| Memburu malam berkat 1000 bulan yang ohsem |


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah... pejam celik pejam celik, dah nak masuk fasa pertengahan Ramadhan da kita... kejap je masa berlalu.




Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan penuh kasih sayang dari Allah untuk kita.. setiap amal yang kita buat pada bulan ini Allah akan beri ganjaran berganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain.. kan.. pada bulan inilah, Allah nak bagi kita peluang untuk top up ilmu dan amal and then upgrade our imaan.. Allahu Akbar, sayangnya Allah pada kita.. Alhamdulillah.. ! jadi.. korang-korang semua yang kacak2 dan cantik2 semua, happy lah sentiasa di bulan ini walaupun terpaksa menahan lapar dari sahur sampailah berbukak puasa.. puasa dengan hati yang ikhlas dan berbunga-bunga.. kan kita tengah terima kasih sayang dari Kekasih agung kita.. kan? *senyum lebar2 ^_________^ (shommel nya...hu2)




Malam alQadar
Of course dalam bulan Ramadhan ini, ada sesuatu yang kita nak kejar. Nak kejar apa ek.. haa, malam Lailatul Qadar itu yang kita nak kejar. That’s our real mission.. Mari kita hayati sejenak surah al-Qadr ini.


Maksud : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan(1) Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?(2) Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.(3) Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.(4) Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.(5)






Apa yang istimewanya malam ni? Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat amat teristimewa. Pada malam tersebut Allah SWT telah  menurunkan al-Qur'an yang mulia. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan. Pada malam itu jugak para malaikat turun ke dunia mendoakan kesejahteraan bagi hamba yang melakukan ibadat kepada Allah dengan penuh tawaduk ... malam yang penuh kemuliaan dan penuh dgn kebaikan dari terbenam matahari hingga ke terbit fajar.. dan malam ini hanya special Allah kurniakan hanya kepada umat Muhammad SAW. SubhanAllah.. istimewanya jadi umat Nabi Muhammad T___T
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr,3).
Malam ini juga ALLAH SWT memberikan nilai pengampunan yang tinggi kepada hambanya yang beribadat pada malam tersebut.
“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).




Waktu Malam alQadar
Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." (Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017)
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya. Bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.(nak tahu, cari kat mr.Google keyh / rujuk kepada yang ustaz dan ustazah) Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Jadi, detik-detik yang terakhir ini wajib diperhebatkan amalan dan segalanya agar ianya menjadi kenangan terindah hingga ke akhirat sana...dan mungkin ianya yang terakhir buat kita.:’)




Ingat, Jangan ketinggalan!!
Allahu Rabbi. Alangkah ruginya andai kita sia-siakan peluang keemasan yang Allah datangkan pada kita hanya setahun sekali. Hanya hamba yang bertuah sahaja yang diberi nikmat bertemu dengan Lailatul Qadar. Ingin jadi yang bertuah? Yuk! Ayuh kita suntukkan masa 10 malam terakhir nanti dengan kemanisan beribadah kepadaNya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang tidak mendapat kebaikan. ‘Aisyah r.a menceritakan :
“Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya. (HR. Muslim no. 1175)
Sedangkan Rasulullah yang maksum dan sudah dijanjikan syurga pun bersungguh sekali mengejar Lailatul Qadar, apatah lagi kita yang punya bergunung-gunung dosa? Adakah peluang mendapat maghfirah ini akan kita biarkan begitu sahaja? Allahu Allah. Bantulah kami bertemu malam alQadar-Mu!Terlalu banyak masa yang dibazirkan percuma tanpa zikrullah, tanpa kalamullah, tanpa pengisian rohani.. Rugi sungguh kita andai terus begini!! Sedangkan Ramadhan terus berlari meninggalkan kita. Nak tunggu Ramadahan tahun depan?? Belum tentu. Masih adakah kesempatan untuk kita? Allahu ‘alam. Dan kalaupun diberi peluang merasai Ramadhan 20 atau 30 kali lagi, adakah kualiti ibadah kita akan lebih baik? Adakah kita akan gunakan masa yang ada sebaiknya? Tepuk dada, tanya iman.



Okai, stop right there. Last word, tips yang paling mujarab untuk diamalkan dalam misi pencarian lailatul qadar , yang dikatakan lebih baek dari seribu bulan..ialah.. SAMA SAMA KITA MENGHIDUPKAN SEPULUH MALAM TERAKHIR NI TANPA MENGIRA MALAM GANJIL KE TAK GANJIL KE...SAPU HABIS KEYH..:D kbai, Salam !


