, dberi rezeki tahajud setiap malam,puasa diterima dan dosa diampunkan
ameen
:D
SN said…
Selamat menyambut ramadhan al mubarak ^^
slm ramadhan n cmt berpuasa =)
NorFarahin@aien said…
@SyamimiNazifa :

selamat jugak aak
moge ramadhan kali ini lebih baek
:D
NorFarahin@aien said…
@elyna mirsada :

cmat berpuasa kembali
Jaga mulut,telinga,mata dan yang paling penting hati.
:D
Nor Suhaiza said…
slm ramadhan....
NorFarahin@aien said…
@Nor Suhaiza :

salam ramadhan kembali
^____^
Muttallif said…
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semoga kita semua mendapat keberkatan. salam
NorFarahin@aien said…
@Muttallif :

inshaAllah mendapat keberkatannya
ramadhan bulan penuh barakah :D
Lynn Damya said…
salam, selamat berpuasa juga :D
NorFarahin@aien said…
@Lynn Damya :

selamat berpuasa kembali
Selamat berpuasa jasmani, puasa rohani. Mantapkan iman, sihatkan fizikal. :)
Farahani Faizal said…
happy fasting ..^^
Nina Athirah said…
semoga amaln yg kita buat mendpt keredaan Allah,,selamat berpuasa ;)
Iznie said…
salam ramadan... :)
ariff said…
hepi ramadhan ^^
NorFarahin@aien said…
@Iznie :

salam ramadhan kembali...
lamew xnmpk yeee
mudah2an sentiasa dlm redhaNya
^^,
NorFarahin@aien said…
@ARIFF AL- BAQI :

hepi ramadhan too..
hope we graduate in both Dean list and Addin List with CGPA 4.00 in university of Ramadhan!
InshaAllah!
^^<
Fara Fasihah said…
⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!