:: The Beauty of Woman ::
بِسْمِ ألله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Duhai WANITA...sungguh agung kita di mata lelaki...terlalu mulia kita di sisi Penciptanya,Rabb seluruh alam...namun semua itu hanya kita dapat dan rasai jika kita tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Kembali menjaga & menjalin hubungan dengan Allah, 'memeluk' Nya seerat-eratnya insya Allah pasti Dia menghadirkan seseorang yang turut menjaga hubungan dengan Allah ..❤.. :)
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan si mawar berduri....
❤.." WARDATUL SYAUQAH "..❤
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.
“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain
daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah
Yang tertutup itu indah!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.........❤
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Ujian dari allah sememangnya penuh berhikmah...tempuhilah dengan redha...dan bertawakallah....Sesungguhnya tawakal itu adalah 1 kuasa yang sangat hebat apabila kita meneyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada ALLAH ...SWT......❤
Wanita... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul berderu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman yang ikhlas dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah di cupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau toreh.
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saudara wanitaku, imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung (ISLAM) hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
wahai hati..
usahlah bersedih..
usahlah berduka..
"Sebagai seorang hamba Allah, kita sememangnya layak untuk diuji."
Innallah ma'ana..
Allah sentiasa di sampingmu sayang.. ..❤
Wanita, biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu
.
.
❤●•٠·Moga ku temui pemilik hatiku selepas Allah, Rasulullah, dan ibu-bapaku...❤●•٠·
Peringatan bersama :: Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia ::
Akhir kalam... Dunia Hanyalah Tempat Persinggahan...tempat kita menuai amalan... Terdapat hiasan yg indah di dunia itu, dan seindah2 hiasan adalah WANITA SOLEHAH ! Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." ♪♫ Proud to be ♥MUSLIMAH♥ ♪♫ - wallahua'lam- (=^_^=)
Impianku ingin menjadi 'wanita solehah' ... semoga saja aku mampu menjadi 'wanita solehah' dulu kini dan selamanya.... amin ya rabb ! ♥
~aien mardhotillah~
Comments