Nota Hati 1 : Ya Allah, hati ini telah lama berkarat. Kurniakanlah kami hati yang baru yang Engkau beri padanya rahmat, agar hati itu sentiasa berkilat. :’)

Comments

ariff said…
time tu pun biasanya terawikh da xramai.. haha.. tapi semoga kita termasuk dlm kalangan yg beruntung..
Eyqa Carissa said…
ye tak sabar tunggu malam lailatlqadar ;)
seronok dan teruja!
semoga kita sentiasa diberkati olehNya..aminn
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi :

betol 2...
1o ramadhan terakhir mmg msjid lenggang jew..
syg seribu kali syg
sdgkan mlm2 terakhir 2 laa kter nk rebut gnjaran berlipat kali ganda...
em..masjid kater . maila kat aku
shopping complex plak kater..sale2 murah, jom shopping...
muhasabah blek dri !
T___T
NorFarahin@aien said…
@Eyqa Carissa :

me too
xsabar menantikan lailatul qadar
mudah2an kita berpeluang merasai malam tersebut
yukk..hidupkan malam2 ramdhan dgn sebaik2 ibadah dan amal
dan mudah2an segala amal ibadah dan doa kter dterima dan diagkat oleh malaikat
amen
:D
Chic Na said…
moga2 dapatla jumpa malam lailatulqadar tu. :)
NorFarahin@aien said…
@Chic Na :

inshaAllah..
sama2 berdoa
:D
jom! sama2 kita raikan malam tersebut :)
NorFarahin@aien said…
@anif abdullah| AA :

jom
sama2 raikannya dgn penuh kesyukuran
sekiranya berpeluang mdapatkannya
:D
adibahfaizah said…
jom sama2 tingkat kan ibadah, mencari mlm lailatul qadar,mengimarahkan masjid. Tapi tu lah.besenyer 10 mlm trkhir ni orng dah excited nk raya. haish.

BTW, gmbar yg scond tu..lawa la akk buat :)
NorFarahin@aien said…
@adibahfaizah :

so true dearie
mudah2an kita istiqamah dr awal ramdhan sampai laa penghujung ramadhan
lw awal ramadhan kita mampu berteraweh berjemaah di masjid
begitu jua di penghujungnyanya
sama2 merebut piala emas Ramadhan
mudah2an kita bketemu
:D

*tengs dearie..edit mengedit pic is my pleasur..honestly!! huu ^^
THE AUTHOR said…
Semoga kita dpt meraikan keistimewaan mlm tu....insyallah
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

inshaAllah
sama2 berdoa
:D
Ramadhan Kareem. :)

kadang-kadang orang terlupa, bekerja, mendidik anak, menyenangkan hati suami pun ibadah juga.. :)

tp, malam lailatu qadr, tak semua org dpt... mari2, usaha tangga kejayaan.. :)
insyaallah..sama2 mengejar dan memburu malam lailatul qadar ini..
NorFarahin@aien said…
@Cik Aqilah Wardah :

ramadhan kareem kembali dearie :D
betol..sume perkara dalam hidup ni akan jadi ibadat if kita buat dgn ikhlas dan niat keranaNYA
best kan ISlam
senang jew nak dpt pahala :D

yukk..sama2 kita berusaha
mudah2an tergolong dalam klgn yg bjaya
ameen
:D
NorFarahin@aien said…
@Nor Zilla Sensei :

inshaAllah
mudah2an Allah permudah
:D
missha said…
moga Allah permudahkan.

moga kita dapat peluang :)
NorFarahin@aien said…
@missha :

inshaAllah dearie
Allah akan permudah if kita nak buat perkara baek
:D
Cikgu Ma said…
moga keberkatan 1000 bulan itu milik kita
NorFarahin@aien said…
@Cikgu Ma :

inshaAllah CM
sama2 rebut peluang mega ni yeee
:D
sama2 kita hidupkan malam lailatulqadar :)
NorFarahin@aien said…
@Nurul Husna Mohd Hassan :

mudah2an Allah redha yee sis
:D
Azee Hana said…
selamat menyambut bulan ramadhan..=)
NorFarahin@aien said…
@Azee Hana :

slmt kembali dearie...
da masuk fasa kedua ramadhan daaa..
pntas kan mser bgerak..
tup tup tup
ramdhan bakal mnggalkan kter
T____T
moge ramadhan kali ni lbih baek :D
Unknown said…
moga2 dpt bertemu mlm lailatul qadar...mlm yg pnuh barakah! insyaAllah...usha2
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

InshaAllah dearie
lailatulqadar milik org yg bsungguh2 dan istiqamah
juga milik mereka yg dberi hidayah
bukan milik yg malas2
jom usaha sguh2
n bnykkan bdoa
dpertemukan dgn malam yg penuh barakah ni
:D

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!