Assalamualaikum........



exam fever……stress ker…urmm


wAhhh....STRESS!!!...bnyak lg mende kne bcer...buku blambak2 dpan mte...ble la nk abih...kesabaran.....


dan sekarang......
baru nak bukak buku untuk study…
mate plak mule ngatok…
cobaan.....




antara tips yang boleh ilangkan rase tension+stress time study ialah jgn rase stdy 2 tension.....kene betulkan niat dl...stdy bkn kerna 
 EXAM smate2.....

Andai kita belajar hanya kerana untuk peperiksaan, kita akan kecewa dan putus asa bila kita menghadapi kegagalan. Tapi, belajar kerana inginkan manfaat ilmu kerana Allah, walaupun kita mungkin ada yang gagal dalam peperiksaan, tapi, kita tak mudah putus asa. Kecewa tu memang ada namun, usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh lagi akan tersemat dalam jiwa kita.
 InsyaAllah.....


:: Stdy kerana Allah ::
~kesabaran yang paling penting n ikhlaskan hati~



Kita kena menempuh payah dan ujian untuk menuju ke arah kejayaan dan kemenengan. InsyaAllah. Kesabaran yang tinggi amat penting kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan, minta pertolongan-Nya. Andai kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sudah buat yang terbaik, maka bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, ada ganjaran menanti....


setelah kita dah brusaha...yakinlah bahawa Allah akan membantu kita...konsep tawakal plak kita guna...banyakkan berdoa dan baca al-Quran,kalamullah agar hati kita sentiasa tenang...mudah untuk menuntut ilmu...memperbanyakkan amalan agar  hati kita sentiasa bersih dan tenang.....seperti solat dhuha & hajat, zikir al-mathurat, jaga makan minum, dll..........





:: Jaga pemakanan...kurangkan makan makanan segera spt megi sedap..banyakkan minum air masak...jaga kesihatan terutama 
musim2 exam.. ::


:: Amalkan membaca mathurat pagi & petang..
Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. ::



:: Melalui al-Quran hamba-Nya dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya yang terang . Membaca al-Quran juga selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut ::



:: banyakkan berdoa kepada Allah..serahkan segalanya keoadaNYA setelah
 berusaha bersungguh2 ::



         
 :: Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. ::



akhir kalam,
semoga kita sama-sama doakan kejayaan bersama-sama....
& dipermudahkan jalan dan urusan dalam 
pembelajaran + exam + kehidupan....
Insya'Allah...
FIGHTING!!!!






~~Coming SoOn~~
19 Mei 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
23 Mei 2011
Child Development
24 Mei 2011
Pengenalan Kurikulum PI
25 Mei 2011
Pedagogi PI
26 Mei 2011
Back to TERENGGANU… home sweet home.. (=^_^=)


~ Wallahua’alam ~





Comments

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!