●•٠• TOLONG INGATKAN SAYA............●•٠•
ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT-SAHABATKU…
NAK MINTA TOLONG SIKIT BOLEH TAK??
TOLONG INGATKAN SAYA,
ANDAI SAYA TERLUPAKAN TUHAN,
DALAM KELAPANGAN DAN KESIBUKAN,
DALAM KESENANGAN DAN KESUSAHAN.
❤●•٠"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan."❤●•٠
TOLONG INGATKAN SAYA,
JANGAN JADI ANAK DERHAKA,
MAK AYAH DILUPAKAN JANGAN,
USAH DILUKA HATI DAN PERASAAN.
❤●•٠"Redha Allah terletak kepada keredhaan ibubapa kita...."❤●•٠
TOLONG INGATKAN SAYA,
DENGARLAN DAN BACALAH AL-QURAN,
TIKA RADIO PENUH HIBURAN,
TIKA TV PENUH HINDUSTAN.
❤●•٠"Sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang belajar Al-Quran dan mengamalkannya"(H.R Bukhari)..." ❤●•٠·
TOLONG INGATKAN SAYA,
DI MANA SILAMNYA ZAHIRKU,
JIKA AURAT DIDEDAHKAN DISINGKAT,
DIKETAT DAN DIJARANGKAN.
❤●•٠Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ❤●•٠
TOLONG INGATKAN SAYA,
JADILAH SAHABAT YANG BAIK,
SENTIASA MEMBERI PERINGATAN,
SENTIASA MENERIMA TEGURAN.
❤●•٠ Jika seseorang itu tidak dapat bersilaturrahim,maka tiada 'FIRDAUS' baginya.. ❤●•٠·
TOLONG INGATKAN SAYA,
KALAU BERCINTA BIARLAH KERANANYA,
DALAM MEMILIH UTAMAKAN IMAN,
KELAK IKATAN DIHINDARI SYAITAN.
❤●... moga kutemui pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah daan ibu-bapaku...❤●•٠·
TOLONG INGATKAN SAYA,
HIDUP INI SATU KEMBARA,
KUTIPLAH MUTIARA DALAM PERJALANAN,
MOGA DI SANA MENJADI BEKALAN.
❤●•٠"Seorang yang menuntut ilmu kerana Allah untuk bekalan di negeri akhirat,Orang sebeginilah yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat, yang disebut oleh Allah SWT sebagai orang muttaqin.."❤●•٠
TOLONG INGATKAN SAYA,
DIRI INI MILIK YANG KUASA KEPADANYA,
JIWA DISERAHKAN SEGALA-SEGALA,
DIALAH TUMPUAN.
❤●•٠Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah, bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah, berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah dan akan ku terus berpegang pada matlamatku. ❤●•٠
TOLONG YE INGATKAN SAYA!!!!
HAYYA KITA SALING MENGINGATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN...
MUDAH2AN KITA TERGOLONG DALAM KALANGAN GOLONGAN YANG BERJAYA DAN DIREDHAI ALLAH..
INSYAALLAH...
Comments